Ahad, 20 Julai 2014

Negeri Para Bedebah




Jakarta

Ini adalah hasil kepulangan saya dari Jakarta bulan lepas. Beberapa karya Tere Liye berjaya saya dapatkan di Gramedia. Jakarta memang merupakan tempat yang mengasyikkan bagi peminat karya Indonesia. Saya malah sempat singgah bersama rakan-rakan di Salihara dan bertemu Ayu Utami. Kali ini juga saya berjaya dapatkan karya utama Ayu Utami iaitu Saman.

Negeri Para Bedebah

Kisah yang dipaparkan oleh Tere Liye kali ini penuh dengan debar dan sangat bijaksana. Sekiranya anda peminat ekonomi dan kes undang-undang, anda akan lebih memahami apa yang disampaikan oleh Tere Liye. Nyata Tere Liye adalah penulis yang hebat dan sangat cerdik, Negeri Para Bedebah ini tidak pernah pun terasa bosan bagi saya. Kehebatan Thom untuk menyelamatkan bank Semesta yang diancam bankrap dan berdepan dengan dakwaan jenayah kewangan sangat mengasyikkan.

Kaitan 

Menurut seorang rakan Indonesia saya, penceritaan Tere Liye mungkin mempunyai kaitan dengan kes yang sama pernah berlaku terhadap sebuah Bank di Indonesia yang akhirnya terpaksa diselamatkan oleh pemerintah atas spekulasi bahawa sekiranya bank tersebut tidak diselamatkan maka ianay akan membawa masalah ekonomi yang lebih membebankan kepada negara. Ianya seakan sistem domino di mana keruntuhan sebuah institusi akan membawa kepada keruntuhan institusi yang lain. Demi kestabilan bank itu harus diselamatkan.

Keseluruhannya kisah ini terlalu asyik dan seru untuk terus dibaca. Sekarang saya sudah mula membaca siri kedua buku ini iaitu Negeri Di Ujung Tanduk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.