Selasa, 25 Januari 2011

Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi



" Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku di kala orang lain mengingkariku, dia membenarkanku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku di kala orang lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya kala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain (isteri-isteriku)."

-Rasulullah SAW-

Kekasih Pertama

Khadijah adalah kekasih pertama Rasulullah SAW. Idola saya. (kononnya). Khadijah adalah teman paling sesuai buat baginda Rasulullah ketika di awal kenabian. Khadijah sangat matang dan bijak. Tidak terbanding kita (sebenarnya saya sendiri) dengan Khadijah yang akhlaknya luar biasa dan di mana pandang sisinya nyata jauh, gaya isteri seorang nabi. Perumpamaannya Khadijah nyata seolah-olah penumpang kapal terbang sedangkan saya sekadar penunggang motosikal, tertinggal jauh.


Bacaan kedua

Sebenarnya ini adalah bacaan kali kedua saya buat buku ini. Memang saya akui buku ini adalah termasuk di kalangan buku kegemaran saya. Sejak dibeli dan dibaca pada tahun 2009, buku ini sekadar menghias rak buku di bilik sahaja. Atas sebab tertentu saya mengulang baca buku ini. Perasaannya tetap sama. Suka.

Dr. Muhammad Abduh Yamani nyata seorang yang halus penulisannya. Bait-bait syair buat Khadijah meruntun jiwa. Walaupun karya ini adalah sekadar terjemahan. Syair itu tetap indah. Jika dibaca di dalam bahasa asalnya sudah pasti lebih dalam perasaannya. Entah.


Mudah

Sangat mudah membaca karya ini kerana terjemahannya agak teliti dan menggunakan bahasa Melayu 'standard'. Sehari sahaja sudah boleh diselesaikan pembacaan. Penulisan juga santai tapi berfakta. Sekiranya anda ingin tahu lebih dekat siapakah Khadijah, saya syorkan anda membaca karya terbitan PTS ini.

Percayalah, membaca Khadijah seperti mengorek lubang aib kita sendiri. Lubang-lubang yang perlu kita sedari agar dapat dikambus di kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.