Ahad, 27 Mac 2011

Bukan Milikku


Saya pernah memiliki beberapa buah telefon bimbit selama beberapa tahun ini. Dalam setahun, saya pasti akan terpaksa bertukar kepada telefon bimbit yang lain dan terpaksa mengumpul semula nombor telefon rakan-rakan yang hilang. Saya mula memiliki telefon bimbit semasa memulakan pengajian di Asasi.Pada awalnya telefon bimbit saya yang pertama adalah jenis lipat dari jenama yang terkenal. Mungkin atas pengaruh budaya Pop Jepun ketika itu, telefon bimbit jenis lipat adalah diminati oleh ramai perempuan. Ya, saya mengaku ketika itu saya terpengaruh. Terasa diri sendiri sangat 'cool' menggunakan telefon bimbit itu di tempat awam.

Semasa di semester kedua Asasi, saya kehilangan telefon bimbit kesayangan saya. Setelah satu demi satu kecuaian saya, telefon bimbit saya mula bertukar dari jenis yang mempunyai fungsi yang banyak dan 'funky' bertukar menjadi telefon bimbit yang mepunyai fungsi asas sahaja. Kini, saya berpuas hati dengan telefon bimbit yang saya miliki sekarang. Telefon bimbit paling murah jenama Nokia. Saya sayang telefon ini kerana ianya tahan lasak.

Setelah mengalami kejadian seperti ini. Kehilangan demi kehilangan. Kerugian demi kerugian. Kejadian yang ke entah berapa kalinya saya mula tidak merasa begitu kecewa. Banyak yang dipelajari dari kehilangan. Saya sedar ianya bukan milik saya selamanya. Saya juga semakin tenang jika kehilangan duit dan mengalami kerugian. Mungkin itu bukan bahagian saya.

Tapi entahlah. Saya masih belum teruji dengan kehilangan yang lebih besar.. Saya hanya mampu berdoa dielakkan kejadian seumpamanya..

Bukan Milik

Sesuatu yang sudah berada di dalam genggaman tangan kita. Sesuatu harta yang kita sedang miliki. Motosikal, duit, kereta, rumah dan sebagainya belum tentu ditakdirkan oleh Allah akan menjadi harta kita. Harta yang pasti adalah apa yang kita beri pada jalan Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.