Ahad, 19 Jun 2011

Namaku Bukan Maria

" Hidup ini laksana kembara,
Bawalah bekalmenempuh jalan,
Cinta hamba cinta sementara,
Cinta kekal kepada tuhan."

-Abdul Ghaffar-

Natrah

Namaku bukan Maria merupakan kisah Natrah versi novel yang membawa sisi seolah-olah Natrah mempunyai kehidupan yang islami serta mempunyai pengakhiran yang berbeza. Kebanyakan rakan saya menunjukkan minat yang mendalam terhadap novel ini dan mendorong saya membacanya. Namun setelah membacanya, secara peribadi saya bukanlah peminat novel ini.


Sarat Ilmu

Penulis novel ini patut dipuji dengan selitan kisah-kisah sirah Rasulullah yang menarik serta banyak memberi info kepada pembaca. Antara kisah yang menarik adalah kisah Mus'ab bin Umair setelah memeluk Islam. Bagaimana ibu beliau cuba mengugut Mus'ab agar meninggalkan Islam dengan mogok lapar. Antara lain, kisah Ammar yang terpaksa menyamar kufur kerana berada diancam nyawanya juga diselitkan secara bijaksana oleh penulis di dalam novel ini.


Bahasa

Namun saya merasakan penulis perlu lebih berhati-hati di dalam memilih perkataan dan dialog yang sesuai dengan latar masa cerita ini. Latar masa novel ini adalah sekitar zaman penjajahan Jepun dan British. Oleh sebab itu, tidak wajar penulis menggunakan perkataan yang moden sehingga menyebabkan dialog serta cerita ini sedikit ganjal. Mungkin penulis mempunyai pandangan beliau sendiri mengenainya.

Keseluruhan

Saya memberikan 2 bintang sahaja kepada novel ini kerana saya berpendapat terdapat perkataan yang tidak sesuai dengan latar masa. Jika penulis menyelit sedikit Bahasa Jepun dan Inggeris di dalam novel ini untuk dialog antara Che Aminah dan tentera Jepun pasti buku ini akan lebih menarik dan berkesan. Sekadar pandangan. 2 bintang ini khusus untuk ilmu yang terdapat di dalam buku ini. Plot cerita juga biasa sahaja.


1 ulasan:

Zahiruddin Zabidi berkata...

Bahasa

Namun saya merasakan penulis perlu lebih berhati-hati di dalam memilih perkataan dan dialog yang sesuai dengan latar masa cerita ini. Latar masa novel ini adalah sekitar zaman penjajahan Jepun dan British. Oleh sebab itu, tidak wajar penulis menggunakan perkataan yang moden sehingga menyebabkan dialog serta cerita ini sedikit >GANJAL<. Mungkin penulis mempunyai pandangan beliau sendiri mengenainya.

Nota: Cuba semak betul-betul! :)

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.