Rabu, 9 November 2011

Please Look After Mom



Termenung kosong saya selepas membaca buku ini. Dari mukasurat pertama sehinggalah ke akhir ayat buku ini terus membuatkan saya menitiskan air mata. Kyung Sook Shin nyata seorang penulis hebat, walaupun seluruh ceritanya membuat saya menangis terus, saya tidak pernah bosan malah semakin mahu meneruskan bacaan.

Keseluruhan

Sepasang suami isteri berangkat ke kota untuk mengunjungi anak-anak mereka yang telah dewasa. Sang suami bergegas naik ke gerbong kereta bawah tanah dan mengira isterinya mengikuti di belakangnya. Setelah melewati beberapa stasiun, barulah dia menyadari bahwa isterinya tak ada. Isterinya tertinggal di Stesen Seoul.

Perempuan yang hilang itu langsung tidak ditemui dan keluarga, anak-anak, kakak ipar dan suami perlu mengatasi trauma akibat kejadian tersebut. Satu persatu mereka mengimbau kembali kenangan lama yang membuat mereka sedar betapa pentingnya peranan ibu di dalam seluruh kehidupan mereka. Betapa sedikitnya mereka mengenal sosok sang Ibu, perasaan-perasaaannya, harapan-harapannya dan mimpi-mimpinya.

Ibu

Melihat ibu dari kacamata anak-anak sangat menyentuh hati saya. Setiap mereka mengingati ibu dalam wajah yang berbeza. Yang pasti, walau siapa pun dia

Tentang Buku

Buku ini adalah sebuah karya penulis terkenal Korea, Kyung Sook Shin. Versi buku yang dibaca oleh saya ini adalah terjemahan Indonesia dan dibeli di Jakarta. Nyata saya bersyukur kerana digerakkan hati untuk mencapai karya hebat ini. Jika kamu berkesempatan, bacalah buku ini. Janji saya, kamu pasti akan menilai tahap ketaatan kamu kepada ibu selepas membacanya. Karya ini sangat mengesankan.

p/s: Sila pastikan anda sudah mempunyai stok tisu yang mencukupi untuk titisan air mata anda.

Khamis, 3 November 2011

Catatan Perang Korea



Pada awalnya saya hanya berminat dengan tajuknya yang menyentuh Perang Korea, sebuah negara yang saya minati kebudayaannya dan bahasanya. Namun setelah membaca buku ini Mochtar Lubis segera menjadi penulis yang saya minati lantas buku beliau yang lain saya cuba dapatkan...

Menariknya adalah Perang Korea ini tidak pernah ada catatan di dalam bahasa Melayu kecuali catatannya Mochtar Lubis. Mungkin kerana hanya wartawan Indonesia ini sahaja wakil wartawan PBB yang berbahasa Melayu malah Malaysia sendiri tiada wakil yang datang membuat liputan di sana catatan ini malah menjadi sangat penting bagi saya.

Mochtar nyata menulis dari sisi orang luar yang melihat perang ini tanpa pengaruh mana-mana pihak malah lebih melihat sisi di mana orang Korea itu sendiri tidak faham erti peperangan ini. Perang memang sesuatu yang perit.. Perih.. Tidak tahu siapa yang perlu dipersalahkan terhadap kekejaman perang..

Utara mahupun Selatan punya kezalimannya sendiri, rakyat biasa adalah mangsa sebenar.. kehilangan keluarga dan harta benda..

Dari Busan, Taegu hingga ke Seoul.. Melalui catatan Mochtar nyata saya kagum bagaimana Korea selatan mampu meninggalkan Malaysia dari segenap hal walaupun satu ketika dahulu negara ini musnah teruk kesan perang perbezaan dua ideologi iaitu komunis dan demokrasi. Kini kedua-dua selatan mahupun utara sudah mendapat tempat di dalam liga bolasepak dunia, Malaysia masih terkedek di belakang dengan nilai mata wangnya yang semakin menurun..

Sekiranya anda berminat mengambil tahu sedikit Perang Korea dari sisi orang Indonesia, ini adalah satu-satunya catatan yang anda perlu baca..