Rabu, 16 September 2015

Othello: Siri Sastera Klasik ITNM


Buku ilustrasi ringkas seperti ini sangat bagus untuk sekadar kita celik terhadap sastera klasik popular barat. Sekurang-kurangnya kita tahu mengenai karya agung William Shakespeare tanpa perlu membaca buku yang terlalu panjang.

Watak Othello yang sangat hebat dalam strategi peperangan akhirnya musnah dengan sikap cemburu yang membuta tuli. Betapa sangat mudah lelaki yang gagah dikalahkan dengan sikap licik orang bawahan (Iago) yang bijak menggunakan kelemahan ketua yang dimusuhinya.

Kisah seperti ini bukan sahaja relevan untuk masa dulu tetapi tetap relevan sebagai pedoman masa kini.

Buku ini terbitan tahun 1995 dan saya bangga dengan usaha Institut Terjemahan Negara menerbitkan buku seperti ini yang memudahkan orang seperti saya untuk celik karya klasik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.