Khamis, 5 Mei 2011

Aku, Dia dan Pustaka Biru...


Sejak akhir-akhir ini saya dilewati rasa sukar menulis dek kepenatan mungkin.. Entahlah.. Sudah dua tiga buah buku yang telah terlepas daripada diulas di blog ini...

Sekadar mencari tempat teduh di Amcorp Mall kerana hujan lebat semasa ber'joging' di Taman Jaya, sempat juga saya menghabiskan Aku, Dia dan Pustaka Biru ini di Popular. Tertarik dengan tajuk Pustaka Biru, membuatkan saya terus membaca keseluruhan komik ini.

Walaupun berkisar tentang cinta biasa namun perasaan watak utama lelaki yang sangat meminati atau boleh dikatakan gila buku benar-benar menjadikan kisah ini menarik. Bayangkan beliau memelihara dan memulihara buku di pustaka ini dengan baik malah membenarkan penduduk setempat meminjam buku dari pustaka peribadi beliau dengan percuma.

Perasaan saya kuat mengatakan bahawa penulis juga seorang yang sangat meminati buku dan mempunyai falsafah sendiri mengenai buku. Antara pendapat beliau tentang buku yang secara tidak langsung saya juga berkongsi pendapat yang sama adalah:

" Buku yang baik adalah buku yang membuatkan kita ingin bercerita mengenainya dengan orang lain"

Seperti yang saya lakukan, buku yang bagus pasti ulasan yang saya berikan akan panjang dan banyak yang saya ingin ceritakan. Berbanding buku yang biasa-biasa sahaja saya pasti akan menulis secara berbasa basi sahaja.

Walaupun ini adalah sebuah komik cinta, ada juga perkara lain yang saya pelajari daripada komik ini. ( haha macam ulasan bela diri pula..)


2 ulasan:

encik kerani berkata...

Manga memang jahat ^.^;;
Kalau baca manga pasal tennis, kita rasa nak main tennis. Kalau baca pasal ninja, kita rasa nak jadi ninja. Kalau baca pasal basketball, kita rasa nak main basketball walau tinggi cuma 5'2".

Jadi kalau ada manga pasal buku, memang bagus sangat. Mesti ramai orang akan mula berjinak dengan buku.

Fariza berkata...

En kerani- Betul sangat tu. Manga ni banyak mempengaruhi minat remaja. Dulu pun saya pernah minat dengan Basketball sebab tengok Slamdunk! haha

Lepas tu minat pada tenis sebab manga 'Prince of tennis'.. haha tapi tak reti main pun..

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.