Khamis, 15 April 2010

UMCEDEL pun ditubuhkan..


Semalam sempat menjenguk satu program bersejarah iaitu pelancaran UMCEDEL- UM center of Democracy and Elections.


Sesuatu yang memang dinantikan oleh mahasiswa yang sekian lama terhimpit dalam dunia yang tidak membenarkan keterlibatan mereka di dalam kancah politik.


Setinggi pujian diberikan kepada pengarah UMCEDEL Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman kerana mampu membawa ahli politik selain BN untuk berpencak di pentas universiti setelah 20 tahun universiti ini gersang dengan forum politik terbuka seperti ini.


Yang menarik:


1. YB. Dato' Saifudin Abdullah menyarankan agar pilihanraya dijalankan sendiri oleh mahasiswa tanpa campur tangan orang lain tetapi perlu kepada pindaan perlembagaan universiti.


Pendapat saya: Memang dahulu mahasiswa UM menjalankan sendiri pilihanraya untuk melantik wakil dikalangan mereka malah semua mahasiswa berada di bawah satu persatuan pelajar yang sama iaitu UMSU. Entah sejak bila HEP pula yang jadi SPR mahasiswa.. SETUJU dengan Dato'! Jadi, mahasiswa perlu sahut cabaran ni.. Biar mahasiswa sendiri yang jadi SPR, bebas dan terbuka dengan politik kampus yang matang..


2. Kesemua panel bersetuju bahawa pindaan terhadap AUKU perlu dilakukan dengan ketiga-tiga wakil dari PR bersetuju agar ianya dihapuskan terus dan digantikan dengan sesuatu yang baru.


Pendapat saya: NO AUKU, Abolish AUKU and NO OTHER replacement of acts that can control the students. Cukup dengan perlembagaan je.. Boleh ke? Demokrasi kan?


3. Panel paling pandai dianugerahkan kepada YB Saifudin Nasution dari PKR. Kenapa? YB PKR ni memang paling pandai menggunakan peluang bercakap di hadapan warga universiti tentang perkara yang dilakukan oleh PR di Selangor, beliau menyindir halus pelantikan perunding komunikasi oleh kerajaan dengan bayaran 77 juta dan beliau menyindir dan membuat kita terfikir makna tersirat pertemuan PM dengan Obama.


Pendapat saya: Menarik.. menarik..Rugi siapa yang tak dengar..


4. YB paling cool dianugerahkan kepada YB Salahuddin Ayub. Kenapa? Sebabnya mudah, wakil PAS ini yang paling banyak mendoktrinisasi hadirin:


Kalau Pakatan Rakyat menang dan BN kalah,

Kalau BN tak menang dan Pakatan rakyat tak kalah,

Kalau UMNO tak biasa jadi pembangkang, takpe tak payah jadi pembangkang,

kita alu-alukan UMNO masuk pakatan..


Pendapat saya: hehe it is so funny and Salahudin look so cool when he say that..


5. Kenyataan yang paling digemari dari YB Anthony (DAP): Pertelingkahan di dalam menyatakan idea adalah sesuatu proses percambahan idea yang lebih baik! Wow!


6. Kenyataan paling digemari dari Dato Saifuddin Abdullah:


Walaupun kita tidak mendapat erti demokrasi yang sebenar, sekurang-kurangnya kita jangan ikut definisi demorasi berikut, "Government formed the people, buy the people force the people".


Pendapat saya: Wah, inilah timbalan menteri yang terbuka! Anda pasti dihormati oleh pelbagai pihak, termasuk saya..


Secara keseluruhannya.. Selamat hari lahir UMCEDEL!



p/s: Hope to hear good news soon; Lim Kit Siang vs Najib vs Hadi Awang vs Anwar Ibrahim live in UM! hehe.. hantar otai dari semua parti lagi best..


pp/s: hmm kalau tidak pun; Pemuda UMNO vs Pemuda PAS vs Pemuda PKR vs Pemuda DAP vs Pemuda MIC vs Pemuda MCA.. WOW! 3 lawan 3, amacam?

Sabtu, 3 April 2010

The Classic

to you
i become beautiful reflection
like evening glow
please, remember
our lovely days
and I hope it will remain forever
like picture

to me
you become pure light
which clearify my blue days
it will become forever promises
like pure jewelery on your hand

to me,
you remain in my heart
with sad songs,
but I want to glitter in your beautiful eyes
forever..