Khamis, 8 Disember 2011

Buku Faisal Tehrani diharamkan?




Saya baca tentang pengharaman buku Faisal Tehrani melalui rakan-rakan Goodreads. Salah seorang adalah pustakawan yang mempunyai senarai lengkap judul buku yang diharamkan oleh JAKIM. Terkejut juga saya apabila JAKIM haramkan buku fiksi Melayu ni..

Persoalannya kenapa penulis sendiri tidak mengetahui mengenai pengharaman buku mereka sendiri? Pelik kan? Bagaimana sesebuah buku itu boleh diharamkan tanpa sebab munasabah? Jika diharamkan sekalipun perlulah diberikan sebab.

Untuk pengetahuan pihak JAKIM, saya tidak akan bersetuju dengan pengharaman buku, jika ingin melawan semula, tulislah karya yang menolak hujah buku tersebut. Berperanglah secara intelek barulah anda dihormati sebagai sebuah institusi Islam.

Walau apa pun, terima kasih kerana mengharamkan buku ni sebab ramai yang cari buku haram berbanding buku halal. Semakin haram sesebuah buku itu semakin ramailah yang membelinya. Betul kan? Salah seorang yang terpengaruh untuk membaca buku ini adalah saya.. haha

p/s: Sekiranya anda berminat untuk mengetahui senarai lengkap buku yang diharamkan boleh lawati laman blog rakan Goodreads saya The Malaysian Reader.

Qur'an Untuk Perempuan




Semakin kita mengenali al-Quran semakin kita mengetahui bahawa terdapat banyak perkara yang kita sangka benar barangkali salah. Mungkin yang kita percaya sebagai Islam bukan Islam sebenarnya, Islam agama yang adil dan dengan adil saya membaca buku ini sebagai salah satu cara saya memahami Islam yang saya anuti.

Buku ini sedikit sebanyak mendedahkan kita beberapa isu berkaitan perempuan yang mungkin sedikit sebanyak ditafsirkan oleh ahli tafsir sehingga dirasakan agama Islam ini adalah agama yang menekan perempuan seolah perempuan itu makhluk kedua selepas lelaki.

Sedikit sebanyak saya faham realitinya bahasa Arab juga mempengaruhi penafsiran al-Quran dimana ianya adalah bahasa gender. Berbanding dengan bahasa gender yang lain bahasa arab semuanya mempunyai gender.

Beberapa isu juga ada yang boleh diperbincangkan misalnya isu edah wanita yang berkaitan dengan perkataan quru' sama ada bermaksud suci yang bagaimana. Isu sentuhan lelaki bagaimana yang membatalkan wudu' dan sebagainya.

Antara lain adalah mengenai wanita sebagai makhluk yang sama taraf dengan lelaki dan tidak dijadikan dari rusuk lelaki juga menjadikan saya banyak berfikir. Masih banyak yang tidak saya ketahui, terima kasih kepada buku ini yang membuat saya terkial-kial mencari kebenaran. Buku ini bukan sumber yang boleh dipegang tetapi membuka ruang kita berfikir lebih luas, banyak lagi penafsiran yang tidak kita ketahui dan perlu kita tahu.

Teringat saya kata-kata seorang rakan Indonesia, kebenaran itu adalah seperti kaca yang pecah setiap orang memegang salah satu serpihan kaca itu. Mungkin dengan membaca buku ini kita terjumpa salah satu serpihan?


Rabu, 9 November 2011

Please Look After Mom



Termenung kosong saya selepas membaca buku ini. Dari mukasurat pertama sehinggalah ke akhir ayat buku ini terus membuatkan saya menitiskan air mata. Kyung Sook Shin nyata seorang penulis hebat, walaupun seluruh ceritanya membuat saya menangis terus, saya tidak pernah bosan malah semakin mahu meneruskan bacaan.

Keseluruhan

Sepasang suami isteri berangkat ke kota untuk mengunjungi anak-anak mereka yang telah dewasa. Sang suami bergegas naik ke gerbong kereta bawah tanah dan mengira isterinya mengikuti di belakangnya. Setelah melewati beberapa stasiun, barulah dia menyadari bahwa isterinya tak ada. Isterinya tertinggal di Stesen Seoul.

Perempuan yang hilang itu langsung tidak ditemui dan keluarga, anak-anak, kakak ipar dan suami perlu mengatasi trauma akibat kejadian tersebut. Satu persatu mereka mengimbau kembali kenangan lama yang membuat mereka sedar betapa pentingnya peranan ibu di dalam seluruh kehidupan mereka. Betapa sedikitnya mereka mengenal sosok sang Ibu, perasaan-perasaaannya, harapan-harapannya dan mimpi-mimpinya.

Ibu

Melihat ibu dari kacamata anak-anak sangat menyentuh hati saya. Setiap mereka mengingati ibu dalam wajah yang berbeza. Yang pasti, walau siapa pun dia

Tentang Buku

Buku ini adalah sebuah karya penulis terkenal Korea, Kyung Sook Shin. Versi buku yang dibaca oleh saya ini adalah terjemahan Indonesia dan dibeli di Jakarta. Nyata saya bersyukur kerana digerakkan hati untuk mencapai karya hebat ini. Jika kamu berkesempatan, bacalah buku ini. Janji saya, kamu pasti akan menilai tahap ketaatan kamu kepada ibu selepas membacanya. Karya ini sangat mengesankan.

p/s: Sila pastikan anda sudah mempunyai stok tisu yang mencukupi untuk titisan air mata anda.

Khamis, 3 November 2011

Catatan Perang Korea



Pada awalnya saya hanya berminat dengan tajuknya yang menyentuh Perang Korea, sebuah negara yang saya minati kebudayaannya dan bahasanya. Namun setelah membaca buku ini Mochtar Lubis segera menjadi penulis yang saya minati lantas buku beliau yang lain saya cuba dapatkan...

Menariknya adalah Perang Korea ini tidak pernah ada catatan di dalam bahasa Melayu kecuali catatannya Mochtar Lubis. Mungkin kerana hanya wartawan Indonesia ini sahaja wakil wartawan PBB yang berbahasa Melayu malah Malaysia sendiri tiada wakil yang datang membuat liputan di sana catatan ini malah menjadi sangat penting bagi saya.

Mochtar nyata menulis dari sisi orang luar yang melihat perang ini tanpa pengaruh mana-mana pihak malah lebih melihat sisi di mana orang Korea itu sendiri tidak faham erti peperangan ini. Perang memang sesuatu yang perit.. Perih.. Tidak tahu siapa yang perlu dipersalahkan terhadap kekejaman perang..

Utara mahupun Selatan punya kezalimannya sendiri, rakyat biasa adalah mangsa sebenar.. kehilangan keluarga dan harta benda..

Dari Busan, Taegu hingga ke Seoul.. Melalui catatan Mochtar nyata saya kagum bagaimana Korea selatan mampu meninggalkan Malaysia dari segenap hal walaupun satu ketika dahulu negara ini musnah teruk kesan perang perbezaan dua ideologi iaitu komunis dan demokrasi. Kini kedua-dua selatan mahupun utara sudah mendapat tempat di dalam liga bolasepak dunia, Malaysia masih terkedek di belakang dengan nilai mata wangnya yang semakin menurun..

Sekiranya anda berminat mengambil tahu sedikit Perang Korea dari sisi orang Indonesia, ini adalah satu-satunya catatan yang anda perlu baca..

Isnin, 10 Oktober 2011

How to Attract Anyone..



This is a great book for those who wanted to learn how to be part of the society. Yes, the book teach you about flirting but it can be applied to improve our social skill.

Stranger?

Sometimes when we met stranger, we don't know how to start a conversation and do not know how to react. Susan Rabin teach us not only how we can start to speak with strangers but she also points out a few reason why we have to do so. The writer points out that we were dealing with strangers everyday without even thinking about it. It might be you're chatting up the butcher, the postmen, the baker and ignore it. So it is not because we do not know how, it's just because we are double standard..

I like

I like it when she write " To meet interesting people, Go to interesting places". We have to agree with this, if you are a book lover go to the library, to the bookshop and try to meet the species as you. Then, go to the places of your interest to find new friends with the same interest..

Quotes

"We are attracted to people in our present who remind us of people we cared for our past."

