Jumaat, 31 Disember 2010

Masa Sedang Berlari..



Tahun 2010 sudah berlalu.. 2011 menjengah tanpa dijemput.. Aku bukan merungut!

Berkali-kali juga saya cuba memulakan tulisan khusus untuk tahun baru ni. Sejak kelmarin, malah terlalu berfikir sehingga berkira-kira mahu ditulis di dalam bahasa ibunda atau bahasa Inggeris..

Malam tahun baru, " Tulis sahaja Fariza, peduli apa?", bisik saya sendiri.


Berjalan

Semalam saya berjalan-jalan di Taman Jaya. Mahu sihat kononnya. Yang penting bukan sahaja sihat fizikal yang saya mahu, sihat akal yang saya kejar sebenarnya. Taman Jaya bagi saya adalah tapak pemerhatian saya terhadap perilaku manusia.

Bapa dan anak

Kemudian, saya melihat seorang anak lelaki menyorong kerusi roda bapanya yang sudah tua. Kedua-dua mereka diam. Sekadar berpusing-pusing di sekitar taman. Kedua-duanya di dalam lamunan masing-masing. Saya ikut diam dan termenung.

Mereka berdua saya rasakan sungguh tenang dalam leka yang dalam. Oh begini rupanya diam dalam faham..

Saya berbisik sendiri, " Inilah kehidupan, lalu sahaja dengan tenang..."


Anak kecil

Berlari. Mereka riang. Saya yang termengah di tepi tersenyum. Pelik, kita mudah gembira terhadap perkara kecil.

"Ah, sudah tua." rungut saya sendiri.

Saya mahu terus berlari riang, peduli apa pada yang memandang.. Inilah kehidupan, lalu sahaja dengan tenang..


Tasik


Air. Hidup perlukan air. Termenung sendiri...

Inilah kehidupan, lalu sahaja dengan tenang..


Tahun Baru

Kita berjalan, masa berlari..
Kita berlari, masa memecut..

Selamat Tahun Baru.. Inilah kehidupan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.