Khamis, 8 Disember 2011

Qur'an Untuk Perempuan




Semakin kita mengenali al-Quran semakin kita mengetahui bahawa terdapat banyak perkara yang kita sangka benar barangkali salah. Mungkin yang kita percaya sebagai Islam bukan Islam sebenarnya, Islam agama yang adil dan dengan adil saya membaca buku ini sebagai salah satu cara saya memahami Islam yang saya anuti.

Buku ini sedikit sebanyak mendedahkan kita beberapa isu berkaitan perempuan yang mungkin sedikit sebanyak ditafsirkan oleh ahli tafsir sehingga dirasakan agama Islam ini adalah agama yang menekan perempuan seolah perempuan itu makhluk kedua selepas lelaki.

Sedikit sebanyak saya faham realitinya bahasa Arab juga mempengaruhi penafsiran al-Quran dimana ianya adalah bahasa gender. Berbanding dengan bahasa gender yang lain bahasa arab semuanya mempunyai gender.

Beberapa isu juga ada yang boleh diperbincangkan misalnya isu edah wanita yang berkaitan dengan perkataan quru' sama ada bermaksud suci yang bagaimana. Isu sentuhan lelaki bagaimana yang membatalkan wudu' dan sebagainya.

Antara lain adalah mengenai wanita sebagai makhluk yang sama taraf dengan lelaki dan tidak dijadikan dari rusuk lelaki juga menjadikan saya banyak berfikir. Masih banyak yang tidak saya ketahui, terima kasih kepada buku ini yang membuat saya terkial-kial mencari kebenaran. Buku ini bukan sumber yang boleh dipegang tetapi membuka ruang kita berfikir lebih luas, banyak lagi penafsiran yang tidak kita ketahui dan perlu kita tahu.

Teringat saya kata-kata seorang rakan Indonesia, kebenaran itu adalah seperti kaca yang pecah setiap orang memegang salah satu serpihan kaca itu. Mungkin dengan membaca buku ini kita terjumpa salah satu serpihan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.