This is one of my favorite quotes. It is true that most of women were attracted to those who reflects their men in life like her brother or her father. Because the brother and the father is the quality that had been introduced through her life.

Here, I put on some more of my favorite quotes from the book:

" Be your own best friend! You know who you are.."

"There is nothing either good or bad, but thinking makes it so."

"Listen is a best treatment"

Me

There are lots of other stuff in the book which is a great guide for me that I think will also benefit to all of you out there. It is cheap, great reading stuff and contain wisdom.. I bought the book from BookXcess, RM9.90..

Isnin, 26 September 2011

Pengajaran yang "Mahal"




Nak selesa?

Seperti kebiasaan pada waktu petang Ahad jika berkesempatan saya pasti akan berjoging di Taman Jaya. Dek kerana perlu membeli topup dan beberapa keperluan saya membawa bersama dompet. Selalunya saya tidak membawa dompet jika berjoging, menyusahkan.. Dompet tersebut diletakkan di ruang bawah tempat duduk motosikal kerana tidak selesa jika membawa barang ketika berjoging. Kesilapan pertama kali saya itu akhirnya membawa padah apabila pencuri dengan senang hati mengambil dompet saya dengan senang hati. Bahagia buat pencuri tersebut.

Pengajaran 1: Jangan meninggalkan barang berharga di ruang bawah motosikal. (Saya insaf..)

Polis

Apabila menyedari kehilangan dompet tersebut selepas selesai berjoging lebih kurang pukul 6.50 p.m saya bergegas menuju ke Balai Polis Petaling Jaya dan membuat laporan kecurian. Semasa melapor saya menceritakan kejadian dan keadaan motosikal saya yang tidak mempunyai apa-apa kesan tetapi berlaku kecurian. Lebih kurang 30 minit saya membuat laporan dan setelah laporan dibuat di 'print'. Barulah pegawai tersebut memberitahu bahawa saya perlu menunggu seorang pegawai untuk mengesahkan laporan saya.

Telefon bimbit saya yang kehabisan kredit menyebabkan saya tidak boleh menghubungi sesiapa. Saya meminta izin untuk menunaikan solat di surau sementara menunggu. Surau kosong. Semua polis pun sibuk kot, solat sendiri-sendiri. Entah.

Usai solat, saya terus kembali ke pejabat tadi dan bertemu dengan Sarjan T. Sudahlah sedih kehilangan dompet, saya lantas dimarahi. Saya juga malah dituduh membuat laporan palsu kerana motosikal saya tidak mengalami kesan dikopek. Geram betul!

Beliau dengan tegas menyatakan saya sewajarnya tidak menulis unsur kecurian tetapi menulis laporan kehilangan atas kecuaian. Masalahnya dompet saya memang dicuri, bukan keciciran. Dengan hati yang sakit saya sekadar mengangguk dan segera meminta kebenaran untuk balik kerana sudah lewat malam. Lebih baik membisu. Jika tidak, mungkin terkena tuduhan lain pula.. Sampai di rumah lebih kurang pukul 8 mlm.

Pengajaran 2: Sentiasa ingat cara nak minta kredit advance.. Bersabar jika berhadapan dengan orang yang garang tak bertempat.. Solat, Solat dan solat.. hahaha..

Taman Jaya

Semasa membuat permohonan Mykad yang baru saya terserempak dengan seorang junior PMI yang juga kehilangan dompet di Taman Jaya. 100% kejadian yang dia alami sama seperti saya, kecuali dia terkena pada hari Sabtu dan saya pula pada hari Ahad. Kami membuat kesimpulan, bahawa memang terdapat kumpulan yang tertentu membuat aktiviti mencuri sebegini di Taman Jaya. Polis, sila bertindak..

Pengajaran 3: Taman Jaya is not a safe place.. seram..

Seharian

Untuk mengganti semua dokumen yang hilang i/c, lesen, kad-kad atm kesemuanya mengambil masa sehari. Hari ni, pagi-pagi lagi saya dah keluar menuju ke JPN Petaling Jaya, bayar RM10 untuk MyKad baru selesai lebih kurang pukul 11. Kemudian terus menuju ke Pejabat Polis Petaling Jaya, buat bayaran RM2 untuk resit dari polis baru salinan laporan polis diterima oleh JPJ. Di JPJ, perlu ada gambar jadi buat bayaran RM10 untuk gambar passport dan RM20 untuk mengganti lesen yang hilang. Selesai urusan dengan kerajaan, baru saya uruskan kad-kad bank.

Setiap kad atm yang hilang perlu dibayar RM12. Total semua kerugian saya termasuk RM50 yang telah pencuri berjaya dapat ialah RM110... Malah saya terpaksa berhutang dengan rakan untuk membayar segala perkara di atas.. Pengajaran yang "Mahal"... haha

Pengajaran 4: Miliki kawan yang baik yang boleh bagi kita pinjam duit RM50 ke atas..huhu

Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kejadian yang sama?

1. Sejurus mengetahui bahawa anda kehilangan dompet, segera kenal pasti jumlah wang, dokumen yang terdapat di dalam dompet. Senaraikan segera. (Dalam otak pun xpe)
-MyKad
-Lesen
-Kad ATM CIMB
-Kad Debit Maybank
-Kad Kredit
-Kad Debit Bank Islam

2. PENTING!! Terus hubungi nombor talian pelanggan (Customer service line) bagi kad yang mempunyai nilai dan risiko yang lebih tinggi dahulu. Seperti senarai di atas, Kad Debit dan Kad Kredit adalah lebih merbahaya berbanding kad ATM. Block kad-kad tersebut dahulu.

Duit anda, jadi anda tahu yang mana mempunyai lebih banyak nilai 'purchase' dan 'limit' nya kan? Dahulukan yang lebih bernilai.. Untuk mengurangkan kadar kerugian..

Langkah bersedia:
1. Pastikan sentiasa mempunyai nombor customer care line kesemua bank anda agar tidak kelam kabut untuk mencarinya. Jika terlambat beberapa minit pun anda akan mengalami kerugian kerana kad debit dan kad kredit sangat mudah untuk digunakan dan sukar dikenalpasti. Saya mengalami kerugian RM40 kerana lambat sejam menghubungi Maybank disebabkan urusan dengan polis. Pencuri telah menggunakan kad debit saya di dua buah stesen minyak iaitu Shell dan Esso dalam masa 30 minit sahaja.

2. Jika anda bukanlah pengguna tetap kad debit untuk tujuan pembelian (purchase) 'limit'kan kad debit atm anda kepada RM0. Jika ingin menggunakannya anda boleh menukar semula nilai 'purchase limit' anda kepada nilai yang dikehendaki. Ini adalah lebih selamat.

2. Terus melakukan laporan polis di Balai Polis berdekatan. Jika boleh sentiasa memiliki nombor telefon polis kawasan anda untuk pengesahan balai cawangan mana yang anda perlu lakukan laporan.

Seperti biasa, pastikan anda mengingati kesemua maklumat berkaitan kejadian tersebut. Jika anda sudah mempunyai RM2 boleh bayar terus untuk mendapatkan report pengesahan yang akan digunakan untuk JPJ, jika tidak anda perlu datang semula setelah mempunyai kad pengenalan sementara.

3. Proses membuat MyKad baru. Pastikan membawa laporan polis dan RM10. Jika perempuan bertudung, pastikan memakai tudung berwarna gelap seperti hitam dll.

4. Jika belum membayar RM2, langsaikan kepada Polis.

5. Bawa Salinan sementara Kad Pengenalan, gambar passport sekeping dan jika anda tidak mendapat pengecualian bayar RM20.

6. Pastikan anda mengetahui prosedur setiap bank agar tidak perlu berulang alik ke rumah untuk mengambil dokumen. Jika antara semua kad bank yang hilang terdapat akaun yang tidak dibuka di cawangan berhampiran, selesaikan urusan bank itu dahulu kerana bank perlu menghubungi cawangan di mana anda membuka akaun untuk manghantar fax pengesahan tandatangan. Ini akan mengambil masa yang lama dan kadang-kadang bank akan meminta anda pulang dahulu dan datang semula setelah dihubungi.

