Khamis, 8 Disember 2011

Buku Faisal Tehrani diharamkan?




Saya baca tentang pengharaman buku Faisal Tehrani melalui rakan-rakan Goodreads. Salah seorang adalah pustakawan yang mempunyai senarai lengkap judul buku yang diharamkan oleh JAKIM. Terkejut juga saya apabila JAKIM haramkan buku fiksi Melayu ni..

Persoalannya kenapa penulis sendiri tidak mengetahui mengenai pengharaman buku mereka sendiri? Pelik kan? Bagaimana sesebuah buku itu boleh diharamkan tanpa sebab munasabah? Jika diharamkan sekalipun perlulah diberikan sebab.

Untuk pengetahuan pihak JAKIM, saya tidak akan bersetuju dengan pengharaman buku, jika ingin melawan semula, tulislah karya yang menolak hujah buku tersebut. Berperanglah secara intelek barulah anda dihormati sebagai sebuah institusi Islam.

Walau apa pun, terima kasih kerana mengharamkan buku ni sebab ramai yang cari buku haram berbanding buku halal. Semakin haram sesebuah buku itu semakin ramailah yang membelinya. Betul kan? Salah seorang yang terpengaruh untuk membaca buku ini adalah saya.. haha

p/s: Sekiranya anda berminat untuk mengetahui senarai lengkap buku yang diharamkan boleh lawati laman blog rakan Goodreads saya The Malaysian Reader.

2 ulasan:

Adilla Harun berkata...

Rezeki penulis dan penerbit bila tiba2 buku tu jadi carian.

Fariza berkata...

Betul Adilla.. sesuatu tragedi itu mungkin bawa rezeki pada mereka.. tetapi selalu juga penulis rugi bila KDN rampas buku.. sebelum ni Zunar banyak jugak rugi sebab buku dia kena rampas..

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.