Khamis, 28 Oktober 2010

Writing and Publishing



Search for a book that can help you writing a scientific paper? This book is not the best choice but it is indeed a good reference for you to start writing.

This book, however best fit to those who want to write scientific paper on public health. Even though I am not a researcher in Public Health, after reading the whole book it is indeed helping me to start doing something for my scientific paper.

The book gives practical advice on all of the major types of papers in Public Health and the Health sciences. It started with basic considerations of writing a scientific paper, teach readers to outline a typical paper, writing a review and a lot of useful information for researchers.

Writing and publishing a scientific paper have become an important requirement for Masters and PHD student in University Malaya lately. Lecturers and Professors also need to publish ISI paper.. So, this book is a big help for us..

Isnin, 18 Oktober 2010

Laskar Cinta





Sudah lama sebenarnya saya tidak membaca karya kreatif terbitan PTS. Malah boleh dikatakan karya kreatif bahasa Melayu terkini yang saya baca pun hanyalah dari hasil tulisan Faisal Tehrani pada tahun ini. Mungkin kerana saya sering kecewa dengan pembacaan novel Melayu yang sering dilihat berpusing pada tema yang sama dan terkadang sering dipengaruhi oleh karya lain menjadikan selera pembacaan saya mati. Namun begitu, Laskar Cinta nyata lain malah jauh meleset dari sangkaan awal saya terhadap tajuknya sendiri. Malah kulit buku nyata sekadar kulit bukan melambangkan isinya yang jauh dari imaginasi kulit tersebut.

Laskar Cinta mengungkap kisah kehidupan pelarian kaum Karen yang tinggal di Kem Mae La. Ianya dimulakan dengan kedatangan seorang sukarelawan baru dari Malaysia, Nadine yang dijemput oleh rakan karibnya yang juga seorang sukarelawan yang telah beberapa lama berkhidmat di kem tersebut. Kemudian novel ini berkembang dengan pengenalan kepada watak-watak baru yang kemudian membawa pembaca kepada realiti kehidupan kanak-kanak di Mae La dan harapan mereka.

Pembaca kemudian seolah dibawa untuk terus membaca kerana plot novel ini berubah dengan cepat apabila Nadine ditangkap kemudian terdapat kumpulan anak-anak Karen masuk ke dalam hutan menganggotai kumpulan gerila. Boleh dikatakan penulis nyata cuba menyelit sedikit kiasan berbaur sindiran terhadap media Malaysia dan menjadikan suspen terhadap kehilangan Nadine pudar dengan teknik penulisan penulis yang mempunyai unsur humor.

Pengakhiran novel ini menjawab persoalan pembaca terhadap prinsip penulis dengan Epilog wawancara yang menarik. Beliau mengaku sebagai orang luar mungkin terdapat pemerhatian beliau yang kurang tepat mengenai etnik Karen malah menganggap ianya adalah ketakutan beliau terhadap penerimaan karya beliau. Antara yang terkesan di hati saya adalah jawapan penulis terhadap soalan wartawan mengenai kepercayaan penulis terhadap demokrasi. Penulis sekadar menjawab, "Tidak sepenuhnya". Menarik! Saya seolah ingin menyelongkar pemikiran penulis Thailand ini.

Secara keseluruhannya novel ini berjaya mengekalkan tahap konsentrasi saya untuk terus membaca. Namun begitu sekiranya penulis lebih banyak menonjolkan kehidupan di Mae la mungkin akan menjadikan novel ini lebih indah. Pendapat peribadi saya merasakan penulis belum cukup perincian terhadap rumah-rumah pelarian, kehidupan peribadi kaum Karen, makanan kaum Karen, sumber minuman Mae La dan perincian lain yang menimbulkan simpati terhadap pelarian ini. Tidak dinafikan aspek simpati pembaca mungkin lebih terarah terhadap emosi dan monolog watak yang digarap dengan baik oleh penulis.

Apa yang menjadikan novel ini mudah ialah penulis juga sekadar menulis ayat-ayat yang pendek dan ringkas. Perbualan juga menggunakan ayat yang ringkas. Bagi pembaca yang kurang meminati penulisan seperti ini pasti akan merasa tidak senang dengan kekerapan penulis yang sekadar menulis ayat pendek di dalam penceritaannya.

