Sabtu, 26 Mac 2011

Burlian..



" Begitu pula sekolah, Burlian, Pukat. Sama seperti menanam pohon.. Pohon masa depan kalian. Semakin banyak ditanam, semakin baik dipelihara, maka pohonnya semakin tinggi menjulang. Dia akan menentukan hasil apa yang akan kalian petik di masa depan, kehidupan. Kalian tidak mau seperti Bapak, bukan? Tidak yang dari pucuknya kalian bisa melihat betapa luas dunia. Kau akan memiliki kesempatan itu Burlian, karena kau berbeda. Sejak lahir kau memang sudah spesial. Juga kau Pukat, karena kau anak yang pintar."

Tere-Liye nyata tidak mengecewakan saya setelah saya mengangkat beliau sebagai penulis kegemaran saya. Tulisannya bersahaja dan penuh lelucon yang menarik. Saya dibawa bersama ke dalam kehidupan Burlian dan ikut ketawa bersama wataknya malah terkadang ikut menangis bersama wataknya. Bahasa Indonesia bagi saya sangat mengasyikkan. Lenggoknya indah. Bahasa Melayu juga begitu cuma Indonesia unik kerana berbeza dengan kebiasaan saya.

Serial anak-anak mamak ini bukan novel bersiri yang perlu kita baca mengikut urutan dan bersiri kerana peredaran masa. Buku-bukunya adalah bertemakan keempat-empat orang anak-anak mamak di mana setiap novel salah seorang akan menceritakan hidup masing-masing. Oleh itu jika tidak membaca serial pertama pun tidak mengapa, cuma lebih menarik jika dapat membaca keseluruhan siri.


Falsafah

Kebanyakan falsafah yang dalam disampaikan melalui watak Wak Yati. Apa yang menariknya adalah Tere-Liye tidak memaksa pembaca menyukai watak utamanya Burlian dengan menjadikan falsafah dan pemikiran yang hebat itu datang dari watak utama. Tetapi, Tere-Liye sengaja menulis seakan Burlian mengingat-ingat sahaja pesanan Wak Yati. Malah membuatkan watak Burlian seakan tidak pernah faham apa yang Wak Yati bicarakan kepadanya.

"Wak Yati, paling hanya separuh kalimatnya yang aku mengerti".
-Burlian-

Nakamura-san

Kisah mengenai Nakamura-san yang merupakan seorang jurutera jalan raya antara watak yang saya sukai. Hubungan akrab Nakamura dengan Burlian yang unik menjadikan kisah Burlian sangat menarik. Tulisan surat Burlian kepada Keiko yang agak kelakar juga menjadikan bab-bab berkaitan Nakamura menarik.

Pengakhiran kisah Burlian yang akhirnya menjejak kaki ke Jepun dan bertemu Keiko nyata memuaskan hati pembaca. Maaf. Pasti pembaca ulasan ini menyumpah-nyumpah saya membocorkan pengakhiran cerita ini. Tetapi, saya terlalu suka pengakhirannya, tergantung tetapi memberikan harapan.

Baca sendiri. Kamu akan faham maksud saya.



Terima Kasih

Kasih tidak terhingga buat K. Aina @ Ummu Auni yang meminjamkan buku ini yang dibeli oleh beliau di Bandung. Akan saya kenang jasa akak. Nampaknya persahabatan di Goodreads nyata membuahkan hasil yang menarik. Kita bertemu kerana sebuah buku!

2 ulasan:

Aidura Sofiee berkata...

@Fariza,

Salam.

Ralat. Aini bukan Aina (Ummu Auni).

Fariza berkata...

Noted.. Thanks k. Aidura..

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.