Prosedur CIMB:
kad pengenalan sementara dan 2 antara dokumen asal berikut:
- Surat beranak
- Pasport
- lesen memandu
- bil utiliti
- Kad Matrik Pelajar

Prosedur Maybank:
Kad pengenalan sementara dan lesen sudah mencukupi.

Kesimpulan:

Beringat sebelum kena. Namun pastikan kita sentiasa bersedia apabila berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka. Walau bagai mana cara pun kad bank kita hilang pastikan anda bertindak segera. Saya yang berkhidmat, sekian terima kasih. (^_^)..



Sabtu, 24 September 2011

Kaki




Kaki
besarkan langkahmu
biar cepat
biar hebat

Kaki
hayunkan lagi langkahmu
biar jauh
biar kukuh

kaki
ayuh

kaki
ayuh

kaki
pergilah jauh
pergilah jauh
biar seluruh alam kau tempuh
biar semua sempadan kau rempuh

walau jiwamu rusuh
walau jiwamu gemuruh
jangan mengeluh
teruskan langkahmu
pergilah jauh
pergilah jauh
pergilah jauh...


Pagi, Taman Jaya

Khamis, 22 September 2011

Once Removed




It's a comeback

Hmm, it's been a few month.. This is not a very good book for a comeback post, but I'm glad I can write something about it.

Why?

Why did I read this book? Because the scene is Kuala Lumpur, it was written by a 'Mat Salleh', the colour of the book is Orange, it is cheap (RM9.90-BookXcess) , and the name of the writer sounds sexy.. Try to read it with an accent, Andrew Leci.. haha..

Funny

I cannot stop laughing when he made jokes about certain things on Malaysia. It showed us another side of Malaysia that we may not realized before. He write about the Malays, the Chinese, the Indian and even write about Dato' and Tan Sri.

I'd really love when he write a few Malay words as footnotes entitled "words learn today". The funny things is most of the words were similar as English like 'botol= bottle', 'tayar=Tyre' and etc.

I hate his 'not so funny' jokes..

He also made a lot of sexual jokes.. I hate them..

Overall I'm not a fan of the book but I certainly can guarantee that this book is really funny and witty.. Half of myself hate it in certain way but another half showed that I can really laugh on his jokes.. I can't give any star to this book..

Sabtu, 23 Julai 2011

Busy with yellow!



It have been a few weeks.. No post at all..

I miss my blog so much.. Why I'm not writing anything? The reason is very simple.. I'm not touching my books this few weeks.. haha blame myself..

Busy with yellow..

It is not political to support Bersih. I am a big supporter of the freedom of speech. Why we can't express our own view on our country electoral system? What we want is simple, we want it to be more transparent and give benefits to the peoples itself..

Am I too late to write this? No, Bersih is a long term battle.. We need all peoples to support it.

I love My Malaysia!

I am Malaysian. I love my country. I will cry for my country. I will support what is good for my country.. I shout for Chong Wei! I support for Nicol David! I support BERSIH!

I hate people said to us (Bersih supporter), we are peoples who didn't love our own country.. No, we love our Malaysia..

Selasa, 28 Jun 2011

Crying out loud..





Middle of the night
I stare
the moon never seem to care
I just don't dare

The end of it
never seem fit
never mean to shout
I'm crying out loud..

Crying out loud..

Ahad, 19 Jun 2011

Namaku Bukan Maria

" Hidup ini laksana kembara,
Bawalah bekalmenempuh jalan,
Cinta hamba cinta sementara,
Cinta kekal kepada tuhan."

-Abdul Ghaffar-

Natrah

Namaku bukan Maria merupakan kisah Natrah versi novel yang membawa sisi seolah-olah Natrah mempunyai kehidupan yang islami serta mempunyai pengakhiran yang berbeza. Kebanyakan rakan saya menunjukkan minat yang mendalam terhadap novel ini dan mendorong saya membacanya. Namun setelah membacanya, secara peribadi saya bukanlah peminat novel ini.


Sarat Ilmu

Penulis novel ini patut dipuji dengan selitan kisah-kisah sirah Rasulullah yang menarik serta banyak memberi info kepada pembaca. Antara kisah yang menarik adalah kisah Mus'ab bin Umair setelah memeluk Islam. Bagaimana ibu beliau cuba mengugut Mus'ab agar meninggalkan Islam dengan mogok lapar. Antara lain, kisah Ammar yang terpaksa menyamar kufur kerana berada diancam nyawanya juga diselitkan secara bijaksana oleh penulis di dalam novel ini.


Bahasa

Namun saya merasakan penulis perlu lebih berhati-hati di dalam memilih perkataan dan dialog yang sesuai dengan latar masa cerita ini. Latar masa novel ini adalah sekitar zaman penjajahan Jepun dan British. Oleh sebab itu, tidak wajar penulis menggunakan perkataan yang moden sehingga menyebabkan dialog serta cerita ini sedikit ganjal. Mungkin penulis mempunyai pandangan beliau sendiri mengenainya.

Keseluruhan

Saya memberikan 2 bintang sahaja kepada novel ini kerana saya berpendapat terdapat perkataan yang tidak sesuai dengan latar masa. Jika penulis menyelit sedikit Bahasa Jepun dan Inggeris di dalam novel ini untuk dialog antara Che Aminah dan tentera Jepun pasti buku ini akan lebih menarik dan berkesan. Sekadar pandangan. 2 bintang ini khusus untuk ilmu yang terdapat di dalam buku ini. Plot cerita juga biasa sahaja.


Rabu, 15 Jun 2011

Pemikiran Tuan Guru



"Kalau mu samseng, Aku (Tuhanmu) lebih samseng, kalau mu jahat, Aku (Tuhanmu) lebih jahat, dan kalau mu sombong, Aku (Tuhanmu) lebih sombong."

-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat-

Pemikiran

Buku dimulai dengan perkaitan PAS sebagai sebuah gerakan Islam terus pembaca dibawa mengenali peribadi Tuan Guru Nik Abdul Aziz kemudian barulah penulis membahaskan mengenai pemikiran Tuan Guru.

Secara keseluruhan penulis hanya mengutarakan pemikiran Tuan Guru mengenai isu semasa sahaja iaitu lebih kepada mengulas petikan kata-kata Tuan Guru yang disiarkan oleh media massa. Sekiranya anda adalah seorang pemerhati politik Malaysia, anda pasti akan terbiasa dengan petikan-petikan yang dimuatkan penulis di dalam buku ini.

Kredit diberikan kepada penulis kerana mengulas petikan kata-kata tersebut dalam bentuk pemikiran. Namun begitu, saya mengharapkan perbahasan mengenai pemikiran Tuan Guru ini adalah lebih kritis. Di dalam buku ini semuanya baik-baik belaka. Saya suka kiranya terdapat sedikit kritikan di dalam buku ini namun mungkin penulis mempunyai persepsi yang berbeza dengan saya.


Tidak Perlu

Secara jujurnya saya merasakan bab pertama buku ini tidak wajar dimasukkan bersama. Keseluruhannya seolah tidak berkait dengan pemikiran Tuan Guru. Malah saya berasa seolah-olah penulis sengaja menambah bahagian pertama untuk meningkatkan bilangan muka surat buku ini.

Setinggi-tinggi maaf buat penulis atas komen saya di atas. Sekiranya buku ini fokus kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz sahaja tanpa memasukkan bab 1 yang penuh dengan fakta yang pada pendapat saya tidak perlu sudah pasti saya akan berikan lebih bintang buat penulis. Semasa membaca bab satu saya seolah-olah terkapai-kapai mencari di mana Tuan Guru. Dimana?


Suka

Buku ini akan memberi peluang yang lebih luas bagi mereka yang tidak pernah mengenali Menteri Besar Kelantan ini supaya mengenali beliau. Bukan setakat mengenali beliau tetapi boleh dikatakan mampu memberi persepsi baru terhadap negeri Kelantan. Banyak isu berkaitan negeri Kelantan yang diketengahkan seperti pengharaman arak, iklan perempuan bertudung, kes rotalti minyak dan sebagainya.