Tidak banyak cinta seperti tajuknya, namun sedikit tulisan beliau menganai perasaan Kamal terhadap Nadine sudah cukup untuk menyerikan novel ini.

Mungkin latar tempat dan watak adalah dari luar negara menjadikan perasaan ingin tahu pembaca terhadap cerita meningkat. Teori yang sama berlaku terhadap novel-novel hasil tulisan penulis yang belajar di Timur Tengah di mana latar tempat tersebut menjadikan cerita lebih menarik.

Keadaan Kem Mae La..

Namun begitu suka saya kiranya jika buku ini diberi tajuk seperti Mae La ataupun Aku Anak Karen mungkin menjadikan buku ini lebih lain daripada yang lain. Namun, PTS dan penulis mungkin mempunyai sebab "marketing" yang menjadikan tajuknya dan kulit buku sebegitu romantis dan malah mirip Sejadah Cinta, Ayat-ayat Cinta dan campuran Laskar Pelangi. Sudah terbiasa agaknya untuk menarik pembaca dengan menambah perkataan cinta pada judul buku..

Suka juga kiranya buku ini mempunyai kulit buku yang menonjolkan sekumpulan kanak-kanak mengangkat senjata. Pasti menarik! Imaginasi ini mungkin dipengaruhi oleh buku Memoirs of a soldier Boy oleh Ishmael Beah.. hehe..

Sebagai karya pertama, saya berikan empat bintang buat Isma Ae.

p/s: Tanda tangan penulis rakyat ini nyata akan sentiasa menghiasi memori saya.... Terima Kasih Daun Keladi... hehe

Ahad, 10 Oktober 2010

Cerita-cerita Inspirasi




Buku ini pada asalnya merupakan buku yang dibaca sebagai tazkirah selepas subuh di rumah sewa. Kemudiannya, setelah beberapa kali subuh dibacakan cerita di dalamnya, buku ini ditinggalkan kerana ingin memenuhi citarasa manusia yang sentiasa berubah. Dalam erti kata lain kami menggunakan buku baru menggantikan buku ini.

Walaubagaimanapun saya sendiri menghabiskan pembacaan buku ini yang sarat dengan kisah yang berkaitan wanita muslimah dan penuh inspirasi. Boleh dikatakan terdapat beberapa cerita yang benar-benar memberi keinsafan kepada diri saya, namun banyak juga cerita yang dianggap biasa dan sekadar menambah bilangan cerita malah terdapat cerita tidak tahu apakah mesej yang ingin disampaikan dan tergantung. Cerita yang mesejnya tidak jelas selalunya membabitkan cerita yang dicerita oleh Abu Nawas kepada Khalifah, entah apa yang ingin disampaikan pun saya masih keliru. Dan kerana itulah bintang yang saya berikan kepada buku ini hanya 3 sahaja.

Sekiranya anda peminat kepada cerita-cerita yang berbentuk motivasi, buku ini masih wajar mendapat tempat walaupun terdapat kekurangan seperti yang saya ceritakan di atas. Kisah yang berkaitan dengan isteri-isteri Rasulullah yang jarang kita kenali seperti Juwairiah, Kisah lamaran-lamaran yang diterima Hindun, Fatimah dan Ali, kisah wanita yang terdapat di dalm al-Quran, wanita yang dijamin masuk syurga dan sebagainya.

Salah satu cerita pendek namun memberi kesan yang mendalam kepada diri saya ialah kisah seorang nenek tua..

Kisah Seorang Nenek Tua

Sebelum Muhammad diangkat menjadi Nabi, ia pernah ke Thaif. Seorang warga Thaif menjamu Nabi di rumahnya dan sangat menghormatinya. Setelah itu, Muhammad pulang ke Mekah, hingga pada suatu hari, ia diutus menjadi Nabi. Gema suara kenabiannya terdengar ke seluruh dunia.

