Jumaat, 8 Jun 2012

Perempuan Nan Bercinta


Saya berkhayal sendiri melihat seolah Faisal Tehrani berkata, dialog yang sama dengan Dr. Fatimah "Lihatlah apa yang aku yakini, kamu menuduh aku Syiah, aku Muslim, Muslim generasi baharu. Generasi supramazhab."


Keseluruhan

Perempuan Nan Bercinta merupakan karya yang terlalu padat, terlalu sarat terkadang amat menyesakkan. Pembaca harus menyaring dan mengulang baca buku ini. Namun harus diingat bahawa karya ini tetap sahaja sebuah fiksi. Fiksi tetap fiksi. Mungkin ada fakta yang benar di mana kita harus kaji dan mungkin adalah rekaan penulis yang diilhamkan oleh tuhan juga untuk manusia berfikir.

Menarik
"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati"
Kata-kata ini diulang-ulang Faisal Tehrani seolah mantera. Pembaca akan terikut memikirkan siapa perempuan yang dimaksudkan. Malah saya sendiri teruja, menggagah diri meneruskan pembacaan hanya disebabkan kata-kata ini. Menariknya, pembaca tidak akan bosan dengan pengulangannya. Kata-kata ini memang candu!

Kurang senang

Saya amat menghormati kepelbagaian mazhab dan kepelbagaian aliran. Aliran disini saya fokuskan kepada Islam sahaja. Tidak berani saya melabel sesetengah pihak lebih bagus dari yang lain. Saya juga percaya Syiah itu Islam. Oleh itu saya juga kurang senang apabila penulis sedikit cenderung memberi gambaran yang  kurang menyenangkan terhadap golongan wahabi. Walaupun tidak terlalu nyata, frasa bahawa wahabi membawa perpecahan umat membuatkan saya sedikit terkilan dengan penulisan FT. Namun saya menghormati pendapat peribadi beliau itu.

Tawassul

Konsep tawassul dikemukakan FT dalam buku ini. Idora kononnya sembuh setelah bertawassul. Saya secara peribadi tidak menolak konsep tawassul secara penuh. Saya percaya terhadap konsep tawassul melalui amalan baik. Tetapi saya menolak konsep tawassul melalui orang yang sudah meninggal dunia kerana saya percaya sudah terpisah yang hidup dan yang mati. Tawassul melalui Rasulullah mungkin perbincangan yang berbeza. Masih banyak yang saya perlu dalami dalam hal ini. Tidak mahu saya menyimpang jauh.

Kajian lanjut

Buku Faisal Tehrani sering mengundang perbincangan lanjut terhadap pemikiran-pemikiran yang beliau utarakan. Setuju ataupun tidak terhadap hujah beliau perlulah disusuli dengan kajian dan tidak semberono ditolak mentah-mentah. Di akhir buku ini saya sendiri berkesimpulan Faisal Tehrani seolah ingin memberitahu dunia apa yang beliau yakini. Saya berkhayal sendiri melihat seolah Faisal Tehrani berkata, dialog yang sama dengan Dr. Fatimah "Lihatlah apa yang aku yakini, kamu menuduh aku Syiah, aku Muslim, Muslim generasi baharu. Generasi supramazhab."

Menarik bukan?

6 ulasan:

cikgipauh berkata...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3697297402521&set=a.2050466632781.110677.1577941092&type=1&theater

Fariza berkata...

Saya tidak pernah bersetuju terhadap apa-apa pengharaman buku. Sampai bila kita ingat orang M'sia bodoh tidak boleh mengkaji baik buruk sesuatu pemikiran. Saya tidak menjadi syiah pun setelah membaca buku ini!

Fauzi Marjuki berkata...

mungkin yang "tidak kisah" akan syi'ah kerana mereka tidak mengenali syi'ah tanpa taqiyyahnya... jika anda rajin membaca apakata rajinkan mencari maklumat sahih berkaitan syi'ah ... anda akan sedah...mengapa ada golongan yang amat sensitif dengan syi'ah dan mengapa JAKIM fatwa syi'ah sesat...wallahulalam

Faisal Tehrani berkata...

Tahniah kerana tidak menjadi syiah setelah membaca Perempuan!

Fariza berkata...

Saya tersenyum tatkala melihat nama penulis memberi komen.. Senyum saya semakin lebar apabila membaca komen.. teruskan menulis.. (^_^)

muhammad fakhruddin berkata...

Dr. Ali Taqi ialah Faisal Tehrani dalam novel ini. Dan beliau membayangkan akan lahir Dr. Siti Fatimah yang akan membelanya.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.