Apabila saya meneliti kembali isu-isu yang diketengahkan, isu berkaitan pengharaman arak dan iklan perempuan bertudung adalah antara isu yang saya suka. Pengalaman saya menjejakkan kaki buat pertama kali di Kelantan setelah sekian lama mendapat maklumat palsu mengenai kedaifan negeri Kelantan, saya kagum. Bayangkan papan tanda iklan menggunakan perempuan bertudung dan bertulisan jawi? Nyata, seolah saya berada di zon yang berlainan. Tidak pernah saya melihat papan tanda yang di Kelantan di negeri lain. Tidak pernah. Sudahlah bahasanya pun berlainan, suasana pun sedikit berlainan.


Pantun

"Manis sungguh dokong tuan,
Malam resah pelita mati,
Payah apa sokong bulan,
Mungkin susah tapi tak mati."
Saya suka pantun yang diselitkan di dalam buku ini. Halus dan bijak.

Mungkin kerana saya merasa tidak cukup atau tidak puas membaca isi pemikiran Tuan Guru, saya memandang pantun ini sekadar perasa tambahan yang sekadar untuk menjadikan buku ini lebih menarik. Sampingan.

Namun, sekiranya penulis mengulas pantun yang diselitkan ini didalam bentuk pemikiran, ianya pasti memberikan sebab yang lebih baik untuk memasukkan pantun-pantun tersebut. Entahlah.

Keseluruhan

Teknik penulisan buku ini ada sedikit menyerupai teknik penulisan Ust Riduan Mohamad Nor (pendapat peribadi). Kulit buku ini cantik. Editor perlu menyemak semula beberapa salah ejaan di dalam buku ini. Maaf, jarang buku terbitan PTS mempunyai salah ejaan.

Saya hanya memberikan buku ini 3 bintang sahaja, jika bab 1 buku ini tiada, mungkin lebih banyak bintang buat Aizat. 3 pun sudah cukup kan Aizat?


Nota Kaki

Penulis merupakan junior saya di dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan GAMIS. Penulis telah menghafal 30 juzuk al-Quran, graduan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan seorang aktivis Mahasiswa Islam yang aktif. Beliau aktif menulis di blog beliau 'Secawan kopi Secangkir Idea'. Tahniah Aizat, kerana telah berjaya menjadi seorang penulis buku.

Selasa, 14 Jun 2011

Eliana


"Kami memang miskin. Baju ini juga lungsuran, dibeli di pasar loak. Lantas kenapa? Apa itu hina? kehidupan rendahan? Asal kau tahu, Bapakku tidak akan pernah menjual seluruh kampung kepada kalian."
-Eliana-
Anak Pemberani

Gelaran anak pemberani ini memang sesuai dengan watak Eliana. Malah penulis sengaja memulakan novel dengan kisah berani Eliana berteriak "JANGAN HINA BAPAKKU!" semasa pertemuan wakil kampung bertemu pemerintah. Membaca kisah ini menunjukkan bahawa Eliana lebih mirip dengan watak Mamak.

Kisah percintaan Mamak

Saya sangat tertarik dengan kisah percintaan Mamak dan Pak Shahdan. Menarik sehingga membacanya juga boleh membuat saya tersenyum-senyum seorang. Lebih membuat saya tertawa adalah kebijaksanaan Burlian menggoda Mamak untuk bercerita. Nyata Burlian memang watak yang paling saya sukai antara ketiga-tiga buku yang saya pernah baca.

Senyum saya bertambah manis apabila membaca bait-bait pantun Pak Shahdan yang dibacanya di hadapan Mamak semasa acara lingku'an. Semasa sengaja menerima hukuman.

"Anak kijang loncat berlari,
Senang bermain di padang ilalang,
dasar kau seorang pencuri,
Mencuri hatiku bukan kepalang"

Yang lebih kelakar adalah Mamak salah anggap pantun itu memerlinya sebagai pencuri langsung mengirim surat "Berhentilah mengangguku. Aku mohon."Bagaimana mereka bercinta? Yang pasti seolah berlaku Deja vu kisah pertemuan mereka berulang tetapi berubah kondisi. Akhirnya Mamak dan Bapak akhirnya menikah dan melahirkan 4 orang cahaya mata yang berani, yang spesial dan yang sok tahu..

Tidak Sabar

Saya tidak sabar menunggu penerbitan buku pertama iaitu Amelia yang akan terbit pada tahun ini. Tidak sabar untuk mengetahui corat coret kisah Burlian, Pukat, Eliana dan yang pastinya mengenali lebih dekat watak Amelia. Saya dengan mudahnya memberikan 5 bintang buat buku ini. Noktah.

Isnin, 6 Jun 2011

Malaysia and Me: Writing Competition



Monash Library: Cool but..



They have small collection of books but it's still ok..


I went to Monash lately and get into their library which is very cool and have a great interior design. They have red sofa, colourful pillow on the floor, glass writing panel, lots of computers (more than what they need) and more. The furniture is exotic and cool. Despite having such a great facilities the students were not that grateful to take a good care of them. However I also think that their librarian also need to do their work and not just sitting around..



I think, UM should adopt this kind of panel. It's cool and students can do free discussion in the library there.


Thrash on the sofa.. Not a good attitude.. Throw them into the dustbin!
To tell you the truth, this is not the only one, they were more of them on the floor..
I never found thrash on the floor in UM's library.. not yet..


The books were not in order... I can't believe that it was the same for the whole week. It's like they were not being arranged for a few days. aha?


I love those colourful pillows lay down on the floor. Students can just hang around sitting on pillows, using laptops on the Japanese style table and lean back on the wall. Refreshing!




With lots of computers offered on the first floor, they still can borrow iPads and notebook from the library if they need to.. Awesome!

Ahad, 5 Jun 2011

Jawi: The Novel


I do not remember when is the last time I read Jawi.. Then I was so exited to read one when I saw it at Perpustakaan Negara. However, I'm not a fan of the book. It was left unfinished. Huh? thats all of my story..



Songket Berbenang Emas

It's all about a girl named Dahlia who faced a lot of problems in her life since her mother is sick and sent to 'Hospital Bahagia'. She had to raise her siblings by herself. Finally, she's successfully get a scholarship and went to Japan to further her study. Before went to Japan she was engaged with his beloved boyfriend. The end.

p/s: It's all written at the back of the book..

Khamis, 2 Jun 2011

Fantasy




People said when dreams being kept too long it became fantasy. I believe in fantasy. I think. Still believe.

Being optimistic with life sometimes made us feel a little bit tired. It is tiring. Sometimes we just wanted to follow the flow and drift together with it. Change is something that we want to avoid. Change is like an enemy to us.

The fact is, we need to do a lot of decision that will make a lot of change in our life. We have to choose something over another. However, I believe that we have to make the decision by ourself. We have to. If you made the decision by yourself, there will be nobody to be blame for it. Do not make a decision to please others. It is not the best way to achieve the decision.

The point is;

"Dear beloved, do as you please and do not care about what others have to say. Pleasing others is an unachievable objective."


Full stop.

p/s: However, please do not do anything that breaking the law and shariat. heh.. (^_^)

Isnin, 23 Mei 2011

Aku dan Ikhwanul Muslimin

" Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu (apa yang telah Allah janjikan pada mereka) dan mereka tidak sedikitpun mengubah (janjinya)."

Buku ini membawakan sisi cerita penglibatan Dr Yusuf Al Qaradhawi di dalam pergerakan Al ikhwanul Al Muslimun. Dari zaman remaja sehingga bergelar seorang mahasiswa. Beliau mengalami beberapa zaman pemerintahan presiden yang berlainan.

Permulaan

Bahagian awal buku lebih banyak menceritakan mengenai penglibatan awal beliau di dalam pergerakan Ikhwan. Bagaimana beliau bergerak aktif memberikan ceramah di pelbagai tempat. Sebagai pendakwah muda beliau sangat bersemangat, malah beliau sanggup melalui pengalaman yang sukar seperti tidak sempat berbuka puasa, tidak mempunyai duit untuk menaiki bas dan sebagainya.

Penjara

Kisah hidup beliau dan para ikhwan di penjara benar-benar memberikan kita gambaran yang dahsyat terhadap penentangan pemerintah terhadap ppertubuhan Islam ini. Namun semuanya bermula daripada sikap kumpulan Nizam Khas di dalam Ikhwan yang melaksanakan pembunuhan ke atas seorang hakim.