Seorang warga Thaif berkata kepada penjamu Nabi itu, " tahukah engkau siapakah yang diangkat menjadi Nabi di Mekah?

"Aku tidak tahu," jawab si penjamu.

"Ia adalah Muhammad, anak saudara Abu Talib. Tidakkah kau ingat, ia pernah memasuki Thaif dan menjadi tetamu di rumahmu."


Penjamu nabi itu ingat, kemudian ia bergegas ke Mekah, ia bertanya kepada Nabi:" ingatkah kau siapakah aku?"

"Lalu siapakah kamu?" kata Nabi balik bertanya.

" Saat kau datng ke Thaif kau menjadi tamu di rumahku,"

" Selamat datang! sekarang kau berhak meminta apa pun dariku," kata Nabi

" Aku minta 2oo kambing," pinta penjamu itu.

Kemudian Nabi memerintahkan sahabatnya agar menyiapkan 200 kambing untuk penjamunya.

"Sayang, ia hanya minta sedikit dariku, tidak seperti permintaan wanita tua Bani Israil kepada Musa," Kata Nabi kepada sahabatnya.

Para sahabat meminta Nabi menjelaskan kisah wanita tua itu.

" Tuhan mengutus Musa untuk memindahkan jenazah Nabi Yusuf di Mesir ke Palestin, dekat kuburan para Nabi. Musa tidak mengetahui letak kubjran Yusuf. Ia bertanya kepada masyarakat Mesir, namun seorang pun tidak mengetahui kuburan itu. Seorang lelaki tua kemudian berkata kepada Musa:" Menurutku, hanyalah seorang nenek tua di sana yang masih ingat tempatnya."

Musa memanggil wanita tua itu.

"Tunjukkan padaku kuburan Yusuf! Nescaya aku akan mengabulkan apa yang kau minta."
"Pada hari kiamat kelak, aku ingin bersamamu di syurga," pinta wanita tua itu.

Nabi kemudian bersabda: " Sekiranya penjamuku itu meminta seperti yang diminta oleh nenek tua tersebut, nescaya aku akan mengabulkannya."

Cerita di atas menunjukkan kesetiaan Nabi terhadap orang yang pernah menjamunya sebelum menjadi Nabi. Selain itu, Nabi menganjurkan kaum muslimin lebih mengutamakan kepentingan akhirat daripada kepentingan dunia.

Isnin, 4 Oktober 2010

The Road to Reform: Pakatan Rakyat in Selangor





The Road to Reform is a book that being written for the sake of the peoples of Selangor which is obviously have it's own political millage for the Pakatan itself. Even though it seems that all the writers seem to be judging the Selangor state government fairly by taking note of some of the flaw being done by the state government nevertheless it is more than a book of compliment to Pakatan.

It was written by various peoples from a variety backgrounds to fulfill its own objective from various areas of discussion. It consist of four part; politics, economics, society and culture. As it was written by various peoples I have to admit that there were issues were being repeated a few times by some of the writers. Tricia Yeoh should pay more attention to the focus that all the writers should write on to avoid this.

Here, I highlighted some of the assays that have a strong view for the state government.

1. Law, Constitution and Governing (Yeo Yang Poh)

According to Yeo, good governance, however, involves more than simply having good laws. He believe that it requires at least the simultaneous existence of the following components; Law that are sound, sensible, fair and just; An efficient administrative system; An independent and progressive judiciary; Strong and independent institutions; free media; and An educated public.

I agree with Yeo's points and reading his essays made me realized that it's not only the law is important but understanding the law by all is more important. Best words from Yeo Yang Poh:

"Justice and social struggles are a stage on which the curtain never falls."

2. Abdul Aziz Bari views more onto the federalism problem faced by the Selangor state government. I agree with him that some of the problem faced by the state government is due to the limited power that were caused by control by federal government. In order to effect real transformation there has to be a party or coalition at the federal level that is equally committed to a new ethos of governance as the state government of Selangor wishes to be.

