Jumaat, 14 Januari 2011

Di Mana Bumi Dipijak



"Sejarah ditulis oleh orang yang menang.. Itu kata orang.."

Dalam senyap saya setuju.. Setuju bahawa sejarah ditulis secara tidak adil.. Ditulis untuk pihak tertentu.. Demi kuasa tertentu.. Saya berbisik.. "Cis, politik zaman batu.."

Tentang buku

Penuh lakaran dan ulasan tambahan terhadap sesuatu peristiwa sejarah secara kritis nyata merupakan garapan sejarah yang menarik bagi saya. Walaupun secara peribadi saya masih kurang senang kerana ianya masih berat sebelah penulisannya, namun ianya tetap buku yang baik kerana kita dapat membaca peristiwa sejarah dari sudut yang berbeza.

Saya percaya pasti sesuatu karya sejarah akan berlaku berat sebelah kerana manusia selalunya cenderung menulis dari perspektif yang mereka percaya.

Saya masih mencari garapan sejarah yang terbaik.. Buku teks sejarah adalah contoh berat sebelah yang nyata.. Saya hanya mengenali tokoh-tokoh yang kononnya "kanan" atau pro-kerajaan. Jadi buku ini menjadikan pengetahuan saya penuh keseimbangan..

Tidak cukup

Saranan saya kepada semua rakyat Malaysia. Jangan terhadkan bacaan sejarah kamu berdasarkan persepsi kamu..

Banyak lagi yang tersembunyi.. kenapa? Sejarah mengajar kita tentang masa lalu yang membantu kita mengenali siapa kita hari ini.

Saya masih membaca dan mencari..


3 ulasan:

Nazmi Yaakub berkata...

konsep sejarah ditulis oleh mereka yang menang rasanya berpunca daripada grand design yang diangkat oleh karl marx sehingga segala2 apa yang berlaku adalah pertentangan antara dua kelas.

dalam islam, sejarah ditulis oleh ulama berdasarkan disiplin ulum hadis yg mementingkan rawi dan sanadnya.

bg kelompok yg menerima agenda grand design, maka sejarah ditolak bukan kerana disiplinnya, tapi kerana kelompok pengarangnya.

sekadar pandangan satu dua sen saya :)

Fariza berkata...

Terima kasih En Nazmi,

Ya saya percaya penulisan sejarah juga harus dilihat sanadnya.. Siapa penulisnya..

Oleh itu saya masih hanya percaya pada sejarah Islam..Sejarah yang ditulis oleh orang tertentu yang saya percaya..

Sejarah Tanah tumpah saya sendiri saya masih keliru..

@topekketopekan berkata...

Saya baru sahaja habis baca buku ni.

Buku ini memang benar-benar ditulis berdasarkan persepsi dan sudut pandangan orang ramai. Bila sudah habis membacanya, saya dapat rasakan ada beberapa sejarah yang 'disorokkan' dari kita. Adakah mereka memang sengaja atau pura-pura tidak tahu? Pelik bukan?

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.