Bermula daripada sikap Nizam Khas inilah menurut Dr Yusuf sebagai punca utama dakwah Ikhwan disalah erti oleh pelbagai pihak.

Penjara Pusat Perkembangan Ilmu

Semasa ramai para Ikhwan dimasukkan ke dalam penjara, keadaan penjara berubah menjadi kawasan pusat perkembangan ilmu dan dakwah Islam. Perbincangan mengenai kitab-kitab dijadikan rutin dipenjara malah bacaan mathsurat juga diamalkan. Menarik, sesuatu yang di sangka menjadi beban rupanya menjadi aset kepada para ikhwan. Malah hubungan persahabatan di antara mereka juga semakin mantap. Beliau malah berkata " sesuatu perkara yang sukar jika di hadapi beramai-ramai pasti berubah menjadi nikmat seronok."

Cerdik

Dr Yusuf Qardhawi adalah seorang yang sangat mementingkan pelajaran. Beliau tetap mengulangkaji pelajaran di dalam penjara walaupun belum pasti beliau mendapat kebenaran untuk mengambil peperiksaan. Beliau sering mendapat hadiah daripada kejayaannya malah pernah menerima tempat pertama di dalam pelajarannya.

Insaf

Saya insaf membaca kisah pengorbanan beliau dan para ikhwan yang lain. Jika ingin dibandingkan dengan pertubuhan dakwah di Malaysia jauh panggang dari api. Di Malaysia ancamannya tidaklah sehebat seperti di mesir. Para pendakwah di Malaysia harus banyak bersyukur dan meningkatkan usaha dakwah mereka.

Keseluruhannya buku ini adalah sebuah bukti terhadap perjuangan Dr Yusuf Qardhawi di dalam ikwanul mulimin. Pengalaman beliau juga menjadikan beliau sepertimana beliau sekarang. Luar biasa.



Khamis, 19 Mei 2011

Jangan Pukul Rata!




Baru-baru ini kami di Goodreads membincangkan mengenai budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai alasan yang diberikan sehingga ada yang menyalahkan harga buku. Walaupun saya tidak sepenuhnya bersetuju bahawa harga buku yang mempengaruhi rakyat Malaysia daripada membaca namun saya tidak menolak bahawa ramai juga yang tidak dapat membaca kerana tidak mampu untuk membeli buku. Ya, ada.


Jangan Pukul Rata

Keseluruhannya terdapat pelbagai buku di pasaran, namun tidak semuanya mempunyai harga mampu beli bagi golongan pertengahan. Ini adalah realiti. Apa yang membuatkan saya kecewa adalah terdapat segelintir yang sekadar memperlekehkan golongan yang menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak mampu untuk membeli buku. Kita janganlah memukul rata semua orang mampu memperuntukkan wang khas untuk buku seperti kita. Sedarlah ramai juga tidak mampu!


Kos Sara Hidup

Realitinya, kos sara hidup yang tinggi dan beban hutang yang pelbagai yang dihadapi oleh sesetengah orang mungkin tidak dialami oleh kita. Mungkin kita sendiri tidak pernah mengalami kekurangan wang hanya untuk membeli susu anak sehingga setiap sen pun akan dikira dan tidak akan dibazirkan. Ramai juga yang suka menggalakkan anak mereka membaca namun tidak mampu membeli bahan bacaan terkini yang boleh merangsang minat membaca anak mereka.

Ibu bapa kini juga pasti lebih mementingkan pembelian buku-buku pelajaran berbanding bahan bacaan tambahan yang lain kerana ianya pasti melebihi daripada bajet yang diperuntukkan. Penghujung tahun lepas, saya pernah bekerja seketika di sebuah kedai buku dan saya mendengar keluhan ibu bapa ini yang sekadar mempunyai pendapatan di antara 2 ribu ke 4 ribu. Mereka sanggup mencari buku-buku tersenarai yang perlu dibeli di kedai yang menawarkan potongan harga berbanding membeli terus dari pihak sekolah agar dapat mengurangkan kos buku. Keadaan ini lebih terasa di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai.

Mengkritik manusia lain yang tidak mampu membeli buku dengan menyuruh mereka memberi keutamaan di dalam pembelian buku. Kita hanya berandaian mereka mengutamakan perkara lain di dalam pembelian barang. Keutamaan sesuatu perkara kepada setiap manusia adalah berbeza mengikut situasi. Mungkin sesekali sesorang memang perlu membeli kerongsang baru kerana kesemua kerongsang yang dimiliki sudah rosak. Jangan pesimis, jangan rasa diri sendiri pun bagus kerana membaca buku.

Perpustakaan

Jika perpustakaan di Malaysia ini adalah sangat mudah diakses barulah cadangan ini relevan. Buku-buku di perpustakaan sekolah juga jarang di kemaskini dengan buku-buku baru. Jika di Universiti sendiri buku-buku baru agak lambat untuk ditemui tersusun di rak-rak, inikan pula perpustakaan kampung dan sekolah.

Namun begitu, saya memang sangat bersetuju bahawa meminjam dari perpustakaan adalah salah satu alternatif. Alternatif terbaik buat saya sekarang walaupun saya masih tidak berpuas hati kerana gagal menemui buku yang saya inginkan.

Kesimpulannya, mesej yang saya nak sampaikan di sini adalah "Masih ada yang mahu membaca, namun tidak mampu dari segi material".. Jangan pukul rata semua orang!

p/s: Phew.. lega lepas tulis ni.. haha


Ahad, 15 Mei 2011

Dwilogi Cinta Andrea Hirata!



"... seumpama catur, hidup sedikit banyak bak reaksi atas pilihan sulit yang silih berganti.."


Padang Bulan

Permulaan yang sedikit perlahan dan tidak menampakkan arah tuju cerita membuatkan saya sedikit ragu akan keistimewaan novel ini. Nyata memang Padang Bulan adalah sebuah pengenalan sahaja seakannya kepada cerita yang sebenar.

Kisah Enong seolah mati. Tetapi yang utama adalah kisah Ikal dan cintanya terhadap gadis Tionghua, A Ling. Temanya barangkali, keagungan perasaan cinta. Cinta yang hanya terhadap satu sahaja. Kelakar, namun cinta memang mampu menggerakkan manusia membuat pelbagai perkara, tidak kira cinta apa sekalipun. Cinta terhadap aktiviti pengintipan membawa kepada kegiatan detektif swasta M. Nur terus berjalan. Kecintaan terhadap A Ling membuat Ikal sanggup cuba menentang berbagai acara.

Namun Padang Bulan sekadar itu.


Cinta di Dalam Gelas

Menarik. Kisah semangat mempelajari catur Maryamah buat saya bersemangat. Seolah-olah tiada kesulitan langsung di dunia ini yang tidak boleh kita hadapi. Dengan semangat dan azam beserta usaha yang strategik malah kerjasama berkumpulan perkara yang mustahil pun boleh berlaku.

Kisah Enong bersambung di bahagian kedua dwilogi ini nyata memuaskan hati ramai. Saya apatah lagi. Malah buku kedua ini berlebihan pula lelucon Andrea Hirata. Saya terkekek-kekek ketawa di dalam LRT. Tidak tertahan dengan jenakanya. Terutamanya jika bersangkut dengan Detektif M. Nur. Menulis namanya sahaja sudah membuatkan saya tersenyum. Pasti orang di sekeliling ingat saya mempunyai penyakit gila nombor 27. haha.. (tak faham? baca buku ini.. hehe)


Jose Rizal

Tersenyum lagi. Merpati belaan Detektif ini nyata menjadi salah satu watak kegemaran saya. Apatah lagi watak tuannya, Detektif M. Nur adalah pencetus ketawa saya. Ketawa yang membuat orang sekeliling pelik dengan tingkah laku seorang perempuan bertudung litup namun tidak malu langsung ketawa sendirian. Awas, jangan pernah membaca dwilogi ini di tempat awam, jika tidak pasti dituduh gila. haha..