3. I noted that Mavis Puthucheary as an associate professor at the Faculty of Economic and Administration, UM do keep her eyes on politics happen in Malaysia. She raised her concerns of PKR supporters that is not merely strong compared to PAS which is has been longer on the political scene. I also agree with a statement given by Mavis that Pakatan Rakyat must not sacrifice democratic principles for political expediency. This is true since that is the main reason why the voters chose them to lead the state.

4. Most of the writers show their concerns because the state government cannot hold any local council election. PKR and DAP seem to be very eager to bring back the local council election when they represent their manifesto.

5. The most fascinating issue on economy is the issue on water. Under the title Water for Rakyat, Tony Pua does explain what happen behind the scene of privatization that had been done to water in Selangor.

" In 2009, SYABAS was allowed under the agreement to raise its tariffs by up to 37 per cent. The tariffs are scheduled to be increased by up to 37 per cent. The tariffs are scheduled to be increased by up to 25% in 2012, 20% in 2015, 10% in 2018 and 5% in 2021. The water privatisation process in Selangor has effectively been hugely lucrative. Concessions were granted to politically-linked private companies with neither the skills nor experience in the water industry, nor the necessary equity funds to operate these business. As a result, the residents of Selangor and Kuala Lumpur were forced to pay high prices for the water supply, unreasonable penalties as well as often poor service quality."

Instead of that, there are not much reform were done by the Selangor state government on education. This is due to the limited power that they can act on education since it was under the federal goevernment. Only a few new program were introduced like Jejak Ilmuan, education funds and scholarship.

Besides there are also certain issues regarding freedom of information were raised on Part4: Culture written by Mustafa K. Anuar. For me, freedom of the media is still far away from my expectation from the state government. They ought to improve more if they want to win the peoples' heart for the next election. They shouls provide full information to the public on what actually happened in the government.

I am quite disappointing by Fahda Nur Ahmad Kamar writing about the youth in Selangor. It is a need for involving the youth with a clean and healthy politics from now not only giving them 'youth programmes'. I dont agree with Fahda that young people in general primarily seek two things opportunity and security. Young peoples for me should be entertain as an adult now and let them be more matured for a brighter future of Malaysia.

Overall other issues that being raised in the books are about Women, Orang Asli, BTN, education, water, and etc. It is not the best medium to know all about the state government but this book is one of the way to view on the Selangor state progressed. I am in the same mode as Mavis which she believe that the biggest challenge of Pakatan Rakyat is how to maintain a sense of unity in a coalition rocked by internal tensions and contradictions.

However, overall The Road to Reform does show the sincerity and the courage of the state governments to make sure that the peoples know what had being done by them. Compared to the previous experience there is no such book being published. Not to mention, however I am kind of disappointed because there are no such step were being taken by Penang, Kedah and Kelantan as the Selangor state government have done. Whats up guys??

Finally, good and clean governance can work and Selangor should show us it does happen. The state government of Selangor must be aware that they don't have time since change should be now!

p/s: hmm 3 stars for the books..


Jumaat, 1 Oktober 2010

Menuju PAS Baru


Penulis: Mujahid Yusof Rawa
Penerbit: The Malaysian Insider
Tahun Terbitan: 2010

PAS sebagai sebuah parti yang sudah lama bertapak di Malaysia boleh dikatakan sebuah organisasi yang ada turun naiknya dan penuh dengan kisah peribadi yang mungkin jarang diketahui oleh umum. Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai seorang yang benar-benar berada di dalam parti alternatif tersebut ternyata mahu orang awam dapat melihat PAS melalui kacamata penulisan beliau.

Sebagai generasi muda saya agak tertarik untuk mengetahui landskap politik PAS yang agak sukar untuk kita ketahui melalui media massa utama. Oleh itu, melalui pembacaan buku ini saya berjaya mengenali serba sedikit PAS itu sendiri. Menariknya, hanya selepas membaca buku ini baru saya mengetahui bahawa Yusof Rawa merupakan salah seorang Presiden PAS selepas kejatuhan empayar Dr. Asri merupakan bapa penulis sendiri. Begitulah betapa sedikitnya pengetahuan saya tentang PAS.

