Khamis, 5 Mei 2011

Misteri Firaun Musuh Para Nabi



Sejarah

Sekiranya anda merupakan seorang peminat sejarah dan berminat mengetahui mengenai firaun dan sejarah Mesir buku ini merupakan buku yang bagus buat anda. Walaubagaimanapun tidak tepat untuk mengatakan misteri siapa firaun yang dikaitkan dengan Nabi Yusuf dan Nabi Musa telah dirungkaikan melalui buku ini kerana semuanya masih dalam bentuk teori yang sekadar diperjelaskan teorinya oleh penulis. Entah, ini kesimpulan saya.


Memadai

Namun begitu, saya berterima kasih dengan penulis yang menulis secara jujur kesemua teori dan menulis pendapat beliau secara logik pendapat mana yang boleh ditolak dan diterima. Lebih menarik, penulis menutup penulisan beliau dengan menggalakkan perbincangan dan persoalan. Benar, memang banyak yang perlu dipersoalkan kerana hanya beberapa bab sahaja yang membincangkan perkaitan firaun yang disebutkan di dalam al-Quran, walaubagaimanapun saya masih berpendapat penulisan ini sudah memadai.


Paling Menarik!

Sejarah piramid adalah maklumat paling menarik yang saya paling sukai. Rupa-rupanya pembinaan piramid mempunyai peringkat-peringkatnya juga. Dari binaan tiada bentuk sekadar memastikan mayat tidak terbuka kerana angin akan menerbangkan pasir di atas mayat ianya berkembang menjadi binaan bertingkat dan sehingga menjadi piramid sempurna. Menarik! Gambar yang jelas juga diselitkan di dalam buku ini. Saya teruja dengan maklumat ini.. haha

Panduan kembara

Selepas usai membaca keseluruhan buku ini saya seolah ingin segera terbang melihat sendiri Mesir dan piramid-piramid di Mesir. Bukan sahaja Mesir, malah saya teruja ingin melihat piramid-piramid di Sudan. Ya, di Sudan juga mempunyai piramid! Piramid di Sudan lebih kecil dan binaannya tidak sekukuh di Mesir.

Buku ini adalah panduan kembara yang menarik buat sesiapa yang mahu mengembara di Mesir. Gambar-gambar yang diselitkan bersama informasi pasti memudahkan kita memahami tempat-tempat yang bakal dilawati di Mesir. Tindakan penulis yang menunjukkan sedikit cara memahami tulisan hieroglif memang bijak. Anda pasti teringin mencari tulisan tersebut dikalangan pahatan batu, dinding makam, patung batu firaun malah mungkin anda juga menjadi lebih teliti semasa melawat muzium kerana anda sudah tahu satu dua maksud tulisan hieroglif!

Keseluruhannya buku ini adalah buku yang mengumpulkan maklumat yang mungkin kita boleh temui jika kita mampu mencarinya sendiri, namun buku ini memudahkan kita memahami dengan mudah sejarah Mesir purba secara ringkas. Atas usaha penulis ini, malah penulisan yang menarik dengan bahasa yang baik, lima bintang buat Afareez Abd Razak.


Buku

Kulit tebal dengan ilustrasi menarik ditambah dengan warna penuh diseluruh mukasurat. Buku ini cantik dan sesuai dijadikan hadiah. Walaupun masih banyak gambar yang tidak begitu jelas yang dimasukkan, ianya masih lagi boleh diterima. Nasihat saya, penulis perlu lebih teliti memilih gambar yang perlu dimasukkan ke dalam buku. Jika boleh pastikan ianya benar-benar memberi maklumat kepada pembaca.


p/s: I learn a lot from this book. I just want to give 4 stars but I think he have a great writing skills, so 5 stars to him.

5 ulasan:

muhammad fakhruddin berkata...

Saya jumpa buku ini ketika hari terakhir PBAKL (baca:poket dah kering). Cuma pernah membaca buku Alexander Bukan Iskandar Zulkarnain tulisan penulis yang sama.

Fariza berkata...

Saya pun pernah baca buku yang pertama..

Melody berkata...

Teruja mahu baca buku ini tapi belum ada rezeki.
Salam Goodreads :)

Tanpa Nama berkata...

he's totally great! one of my lecturer as uia! proud to be his student, indeed. :)

Fariza berkata...

Hey then.. can you introduce me to him??? hahaha

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.