Isnin, 23 Mei 2011

Aku dan Ikhwanul Muslimin

" Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (apa yang telah Allah janjikan pada mereka) dan mereka tidak sedikitpun mengubah (janjinya)."

Buku ini membawakan sisi cerita penglibatan Dr Yusuf Al Qaradhawi di dalam pergerakan Al ikhwanul Al Muslimun. Dari zaman remaja sehingga bergelar seorang mahasiswa. Beliau mengalami beberapa zaman pemerintahan presiden yang berlainan.

Permulaan

Bahagian awal buku lebih banyak menceritakan mengenai penglibatan awal beliau di dalam pergerakan Ikhwan. Bagaimana beliau bergerak aktif memberikan ceramah di pelbagai tempat. Sebagai pendakwah muda beliau sangat bersemangat, malah beliau sanggup melalui pengalaman yang sukar seperti tidak sempat berbuka puasa, tidak mempunyai duit untuk menaiki bas dan sebagainya.

Penjara

Kisah hidup beliau dan para ikhwan di penjara benar-benar memberikan kita gambaran yang dahsyat terhadap penentangan pemerintah terhadap ppertubuhan Islam ini. Namun semuanya bermula daripada sikap kumpulan Nizam Khas di dalam Ikhwan yang melaksanakan pembunuhan ke atas seorang hakim.

Bermula daripada sikap Nizam Khas inilah menurut Dr Yusuf sebagai punca utama dakwah Ikhwan disalah erti oleh pelbagai pihak.

Penjara Pusat Perkembangan Ilmu

Semasa ramai para Ikhwan dimasukkan ke dalam penjara, keadaan penjara berubah menjadi kawasan pusat perkembangan ilmu dan dakwah Islam. Perbincangan mengenai kitab-kitab dijadikan rutin dipenjara malah bacaan mathsurat juga diamalkan. Menarik, sesuatu yang di sangka menjadi beban rupanya menjadi aset kepada para ikhwan. Malah hubungan persahabatan di antara mereka juga semakin mantap. Beliau malah berkata " sesuatu perkara yang sukar jika di hadapi beramai-ramai pasti berubah menjadi nikmat seronok."

Cerdik

Dr Yusuf Qardhawi adalah seorang yang sangat mementingkan pelajaran. Beliau tetap mengulangkaji pelajaran di dalam penjara walaupun belum pasti beliau mendapat kebenaran untuk mengambil peperiksaan. Beliau sering mendapat hadiah daripada kejayaannya malah pernah menerima tempat pertama di dalam pelajarannya.

Insaf

Saya insaf membaca kisah pengorbanan beliau dan para ikhwan yang lain. Jika ingin dibandingkan dengan pertubuhan dakwah di Malaysia jauh panggang dari api. Di Malaysia ancamannya tidaklah sehebat seperti di mesir. Para pendakwah di Malaysia harus banyak bersyukur dan meningkatkan usaha dakwah mereka.

Keseluruhannya buku ini adalah sebuah bukti terhadap perjuangan Dr Yusuf Qardhawi di dalam ikwanul mulimin. Pengalaman beliau juga menjadikan beliau sepertimana beliau sekarang. Luar biasa.



2 ulasan:

tintaelfarisi.blogspot berkata...

Buku yg menarik... kt mna nk dapatkn ye..??
[siaran lansung dr I Luv Islam Radio..]

Fariza berkata...

Maaf baru sempat balas. Sebenarnya saya sekadar berkongsi pandangan mengenai buku yang saya baca di sini. Tadi tak sempat nak cerita dalam radio.

Tapi kalau nak beli, buku ini boleh dibeli secara online dari Pekanbukuonline ataupun dari Pekan buku UM terus.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.