Khamis, 8 Disember 2011

Buku Faisal Tehrani diharamkan?




Saya baca tentang pengharaman buku Faisal Tehrani melalui rakan-rakan Goodreads. Salah seorang adalah pustakawan yang mempunyai senarai lengkap judul buku yang diharamkan oleh JAKIM. Terkejut juga saya apabila JAKIM haramkan buku fiksi Melayu ni..

Persoalannya kenapa penulis sendiri tidak mengetahui mengenai pengharaman buku mereka sendiri? Pelik kan? Bagaimana sesebuah buku itu boleh diharamkan tanpa sebab munasabah? Jika diharamkan sekalipun perlulah diberikan sebab.

Untuk pengetahuan pihak JAKIM, saya tidak akan bersetuju dengan pengharaman buku, jika ingin melawan semula, tulislah karya yang menolak hujah buku tersebut. Berperanglah secara intelek barulah anda dihormati sebagai sebuah institusi Islam.

Walau apa pun, terima kasih kerana mengharamkan buku ni sebab ramai yang cari buku haram berbanding buku halal. Semakin haram sesebuah buku itu semakin ramailah yang membelinya. Betul kan? Salah seorang yang terpengaruh untuk membaca buku ini adalah saya.. haha

p/s: Sekiranya anda berminat untuk mengetahui senarai lengkap buku yang diharamkan boleh lawati laman blog rakan Goodreads saya The Malaysian Reader.

Qur'an Untuk Perempuan




Semakin kita mengenali al-Quran semakin kita mengetahui bahawa terdapat banyak perkara yang kita sangka benar barangkali salah. Mungkin yang kita percaya sebagai Islam bukan Islam sebenarnya, Islam agama yang adil dan dengan adil saya membaca buku ini sebagai salah satu cara saya memahami Islam yang saya anuti.

Buku ini sedikit sebanyak mendedahkan kita beberapa isu berkaitan perempuan yang mungkin sedikit sebanyak ditafsirkan oleh ahli tafsir sehingga dirasakan agama Islam ini adalah agama yang menekan perempuan seolah perempuan itu makhluk kedua selepas lelaki.

Sedikit sebanyak saya faham realitinya bahasa Arab juga mempengaruhi penafsiran al-Quran dimana ianya adalah bahasa gender. Berbanding dengan bahasa gender yang lain bahasa arab semuanya mempunyai gender.

Beberapa isu juga ada yang boleh diperbincangkan misalnya isu edah wanita yang berkaitan dengan perkataan quru' sama ada bermaksud suci yang bagaimana. Isu sentuhan lelaki bagaimana yang membatalkan wudu' dan sebagainya.

Antara lain adalah mengenai wanita sebagai makhluk yang sama taraf dengan lelaki dan tidak dijadikan dari rusuk lelaki juga menjadikan saya banyak berfikir. Masih banyak yang tidak saya ketahui, terima kasih kepada buku ini yang membuat saya terkial-kial mencari kebenaran. Buku ini bukan sumber yang boleh dipegang tetapi membuka ruang kita berfikir lebih luas, banyak lagi penafsiran yang tidak kita ketahui dan perlu kita tahu.

Teringat saya kata-kata seorang rakan Indonesia, kebenaran itu adalah seperti kaca yang pecah setiap orang memegang salah satu serpihan kaca itu. Mungkin dengan membaca buku ini kita terjumpa salah satu serpihan?