Khamis, 17 September 2015

Sejarah Politik Moden Korea





Sejarah politik Korea adalah sangat kompleks dan melalui pelbagai jalur yang menarik. Oleh sebab campur tangan kuasa besar negara ini terbahagi dua lalu membentuk dua buah negara yang jauh berbeza. Setelah pemisahan dua Korea ini, Korea Selatan yang diberikan nama Republik Korea dengan sokongan Amerika Syarikat melaksanakan demokrasi dan berkembang maju. Republik Korea ini selepas kemerdekaan negara mereka melalui pelbagai jenis pemerintahan, autokrasi, pemerintahan tentera, sistem Yushin dan pemeringkatan demokrasi.

Dengan menonjolkan perkembangan politik bagi setiap generasi Presiden, buku ini menampilkan 11 bab yang bermula dengan perbincangan mengenai kemerdekaan dan penubuhan negara Korea Selatan. Kemudian diikuti perbincangan pemerintahan Rhee Syng-man (1946-1960), Chang Myun (1960-1961), Park Chung Hee (1961-1972), Park Chung Hee ke-2(1972-1979), Chun Doo Hwan (1980-1988), Roh Tae Woo (1988-1993), Kim Young Sam (1992-1998), Kim Dae Jung (1998-2003) dan Roh Moo Hyun (2003-2008). Buku ini sangat membantu bagi mereka yang ingin mengetahui secara ringkas sejarah politik Korea.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.