Buku ini adalah sebahagian daripada tesis PHD beliau bertajuk Pengurusan Konflik Dalam Parti Politik Islam dan Kesannya Kepada Perubahan Organisasi. Saya memuji Dr. G. Manimaran yang berjaya menjadi editor yang baik kerana jarang sebuah buku hasil daripada penulisan tesis akan menjadi sebuah buku yang baik. Pengalaman membaca buku yang berasal dari tesis selalunya mendukacitakan dan mempunyai fakta yang berulang-ulang.

Buku ini membawa pembaca kepada sejarah PAS sejak di awal penubuhan sehingga Muktamar 2010. Keterbukaan beliau di dalam menceritakan konflik yang berlaku di dalam PAS dan pandangan masa depan beliau terhadap organisasi politik ini melambangkan generasi muda Malaysia semakin matang di dalam berpolitik.

Naik turun parti PAS dinyatakan dengan teori lekuk seperti di dalam sebuah graf. Lekuk pertama berlaku semasa PAS diterajui oleh Dr. Asri di mana PAS ketika itu menganggotai Barisan Nasional. Namun, selepas itu PAS jatuh dengan teruk selepas berlaku konflik dalaman di mana pengaruh dan kuasa mula mempengaruhi pentadbiran parti. Ketika ini, PAS dianggap gagal membawa mesej Islam yang sebenar sehingga memaksa berlakunya rombakan organisasi dengan pemecatan Dr. Asri dari PAS. Malah, konflik kerajaan Negeri Kelantan juga menyebabkan Kelantan kalah teruk pada tahun 1978. Di sini, penulis merasakan PAS mengalami satu konflik yang menjadikan organisasi ini semakin kukuh.

Selepas lekuk pertama inilah munculnya idea kepimpinan ulama'. Kesedaran ahli PAS mahukan PAS lebih membawa nilai Islam mendorong kepada kemaskini organisasi dengan pembentukan majlis Syura dan wujudnya jawatan Mursyidul Am PAS. Kini jawatan tersebut disandang oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Krisis yang agak lucu bagi saya namun ianya merupakan saat penting menurut penulis ialah apabila ahli PAS mencari-cari identiti masing-masing. Rupa-rupanya pemakaian kopiah menjadi perbahasan usul ahli suatu masa dahulu. Oleh sebab ketika itu Al-arqam mempunyai kod etika pemakaian, ahli PAS terpengaruh untuk turut mencadangkan etika pemakaian untuk PAS. Sehingga kini, masih dapat dilihat ahli PAS mempunyai kod etika pemakaian tidak rasmi seperti kopiah, berjubah dan berserban yang terhasil dari persepsi mahu kelihatan Islamik.

PAS bagi saya terlalu inklusif dan sukar didekati oleh pelbagai golongan. Malah, mungkin atas momokan kerajaan persekutuan rakyat terdorong untuk menjauhi parti ini atas sebab ketakutan sekiranya dikaitkan dengan PAS mereka akan sukar mendapatkan bantuan kerajaan.
Walaubagaimanapun, era tersebut bagi saya telah pun berlalu malah generasi muda kini lebih terbuka untuk menyatakan pendirian politik masing-masing.

Kini menurut penulis, bakal muncul pula lekuk ketiga di mana generasi muda PAS semakin terbuka dan memandang perlunya semangat nasionalis dan rasional untuk menerajui PAS. Golongan yang berpendidikan tinggi bukan dari aliran agama dilihat semakin mendapat tempat di kalangan ahli PAS. Walaubagaimanapun, lekuk ketiga masih samar-samar pembentukannya. Dr. Mujahid jelas yakin bahawa nilai politik matang yang berlaku di kalangan ahli politik generasi muda amat memberangsangkan dan akan membawa Malaysia lebih jauh. Ini dapat saya perhatikan apabila penulis menceritakan bagaimana beliau boleh berkerjasama dengan ahli parlimen muda BN dan berkongsi pandangan yang sama mengenai masa depan Malaysia.

Sesiapa yang mempunyai minat mendalam di dalam mendalami landskap politik Malaysia lagi sekali saya seru untuk membaca dan menilai penulisan Dr. Mujahid. Kepada generasi muda, "Jom intai PAS" hehe...