Isnin, 11 April 2011

Di Bawah Pohon Hawthorn




Di bawah Pohon Hawthorn adalah sebuah karya terjemahan yang menceritakan zaman kebuluran Ireland. Tiga orang adik beradik ini perlu berjuang meneruskan kehidupan mereka setelah ibu dan bapa mereka terpaksa meninggalkan rumah apabila musibah kebuluran semakin melampau.

Perjalanan mereka bermula apabila mereka dipaksa meninggalkan rumah kerana tidak mempunyai penjaga dan perlu dihantar ke rumah perlindungan. Mereka melarikan diri dengan selamat dan memutuskan ingin bertemu dengan nenek saudara mereka yang hanya diketahui ceritanya melalui ibu mereka. Perjalanan mereka menuju ke rumah nenek saudara mereka adalah catatan pengembaraan yang hebat. Walaupun hampir mengalami kegagalan semasa pengambaraan, sifat kental mereka membawa kejayaan. Akhirnya mereka bertemu dengan nenek saudara mereka dan diselamatkan dari kebuluran.

Kisah ini adalah sangat sesuai menjadi bahan bacaan kanak-kanak Malaysia agar nilai syukur dapat diterapkan di dalam diri mereka. Terlalu banyak yang perlu kita syukuri di atas tanah subur ini. Kita punya sungai mengalir, punya pepohon hijau, punya tanah yang subur malah sumber galian juga. Apa yang lebih kita perlukan? Apa yang kita perlukan adalah manusia yang terdidik untuk menguruskannya. Ya, generasi kini dan berikut yang terdidik untuk memulihara dan memelihara keindahan ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.