Politik

Seperti biasa penulis Indonesia sering sahaja menulis karya pasti memasukkan elemen politik. Keadaan rakyat yang melepak di kedai kopi dan mengutuk kerajaan ditampilkan oleh Andrea Hirata sudah pasti bukan sekadar penghias cerita. Ianya menampilkan sisi tidak puas hati dan penilaian rakyat terhadap pemerintah. Sering disebut adalah mengenai wakil rakyat yang tidak berguna, ahli politis yang rasuah dan menteri pendidikan. Walaubagaimanapun, Andrea tidak berlebihan menunjukkan rasa tidak puas hati itu, malah rasional dalam menulis berkaitan pemerintah Indonesia.

Namun begitu, nyata Andrea juga dengan jelas menampilkan sisi kecintaan rakyat Indonesia terhadap negaranya melalui penampilan kesemua warga tidak kira Tiong Hua berseluar pendek, melayu berkain pelekat, muda mahupun tua menghormati lagu kebangsaan Indonesia dengan berdiri. Ini adalah teknik penulisan yang menarik menunjukkan kesatuan rakyat walaupun mereka saling tidak bersetuju antara satu sama lain.


Menarik

Sikap ketidakterbukaan rakyat Indonesia terhadap keterlibatan wanita di dalam sesuatu perkara juga ditampilkan oleh Andrea apabila ramai yag tidak bersetuju apabila Maryamah ingin ikut bertanding catur yang dianggap permainan untuk laki-laki sahaja layaknya. Sedikit unsur kebebasan dan feminisme juga ditonjolkan melalui watak Maryamah dan Selamot.

Lebih menarik apabila Maryamah perlu memakai burkha atau penutup wajah (purdah) semasa bertanding. malah penghadang tabir nipis juga diletakkan untuk mengelakkan daripada kedua pemain yang berlainan jantina daripada berpandangan. Semuanya kerana Syariat Islam.


Puas

Pengakhirannya walaupun sekadar Maryamah unggul dengan catur namun puas buat pembaca. Semangat dan bahagia seolah menyimpul keseluruhan kisah ini. 4 bintang buat Cinta Padang Bulan dan 5 bintang buat Cinta di Dalam Gelas. Noktah.

Rabu, 11 Mei 2011

Alone on A Wide Wide Sea


"Even if things don't seem to be working out quite as you'd like them to, you need to feel they're going to, that all will be well in the end"

Great Storyteller

Every time I read Michael Morpugo's books it always made me feel like there is a hole inside my heart. It always left me thinking about my own life.

He is indeed a storyteller. He writes it simply from his heart, it felt like the book is talking to it's reader. The words is simple and his book is great for children. I cry and thinking deeply of his words.

What I like the most of this book is it's seem so real. He writes from two perspective that is the father who once is only a little boy and another part is from his daughter's perspectives. I love the father's parts more, indeed this is his story after all.

I Like

The book start with an end. I like it though. He always write something that show the bad effect of war. It always showed that he hates war. This book also explains how British children were sent to Australia because they are orphaned. It was one time thought convenient to pack up your troublesome people, whether they were convicts or simply unwanted or orphaned children, and ship them off to what were then the colonies - mostly Canada, New Zealand and Australia. Some get lucky, have a better life. Some just get into more trouble and live a bad life.


The Time

I also agree that we live in our childhood life more than the times take. We remember more of our childhood moments compare to our old life. Time also seem to run faster when we are older. It's just run. a year seems shorter than it was before. It's just true.

I hope my goodreads friends will try to read Michaels Morpurgo's book. He is a great story teller. Trust me!

Khamis, 5 Mei 2011

Misteri Firaun Musuh Para Nabi



Sejarah

Sekiranya anda merupakan seorang peminat sejarah dan berminat mengetahui mengenai firaun dan sejarah Mesir buku ini merupakan buku yang bagus buat anda. Walaubagaimanapun tidak tepat untuk mengatakan misteri siapa firaun yang dikaitkan dengan Nabi Yusuf dan Nabi Musa telah dirungkaikan melalui buku ini kerana semuanya masih dalam bentuk teori yang sekadar diperjelaskan teorinya oleh penulis. Entah, ini kesimpulan saya.


Memadai

Namun begitu, saya berterima kasih dengan penulis yang menulis secara jujur kesemua teori dan menulis pendapat beliau secara logik pendapat mana yang boleh ditolak dan diterima. Lebih menarik, penulis menutup penulisan beliau dengan menggalakkan perbincangan dan persoalan. Benar, memang banyak yang perlu dipersoalkan kerana hanya beberapa bab sahaja yang membincangkan perkaitan firaun yang disebutkan di dalam al-Quran, walaubagaimanapun saya masih berpendapat penulisan ini sudah memadai.


Paling Menarik!

Sejarah piramid adalah maklumat paling menarik yang saya paling sukai. Rupa-rupanya pembinaan piramid mempunyai peringkat-peringkatnya juga. Dari binaan tiada bentuk sekadar memastikan mayat tidak terbuka kerana angin akan menerbangkan pasir di atas mayat ianya berkembang menjadi binaan bertingkat dan sehingga menjadi piramid sempurna. Menarik! Gambar yang jelas juga diselitkan di dalam buku ini. Saya teruja dengan maklumat ini.. haha

Panduan kembara

Selepas usai membaca keseluruhan buku ini saya seolah ingin segera terbang melihat sendiri Mesir dan piramid-piramid di Mesir. Bukan sahaja Mesir, malah saya teruja ingin melihat piramid-piramid di Sudan. Ya, di Sudan juga mempunyai piramid! Piramid di Sudan lebih kecil dan binaannya tidak sekukuh di Mesir.

Buku ini adalah panduan kembara yang menarik buat sesiapa yang mahu mengembara di Mesir. Gambar-gambar yang diselitkan bersama informasi pasti memudahkan kita memahami tempat-tempat yang bakal dilawati di Mesir. Tindakan penulis yang menunjukkan sedikit cara memahami tulisan hieroglif memang bijak. Anda pasti teringin mencari tulisan tersebut dikalangan pahatan batu, dinding makam, patung batu firaun malah mungkin anda juga menjadi lebih teliti semasa melawat muzium kerana anda sudah tahu satu dua maksud tulisan hieroglif!

Keseluruhannya buku ini adalah buku yang mengumpulkan maklumat yang mungkin kita boleh temui jika kita mampu mencarinya sendiri, namun buku ini memudahkan kita memahami dengan mudah sejarah Mesir purba secara ringkas. Atas usaha penulis ini, malah penulisan yang menarik dengan bahasa yang baik, lima bintang buat Afareez Abd Razak.


Buku

Kulit tebal dengan ilustrasi menarik ditambah dengan warna penuh diseluruh mukasurat. Buku ini cantik dan sesuai dijadikan hadiah. Walaupun masih banyak gambar yang tidak begitu jelas yang dimasukkan, ianya masih lagi boleh diterima. Nasihat saya, penulis perlu lebih teliti memilih gambar yang perlu dimasukkan ke dalam buku. Jika boleh pastikan ianya benar-benar memberi maklumat kepada pembaca.


p/s: I learn a lot from this book. I just want to give 4 stars but I think he have a great writing skills, so 5 stars to him.

Aku, Dia dan Pustaka Biru...


Sejak akhir-akhir ini saya dilewati rasa sukar menulis dek kepenatan mungkin.. Entahlah.. Sudah dua tiga buah buku yang telah terlepas daripada diulas di blog ini...

Sekadar mencari tempat teduh di Amcorp Mall kerana hujan lebat semasa ber'joging' di Taman Jaya, sempat juga saya menghabiskan Aku, Dia dan Pustaka Biru ini di Popular. Tertarik dengan tajuk Pustaka Biru, membuatkan saya terus membaca keseluruhan komik ini.

Walaupun berkisar tentang cinta biasa namun perasaan watak utama lelaki yang sangat meminati atau boleh dikatakan gila buku benar-benar menjadikan kisah ini menarik. Bayangkan beliau memelihara dan memulihara buku di pustaka ini dengan baik malah membenarkan penduduk setempat meminjam buku dari pustaka peribadi beliau dengan percuma.

Perasaan saya kuat mengatakan bahawa penulis juga seorang yang sangat meminati buku dan mempunyai falsafah sendiri mengenai buku. Antara pendapat beliau tentang buku yang secara tidak langsung saya juga berkongsi pendapat yang sama adalah:

" Buku yang baik adalah buku yang membuatkan kita ingin bercerita mengenainya dengan orang lain"

Seperti yang saya lakukan, buku yang bagus pasti ulasan yang saya berikan akan panjang dan banyak yang saya ingin ceritakan. Berbanding buku yang biasa-biasa sahaja saya pasti akan menulis secara berbasa basi sahaja.

