Jumaat, 27 Januari 2012

House Rules



"Try having a son who is locked in his own world and still wants to make a connection. A son who tries to be like everyone else but truly doesnt know how."

Sebuah lagi karya Jodi Picoult yang berjaya walaupun ianya bukanlah novel terbaik beliau yang saya baca. Seperti biasa, Jodi Picoult sering menggunakan watak perempuan tabah yang memiliki anak yang sama ada menghidapi penyakit kronik (My Sister's Keeper and Change of Heart) ataupun mengalami kurang upaya. Novel House Rules ini pula memperkenalkan pembaca kepada penyakit Autism.

Tidak sangka pula saya bahawa autism juga mempunyai pelbagai jenis dan salah satunya adalah Asperger. Inilah salah satu keistimewaan novel-novel tulisan Picoult di mana pembaca akan mendapat pelbagai input mengenai pelbagai bidang misalnya fakta-fakta tentang penyakit kronik, fakta berkaitan perundangan di US, dan banyak lagi. Tidak rugi anda menghabiskan masa dengan membaca keseluruhan novel beliau.

Jacob

Kenapa entah saya rasakan watak Jacob sedikit menyeramkan (creepy) dan saya sendiri merasakan dia seolah sengaja menyusahkan Theo. Mungkin ianya hanya imaginasi saya, saya tetap merasakan Theo terkadang terpaksa berperanan sebagai abang walaupun dia lebih muda dari Jacob. Semuanya disebabkan oleh Aspeger syndrom..

Pengakhiran yang gagal

Kali ini Jodi Picoult mungkin sengaja seolah meminta pembaca memikirkan sendiri 'ending' bagi novelnya. Walaupun sejak dari awal lagi saya telah mengagak siapa sebenarnya pembunuh Jess Ogivily, saya sentiasa berharap agar Picoult membuat sedikit 'twist' terutama berkaitan dengan Theo.

Keseluruhannya saya berikan 4 bintang buat House Rules...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.