Selasa, 4 Januari 2011

Biografi Muhammad Bin Abdullah


"Muhammad..
Nama seorang lelaki agung..
Kami beriman kepadanya dengan sepenuh jiwa dan raga
Meskipun kami tidak pernah bertemu dengannya."

Saya pernah membaca beberapa buah buku sirah Rasulullah S.A.W di dalam Bahasa Melayu, namun tidak ada yang benar-benar bagus penulisannya. Saya berani memberi jaminan bahawa buku ini adalah biografi terbaik Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis di dalam Bahasa Melayu. Rupa-rupanya buku ini telah diulang cetak sebanyak lima kali dan ruginya saya kerana tidak membacanya sejak dari awal.

Susunan penceritaan oleh Prof. Zulkifli nyata sangat baik dan mengikut kronologi yang jelas. Saya sangat memuji buku ini kerana saya jelas sebab sesuatu peristiwa itu berlaku dan saya juga jelas kronologi pengislaman beberapa orang sahabat. Sebelum ini saya masih keliru mengenai jarak waktu pengislaman beberapa sahabat dan jarak masa terjadinya beberapa perang.

Sebagai peminat kisah-kisah strategi perang, buku ini nyata menceritakan kisah-kisah perang Rasulullah di dalam usaha menyebarkan Islam dengan baik. Antara kisah perang yang diceritakan dengan baik oleh penulis adalah perang Hunain dan Tabuk.

Kronologi yang baik, ditambah penulisan yang baik, malah ditulis oleh penulis yang baik dan dipercayai.. Nyata ini adalah biografi Muhammad S.A.W yang terbaik saya pernah baca..


Penutup Yang Baik

Kisah pertemuan semula para sahabat selepas kewafatan Rasulullah S.A.W di Bukit Golan selepas pembukaan Baitulmaqdis adalah yang terbaik menjadi penutup biografi ini. Saya menangis teresak-esak membaca bagaimana penulis menceritakan bahawa Bilal tidak dapat menyelesaikan azannya kerana menangis teringatkan Rasulullah S.A.W.

Siapa saya di sisi Rasulullah S.A.W?


Penerbit

Syabas buat penerbit, PTS Islamika di mana kulit buku yang cantik dan sangat menarik di tambah dengan kerja suntingan yang baik.

Wujudnya Glosari dan Indeks juga adalah satu ciri yang saya amat sukai mengenai buku ini kerana ianya akan memudahkan rujukan akan datang.

Ini adalah buku wajib baca buat semua umat Islam di Malaysia.

5 bintang penuh buat Biografi Muhammad bin Abdullah: Perjalanan hidup seorang Nabi !!

3 ulasan:

cik.furas berkata...

waaa, mcm bez jer.. kat kedai sng nak cari ke x ek? sy skrng tgh baca buku2 tulisan abdul latip talib.. plannig nk cari buku biografi Nabi Muhammad plak lps ni.. yg ni mmg bez ek??

Fariza berkata...

@Cik Furas: Memang best buku ni, memang banyak kat pasaran kalau xsilap saya dah diulang cetak.. Buku ni agak lengkap dan bahasa mudah

cik.furas berkata...

ye ek.. ok tengs.. nnti nak try cari

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.