Isnin, 17 Januari 2011

28 Hari Jurnal Rock and Roll



"Tahun lepas 23 Jun 2009, saya memulakan kembara selama 28 hari mengelilingi Semenanjung Malaysia. Tak berduit, Jiwa kalut dan otak berserabut.

Tahun ini, 23 Jun 2010, saya ada buku bertajuk '28 Hari: Jurnal Rock n' Roll' yang mengisahkan tentang kembara tersebut. Alhamdulillah berduit, jiwa tak bergelora dan otak tenang.."


Walaupun saya kurang senang dengan gaya hidup bebas tanpa arah tujuan.. Namun secara peribadi saya masih menyukai karya mini Jayzuan. Walaupun beliau tidak tentu arah pada awalnya, saya kagum dia masih berani menghasilkan karya beliau sendiri.

Sahabat

Antara yang membuat saya kagum adalah semangat setiakawan golongan pemuzik indie ini. Jayzuan nyata mempunyai rangkaian sahabat yang ramai di seluruh Malaysia dan saya berani katakan rangkaian tersebut sampai ke seberang laut.

Beliau menggambarkan sahabat-sahabat beliau dengan baik sehingga dapat kita bayangkan siapa mereka.

Sahabat yang senyap dan tenang..

Ada sahabat yang berambut punk tetapi bermasyarakat di Terengganu..

Sahabat yang sangat suka belanja makan.. dan ramai lagi..

Perempuan

Di dalam jurnal ini Jayzuan secara jujur menceritakan satu persatu nama perempuan yang beliau sempat kenali di sepanjang pengembaraan. Dengan pelbagai gelaran diberikan kepada mereka sehinggalah pujian yang terlalu hiperbola menjadikan pembaca akan sering terfikir, siapakah si Jayzuan ini sebenarnya.

Antara kata-kata yang beliau sering ungkap ialah " Perempuan memang Ahli Sihir!".


Hidup

Saya faham perasaan Jayzuan yang mahu mengembara. Saya juga mahu menjadi pengembara. Saya mahu mengembara 'backpacking' ke seluruh dunia. Jauh di sudut hati, keinginan saya membara mahu ke luar negara. Saya sering berbisik, banyak lagi tempat yang belum di jelajahi. Tapi, saya seorang perempuan, masih banyak yang perlu difikirkan..

Jayzuan nyata kini lebih tenang. Namun adakah ini yang beliau cari? Nasihat saya buat diri sendiri dan buat Jayzuan, carilah tuhan baru tenang dengan sendiri. Percayalah Tuhan, patuhilah arahan Tuhan dan jangan lakukan larangan Tuhan..

Mahu tenang? Mintalah dari pencipta manusia..

Saya? Seperti biasa, masih menunggu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.