Ahad, 30 Januari 2011

Hujan..






semalam awan melambai-lambai
memaksaku senyum
awan-awan bijak
mengajak aku sembang
sembang yang kami sendiri faham

aku hulurkan tangan kepada 'awan'
awan malu
tidak pernah manusia menyapanya
mesra
selalunya manusia marah-marah sahaja
ya, manusia yang hatinya parah

huluran kedua
awan terima
gembira

cuaca dunia berubah nampaknya awan..
sengaja
berbasa basi soalan kuhulur

awan senyum kelat
manusia disini hanya tahu cuaca
perlahan bicaranya
di sini manusia tidak nampak perubahan dunia
di sana hujan menyapu pemimpin hina
di sini pilihan seolah tiada
di sana mereka peka
di sini mereka marah pada cuaca
derhaka pada tuhan lupa
derhaka pada manusia bising pula

awan berlalu ke tepi
seolah berfikir sendiri
perlahan dia sebak
terus teresak
tiga hari awan menangis
aku basah!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.