Isnin, 18 Februari 2013

Becoming a Man



"What love gives you is the courage to face the secrets you've kept from yourself, a reason to open the rest of the doors. "
-Paul Monette- 

Menarik

Sejujurnya bagi saya, perkara paling menarik mengenai buku ini adalah pengalaman mendapatkannya.

Cerita

Selepas satu perhimpunan menentang Lynas, saya dan beberapa rakan menuju ke kedai makan di'Tebing. Sambil menikmati makanan masing-masing, kami berbincang pelbagai topik menarik. Salah seorang rakan kami mula bertanya kepada saya mengenai pendapat saya berkenaan homoseksual. Secara jujur saya mengatakan bahawa saya menyukai lelaki dan saya tidak terfikir untuk menyintai pasangan sejenis jadi saya tidak mempercayai hubungan seperti itu. Rakan saya bertanya lebih lanjut mengenai pendirian saya. Dengan jujur saya berkata "I'm a straight person. I'm always be. I don't know how do you feel and I can't tell you about it because I just don't know how does a homosexual person feel."

Perbincangan berlanjutan. Ketika itu saya sedang memegang sebuah buku dari penulis kesukaan saya Jodi Picoult dan beliau bertanyakan mengenai buku itu. Saya suka berkongsi buku penulis kesukaan saya ini dengan rakan-rakan yang tidak pernah mengenali beliau, maka saya berikan buku tersebut kepada beliau dan saya cadangkan agar kami bertukar-tukar buku kesukaan beliau pula.

Kemudian beliau membalas, "Ok, I have a book that really influenced me and I hope that you will have the chance to read it. I'm sorry, I didn't bring it today but I hope I'll have the chance to give it to you".

"It's ok"

Kami tidak berjanji tetapi ditakdirkan kami bertemu semula di Perhimpunan Sejuta Rakyat. Selepas perhimpunan, kami menuju ke sebuah restoran vegetarian di Brickfield dan seperti biasa pelbagai topik diperbincangkan. Bagi saya, saat berbincang dengan matang seperti inilah yang menggembirakan saya. Sangat sukar bertemu dengan rakan yang ingin berbincang mengenai topik ilmiah dan berat. Oleh itu, saya sangat menghargai rakan-rakan saya ini.

Hari ini buku Paul Monette akhirnya berada di dalam tangan saya. Kami singgah di rumah beliau untuk berehat seketika dan ketika itulah beliau teringat kembali akan buku yang pernah dijanjikan itu. 'Jika sudah ditakdirkan tuhan, ianya terkadang berlaku di dalam keadaan yang secara tidak disangka-sangka.' Beliau sangat berharap saya dapat membaca buku ini dan memahaminya. Saya sekadar menjawab "I'll try"

Habis

Selepas habis membaca keseluruhan buku, ini yang saya tulis di Facebook;

Finished. A gift from a friend. Sometimes you've tried to understand peoples but its just made you more confused. What they need is not an agree from you but a belief that human were created to be different with each other. The conclusion is "I don't know".
Sekali lagi saya katakan, "Saya tidak tahu".


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.