Walaupun ini adalah sebuah komik cinta, ada juga perkara lain yang saya pelajari daripada komik ini. ( haha macam ulasan bela diri pula..)


Selasa, 19 April 2011

Pukat


"Jangan pernah berhenti percaya"

Pukat nyata meleset dari pandangan awal saya terhadap bagaimana Tere Liye menulis ceritanya. Pukat berbeza dengan Burlian. Tere Liye juga menekankan watak yang berbeza dengan Burlian. Wak Yati lebih tertonjol wataknya di sini. Tere Liye nyata seorang penulis berbakat. Kagum.

Pukat tidak seperti Burlian, dia sering memikirkan jawapan kepada persoalan sendiri tidak seperti Burlian sering sahaja bertanya-tanya. Pukat cerdik.

Saya terkesan dengan kisah teka teki Wak Yati yang jawapannya hanya diketahui Pukat setelah kematian Wak Yati bertahun-tahun dan setelah beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara. Harta yang berharga bagi Wak Yati adalah generasi akan datang.

Sebenarnya, kata-kata "Jangan pernah berhenti percaya" adalah dari Burlian, namun saya tetap terasa kata-kata ini juga terbaik buat Pukat. Kepercayaan dan keyakinan terhadap sesuatu adalah ubat terbaik manusia untuk meneruskan hidup. Raju masih hidup di hujung cerita ini benar-benar membahagiakan saya. Pukat nyata berbeza dengan kisah Burlian.

Saya tersenyum..

Isnin, 11 April 2011

Di Bawah Pohon Hawthorn




Di bawah Pohon Hawthorn adalah sebuah karya terjemahan yang menceritakan zaman kebuluran Ireland. Tiga orang adik beradik ini perlu berjuang meneruskan kehidupan mereka setelah ibu dan bapa mereka terpaksa meninggalkan rumah apabila musibah kebuluran semakin melampau.

Perjalanan mereka bermula apabila mereka dipaksa meninggalkan rumah kerana tidak mempunyai penjaga dan perlu dihantar ke rumah perlindungan. Mereka melarikan diri dengan selamat dan memutuskan ingin bertemu dengan nenek saudara mereka yang hanya diketahui ceritanya melalui ibu mereka. Perjalanan mereka menuju ke rumah nenek saudara mereka adalah catatan pengembaraan yang hebat. Walaupun hampir mengalami kegagalan semasa pengambaraan, sifat kental mereka membawa kejayaan. Akhirnya mereka bertemu dengan nenek saudara mereka dan diselamatkan dari kebuluran.

Kisah ini adalah sangat sesuai menjadi bahan bacaan kanak-kanak Malaysia agar nilai syukur dapat diterapkan di dalam diri mereka. Terlalu banyak yang perlu kita syukuri di atas tanah subur ini. Kita punya sungai mengalir, punya pepohon hijau, punya tanah yang subur malah sumber galian juga. Apa yang lebih kita perlukan? Apa yang kita perlukan adalah manusia yang terdidik untuk menguruskannya. Ya, generasi kini dan berikut yang terdidik untuk memulihara dan memelihara keindahan ini.



Khamis, 7 April 2011

Survival During an Earthquake



This is a great material for School. Most of the libraries should have this survival science comic.

I learn a lot from this comic. To survive an earthquake we have to know the signs. Before an earthquake, animals that is very sensitive will show abnormalities in their actions. As an example birds will migrate to another place a few days before an earthquake. Besides birds, snakes, frogs and fish also showed abnormalities in their actions before an earthquake happen.

I am also amazed with the fact that China have been succeed in predicting earthquake hundred of years before there are technologies involve and it is all depends on their observations to nature.

The most wise person is those who can read not only the written things but also those who can read nature. That is why most of the research being done in the university especially in drugs discovery were based on traditional material that learn from orang Asli and the village peoples. Most of the discoveries also showed that almost all herb that were told to have healing properties is scientifically true.

Our old people learn from observation, we only learn from facts and we still cannot see the truth. Wise people is not the people who knows more, wise people is those who know the right things to know.

Ahad, 27 Mac 2011

Bukan Milikku


Saya pernah memiliki beberapa buah telefon bimbit selama beberapa tahun ini. Dalam setahun, saya pasti akan terpaksa bertukar kepada telefon bimbit yang lain dan terpaksa mengumpul semula nombor telefon rakan-rakan yang hilang. Saya mula memiliki telefon bimbit semasa memulakan pengajian di Asasi.Pada awalnya telefon bimbit saya yang pertama adalah jenis lipat dari jenama yang terkenal. Mungkin atas pengaruh budaya Pop Jepun ketika itu, telefon bimbit jenis lipat adalah diminati oleh ramai perempuan. Ya, saya mengaku ketika itu saya terpengaruh. Terasa diri sendiri sangat 'cool' menggunakan telefon bimbit itu di tempat awam.

Semasa di semester kedua Asasi, saya kehilangan telefon bimbit kesayangan saya. Setelah satu demi satu kecuaian saya, telefon bimbit saya mula bertukar dari jenis yang mempunyai fungsi yang banyak dan 'funky' bertukar menjadi telefon bimbit yang mepunyai fungsi asas sahaja. Kini, saya berpuas hati dengan telefon bimbit yang saya miliki sekarang. Telefon bimbit paling murah jenama Nokia. Saya sayang telefon ini kerana ianya tahan lasak.

Setelah mengalami kejadian seperti ini. Kehilangan demi kehilangan. Kerugian demi kerugian. Kejadian yang ke entah berapa kalinya saya mula tidak merasa begitu kecewa. Banyak yang dipelajari dari kehilangan. Saya sedar ianya bukan milik saya selamanya. Saya juga semakin tenang jika kehilangan duit dan mengalami kerugian. Mungkin itu bukan bahagian saya.

Tapi entahlah. Saya masih belum teruji dengan kehilangan yang lebih besar.. Saya hanya mampu berdoa dielakkan kejadian seumpamanya..

Bukan Milik

Sesuatu yang sudah berada di dalam genggaman tangan kita. Sesuatu harta yang kita sedang miliki. Motosikal, duit, kereta, rumah dan sebagainya belum tentu ditakdirkan oleh Allah akan menjadi harta kita. Harta yang pasti adalah apa yang kita beri pada jalan Allah.


Sabtu, 26 Mac 2011

Burlian..



" Begitu pula sekolah, Burlian, Pukat. Sama seperti menanam pohon.. Pohon masa depan kalian. Semakin banyak ditanam, semakin baik dipelihara, maka pohonnya semakin tinggi menjulang. Dia akan menentukan hasil apa yang akan kalian petik di masa depan, kehidupan. Kalian tidak mau seperti Bapak, bukan? Tidak yang dari pucuknya kalian bisa melihat betapa luas dunia. Kau akan memiliki kesempatan itu Burlian, karena kau berbeda. Sejak lahir kau memang sudah spesial. Juga kau Pukat, karena kau anak yang pintar."

Tere-Liye nyata tidak mengecewakan saya setelah saya mengangkat beliau sebagai penulis kegemaran saya. Tulisannya bersahaja dan penuh lelucon yang menarik. Saya dibawa bersama ke dalam kehidupan Burlian dan ikut ketawa bersama wataknya malah terkadang ikut menangis bersama wataknya. Bahasa Indonesia bagi saya sangat mengasyikkan. Lenggoknya indah. Bahasa Melayu juga begitu cuma Indonesia unik kerana berbeza dengan kebiasaan saya.

Serial anak-anak mamak ini bukan novel bersiri yang perlu kita baca mengikut urutan dan bersiri kerana peredaran masa. Buku-bukunya adalah bertemakan keempat-empat orang anak-anak mamak di mana setiap novel salah seorang akan menceritakan hidup masing-masing. Oleh itu jika tidak membaca serial pertama pun tidak mengapa, cuma lebih menarik jika dapat membaca keseluruhan siri.


