Ahad, 10 Mac 2013

The Swallows of Kabul



" You'll never leave. You're going to stay planted in the middle of neighborhood like a tree. It's not that your roots are holding you back, it's that people like you aren't capable of venturing farther than you can see. They fantasize about distant lands, endless highways, and incredible adventures because they'll never be able to make them real."
Afghanistan

Buku ini menceritakan kehidupan masyarakat ketika zaman pemerintahan Taliban di Afghanistan. Di bawah pemerintahan Taliban, undang-undang yang kononnya dikatakan sebagai undang-undang Islam dilaksanakan. Perempuan-perempuan perlu memakai purdah dan berkelubung dengan kain hitam. Kanak-kanak berkeliaran di tepi-tepi jalan. Perempuan dilarang bekerja. Kadar pengangguran meningkat. Masyarakat tidak mempunyai kuasa membeli. Penulis menggambarkan kehidupan itu sebagai 'dull' atau hambar dan bosan. Beliau turut menggambarkan bagaimana beliau rindukan warna-warna yang pernah wujud malah merindukan wajah-wajah perempuan. Tiada lagi keindahan di Afghanistan setelah Taliban memerintah bagi beliau. 

Kegilaan

Novel ini mengaitkan beberapa watak yang tidak mempunyai kaitan secara langsung di dalam situasi masyarakat yang sama. Watak utama Atiq adalah lambang kegilaan manusia disebabkan situasi pemerintahan ketika itu. Manusia-manusia yang tersekat ini secara dalamannya memberontak. Secara tragik dia membunuh isterinya yang sudah tua dan sakit demi mencapai kebahagiaan yang tidak pasti iaitu kasih sayang Zunaira. Atiq akhirnya gila. 

Saya melihat keseluruhan novel ini adalah kritikan penulis terhadap pemerintah Taliban ketika itu. Beliau menonjolkan kekecewaan-kekecewaan dalam jiwa masyarakat dalam watak-watak yang ditonjolkan dalam novel. Salah seorang watak iaitu Mohsen suami kepada Zunaira adalah lambang seorang manusia yang terpengaruh dengan masyarakat. Mohsen sebenarnya sangat menentang dan tidak bersetuju dengan pelaksanaan beberapa perkara semasa pemerintahan Taliban namun tanpa disedari  pada suatu hari terpengaruh untuk turut melontar batu untuk merejam seorang perempuan yang didakwa berzina. Mohsen sangat menyesal dengan tindakan beliau melontar batu tersebut namun beliau seolah berada di dalam pengaruh tertentu. Pendapat peribadi saya, penulis sebenarnya ingin memberitahu pembaca bagaimana masyarakat yang pada asalnya rasional akan terlarut mengikut acuan pemerintah tanpa disedari. 

Penulis

Penulis ini adalah seorang lelaki. Yasmina Khadra hanyalah nama samaran beliau agar tidak dapat dikesan oleh pemerintah Taliban ketika itu. Disebabkan beliau berkhidmat sebagai tentera, nama samaran seorang perempuan adalah yang terbaik.