Selasa, 14 Jun 2011

Eliana


"Kami memang miskin. Baju ini juga lungsuran, dibeli di pasar loak. Lantas kenapa? Apa itu hina? kehidupan rendahan? Asal kau tahu, Bapakku tidak akan pernah menjual seluruh kampung kepada kalian."
-Eliana-
Anak Pemberani

Gelaran anak pemberani ini memang sesuai dengan watak Eliana. Malah penulis sengaja memulakan novel dengan kisah berani Eliana berteriak "JANGAN HINA BAPAKKU!" semasa pertemuan wakil kampung bertemu pemerintah. Membaca kisah ini menunjukkan bahawa Eliana lebih mirip dengan watak Mamak.

Kisah percintaan Mamak

Saya sangat tertarik dengan kisah percintaan Mamak dan Pak Shahdan. Menarik sehingga membacanya juga boleh membuat saya tersenyum-senyum seorang. Lebih membuat saya tertawa adalah kebijaksanaan Burlian menggoda Mamak untuk bercerita. Nyata Burlian memang watak yang paling saya sukai antara ketiga-tiga buku yang saya pernah baca.

Senyum saya bertambah manis apabila membaca bait-bait pantun Pak Shahdan yang dibacanya di hadapan Mamak semasa acara lingku'an. Semasa sengaja menerima hukuman.

"Anak kijang loncat berlari,
Senang bermain di padang ilalang,
dasar kau seorang pencuri,
Mencuri hatiku bukan kepalang"

Yang lebih kelakar adalah Mamak salah anggap pantun itu memerlinya sebagai pencuri langsung mengirim surat "Berhentilah mengangguku. Aku mohon."Bagaimana mereka bercinta? Yang pasti seolah berlaku Deja vu kisah pertemuan mereka berulang tetapi berubah kondisi. Akhirnya Mamak dan Bapak akhirnya menikah dan melahirkan 4 orang cahaya mata yang berani, yang spesial dan yang sok tahu..

Tidak Sabar

Saya tidak sabar menunggu penerbitan buku pertama iaitu Amelia yang akan terbit pada tahun ini. Tidak sabar untuk mengetahui corat coret kisah Burlian, Pukat, Eliana dan yang pastinya mengenali lebih dekat watak Amelia. Saya dengan mudahnya memberikan 5 bintang buat buku ini. Noktah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.