Rabu, 3 November 2010

Kelantan dan Semangat Bola..


Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Koh kami melalui bandar Gua Musang dan melalui kumpulan penyokong bolasepak Kelantan yang di dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Memang meriah!!

Deretan kereta dari arah Kuala Lumpur dengan lambaian bendera merah nyata menunjukkan semangat kemenangan yang dibawa pulang oleh penyokong-penyokong Kelantan..

Lebih menarik lagi, di simpang jalan seperti di Ciku 3 terdapat kumpulan anak muda yang menunggu konvoi-konvoi penyokong bola sepak dari Kuala Lumpur ini sambil melambai-lambai bendera negeri Kelantan.

Sempat juga saya mengambil gambar penyokong-penyokong Kelantan ini..

Gomo Kelate Gomo!! hehe
Bendera Kelantan dipamerkan di kedai serbaneka..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.