Khamis, 3 November 2011

Catatan Perang Korea



Pada awalnya saya hanya berminat dengan tajuknya yang menyentuh Perang Korea, sebuah negara yang saya minati kebudayaannya dan bahasanya. Namun setelah membaca buku ini Mochtar Lubis segera menjadi penulis yang saya minati lantas buku beliau yang lain saya cuba dapatkan...

Menariknya adalah Perang Korea ini tidak pernah ada catatan di dalam bahasa Melayu kecuali catatannya Mochtar Lubis. Mungkin kerana hanya wartawan Indonesia ini sahaja wakil wartawan PBB yang berbahasa Melayu malah Malaysia sendiri tiada wakil yang datang membuat liputan di sana catatan ini malah menjadi sangat penting bagi saya.

Mochtar nyata menulis dari sisi orang luar yang melihat perang ini tanpa pengaruh mana-mana pihak malah lebih melihat sisi di mana orang Korea itu sendiri tidak faham erti peperangan ini. Perang memang sesuatu yang perit.. Perih.. Tidak tahu siapa yang perlu dipersalahkan terhadap kekejaman perang..

Utara mahupun Selatan punya kezalimannya sendiri, rakyat biasa adalah mangsa sebenar.. kehilangan keluarga dan harta benda..

Dari Busan, Taegu hingga ke Seoul.. Melalui catatan Mochtar nyata saya kagum bagaimana Korea selatan mampu meninggalkan Malaysia dari segenap hal walaupun satu ketika dahulu negara ini musnah teruk kesan perang perbezaan dua ideologi iaitu komunis dan demokrasi. Kini kedua-dua selatan mahupun utara sudah mendapat tempat di dalam liga bolasepak dunia, Malaysia masih terkedek di belakang dengan nilai mata wangnya yang semakin menurun..

Sekiranya anda berminat mengambil tahu sedikit Perang Korea dari sisi orang Indonesia, ini adalah satu-satunya catatan yang anda perlu baca..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.