Falsafah

Kebanyakan falsafah yang dalam disampaikan melalui watak Wak Yati. Apa yang menariknya adalah Tere-Liye tidak memaksa pembaca menyukai watak utamanya Burlian dengan menjadikan falsafah dan pemikiran yang hebat itu datang dari watak utama. Tetapi, Tere-Liye sengaja menulis seakan Burlian mengingat-ingat sahaja pesanan Wak Yati. Malah membuatkan watak Burlian seakan tidak pernah faham apa yang Wak Yati bicarakan kepadanya.

"Wak Yati, paling hanya separuh kalimatnya yang aku mengerti".
-Burlian-

Nakamura-san

Kisah mengenai Nakamura-san yang merupakan seorang jurutera jalan raya antara watak yang saya sukai. Hubungan akrab Nakamura dengan Burlian yang unik menjadikan kisah Burlian sangat menarik. Tulisan surat Burlian kepada Keiko yang agak kelakar juga menjadikan bab-bab berkaitan Nakamura menarik.

Pengakhiran kisah Burlian yang akhirnya menjejak kaki ke Jepun dan bertemu Keiko nyata memuaskan hati pembaca. Maaf. Pasti pembaca ulasan ini menyumpah-nyumpah saya membocorkan pengakhiran cerita ini. Tetapi, saya terlalu suka pengakhirannya, tergantung tetapi memberikan harapan.

Baca sendiri. Kamu akan faham maksud saya.



Terima Kasih

Kasih tidak terhingga buat K. Aina @ Ummu Auni yang meminjamkan buku ini yang dibeli oleh beliau di Bandung. Akan saya kenang jasa akak. Nampaknya persahabatan di Goodreads nyata membuahkan hasil yang menarik. Kita bertemu kerana sebuah buku!

Isnin, 21 Mac 2011

Why Malaysian?


Yesterday I went to KL Sentral to accompany my sister who wanted to go to Ipoh. While waiting the train near the KFC, I saw the book bank (bank buku). It really made me mad. There are thrash inside the box! Not to mention that there is a huge dustbin just beside the box..

Why Malaysian?







"Renyuk, goncang, makan!" and then throw it in the bank




So 'sweet' to see such a generous people among our society..





Still, there are peoples who are really generous of given away their books to the book bank.




"Please put in books not thrash"

Ahad, 20 Mac 2011

Final Notes from a Great Island (Singapore)



Reading travelogues is great. It always different based on the writer's experiences. Sometimes we also learn a lot about other peoples custom and cultures through it. For me, reading travelogues also help us not only to understand the place described by the writer but also made us understand the writer itself. The writers point of view always introduced us the writer's mind.

Honest

It is interesting to see Singapore from Humphreys's point of view. He honestly writes everything in his head. From over praising the toilet till excessive condemn of certain places. He reveals the good and the bad side of Singapore through his writings. I appreciated his honesty and this value made the book is one of a kind.


The Toilet

He talked a lot about toilets in the book. Some of the stories made us laughed. Some will make us impress. One of his favorite toilet was situated in National Orchid Garden which was described precisely in his book.

" The toilet boasted freshly laid tiled floors and ceilings that were cleaner than most hawker centre tables. Tropical plants adorned the three individual basins and every immaculate toilet and urinal had an automatic flush. Not only the toilet provide a welcome respite from the rains, its open concept, a familiar feature at Singapore's parks, made it breezy and cool. I would live in here. Do not come to the Botanic Gardens for its rainforest trees and free Symphony Stage shows, come for it's toilets."

The Dogs

After being chase by dogs, he wittily write this:

" I reached the conclusion that Singaporean dogs do not like me. Every dog I had when I grow up in England treated me benignly. They wrestled on the floor with me and occasionally farted in my face when the chance presented itself. But they were generally harmless. Around the quiet coastal towns of Singapore, however, myopic stray dogs appear to confuse me with a 6-foot bone."
It is indeed funny.

The end

The book is well written till the end. It really touched me when I read the last paragraph of the book. He write about his feeling of leaving the country.

" I knew I was not just leaving a great island. It was much more than that. I was saying goodbye to the best 10 years of my life."

Living for years in a foreign country where everything is so much different, the peoples, the building, the weather however made him attached. It just happened. This is what we called as life. I smiled.


Rabu, 16 Mac 2011

Sejarah Sebagai Hakim Muktamad



Membaca Sejarah sebagai Hakim Muktamad benar-benar membuatkan saya terasa ketinggalan zaman. Seperti ulasan saya mengenai Patah Balek, saya terpaksa membaca buku ini kerana saya memang ketinggalan daripada mengikuti tulisan-tulisan berunsurkan politik di antara tahun 2003-2004. Oleh itu, pengabaian tersebut perlu dibayar sekarang.


Bahasa yang baik

Koleksi rencana kritis Lee Ban Chen yang ditulis sekitar tahun 2003 ini nyata memberi kejutan kepada saya. Bahasa yang digunakan adalah baik dan tersusun malah menarik. Nyata saya mempelajari banyak perkara dari buku ini termasuk teknik penulisan rencana yang sangat baik yang ditonjolkan oleh Lee Ban Chen. Pujian saya ini turut dipersetujui oleh penulis kata pengantarnya, saudara Fathi Aris Omar.Di mana Fathi secara bersahaja memuji Lee:

"Gaya bahasanya lancar, kupasannya menarik"

Sekiranya anda berpeluang untuk membaca buku ini anda pasti bersetuju dengan saya berkenaan teknik penulisan beliau yang baik.


Sisi Pandang Lain

Menariknya melalui pembacaan koleksi rencana ini saya dapat melihat sisi pandang seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina terhadap situasi politik negara ketika itu. Lee nyata seorang yang sangat rasional di dalam memberikan pandangan malah pandangan beliau juga matang dan adil. Bukan setakat itu, wujud kesopanan di dalam penulisan beliau yang mengkritik penuh adil dan bijak. Walaupun terdapat banyak perkara yang saya berbeza pandangan dengan penulisan beliau namun saya masih boleh menerima perbezaan tersebut dengan teknik penulisan beliau yang penuh budi bahasa itu.

Apa yang menarik adalah beliau awal-awal lagi telah membuat ramalan bahawa PAS akan kurang mendapat sokongan selepas pendedahan Konsep Negara Islamnya. Memang pada tahun 2004 PAS kehilangan banyak kerusi malah gagal mengekalkan penguasaannya di Terengganu. Walaupun banyak lagi sebab kepada kekalahan tersebut, namun tidak dinafikan pendedahan dokumen Negara Islam juga menjadi salah satu faktor. Politik adalah mengenai persepsi rakyat.


Abdullah

Pandangan Lee mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi yang bakal diganggu oleh bayangan Tun Dr. Mahathir semasa pemerintahannya nyata menjadi. Saya juga bersetuju bahawa tindakan Tun Dr. Mahathir berundur ketika itu adalah sangat bijak di mana sokongan terhadap beliau masih kukuh. Malah sehingga kini, beliau masih dikenang berbanding penggantinya Tun Abdullah. Lihatlah sahaja penjualan buku beliau yang laris seperti goreng pisang panas di pasaran.


Berfikir

Rencana-rencana di bahagian akhir koleksi ini nyata membuat saya banyak berfikir. Rencana-rencana itu berkisar mengenai PKM dan Chin Peng. Sejarah dilihat dari kacamata Chin Peng nyata berbeza. Saya tidak terkejut. Memang banyak yang sudah diketahui dari pelbagai bahan bacaan yang lain. Cuma, setiap kali saya melihat sejarah dari pelbagai kacamata terkadang saya merasa tertipu oleh sejarah itu sendiri.

Siapa yang perlu saya marah atas penipuan demi penipuan terhadap sejarah? Manusia melihat sesuatu dari kacamata masing-masing. Sejarah mana yang lebih sejati? Sejarah mana yang tidak dipengaruhi oleh emosi penulisnya?

Namun yang pasti tiada apa yang lebih menyedihkan apabila fakta sejarah disembunyikan. Tiada yang lebih rugi daripada generasi berikut yang hanya boleh menurut apa yang ditulis sahaja. Benar, tiada siapa yang lebih rugi daripada kita. Kita, generasi muda. (mengeluh!)

Namun, sejarah jugalah sebagai hakim muktamad. Masa depan masih ada. (tersenyum)