Khamis, 12 Januari 2012

Ayahku (bukan) Pembohong



" Apa kata pepatah, hidup harus berlanjut, tidak peduli seberapa menyakitkan atau seberapa membahagiakan biarkan waktu yang menjadi obat."

Ringkas

Novel ini mengisahkan kehidupan seorang anak yang dibesarkan dengan kisah-kisah hebat ayahnya. Dari Kisah-kisah pengembaraan ke tempat-tempat menakjubkan, bertemu pemain bola sepak terkenal malah bertemu suku Penguasa Angin. Semuanya adalah pengalaman sang ayah. Namun, cerita yang terdengar hebat semasa kecil itu kemudiannya semakin terdengar tidak logik pada pandangan si anak dan dia mula membenci ayah.

Menarik

Kisah di Akedemi Gajah masih memberi misteri kepada saya. Tere Liye mungkin sengaja memberi ruang pembaca untuk berkhayal apakah sebenarnya si Ayah dan adakah sekolah ini sebuah sekolah agen misteri dan sebagainya. Saya rasa mungkin ini kekuatan kisah khayalan ini.. Yang pasti saya membayangkan sekolah ini adalah sepertinya Hogwarts saja kerana para pelajar perlu menaiki keretapi dan adanya sampan di sana...cuma pelajarnya bukan ahli sihir! hahaha..

'Ending'

Saya sebenarnya sedikit kecewa dengan pengakhiran buku ini. Saya rasa ramai yang akan bersetuju namun mungkin penulis ada sudat pandangnya tersendiri. Saya berpendapat Adam adalah anak yang baik cuma masih kecewa kerana tidak sangka ayahnya sanggup berbohong. Saya lebih suka jika Adam dan ayahnya sempat berbaik semasa mengetahui perkara sebenar dan ianya lebih dramatis sekiranya ditulis pertemuan pemain bola sepak tersebut dengan ayah yang masih hidup. Pendapat peribadi.

keseluruhannya, 3 bintang sahaja kerana saya tidak bersetuju dengan 'unhappy ending' novel ini.. haha..

Ops

Jangan salah sangka ya, novel ini memang sangat menarik, cuma saya rasa 'ending'nya terlalu tipikal. Saya mengaku saya terkesan dengan jalan cerita dan moral sang bapa. Saya malah ikut menangis semasa membaca novel ini. Jika berpeluang sila baca karya Tere Liye ini ya!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.