Khamis, 11 November 2010

Kekasih Sam Po Bo


Dia membuka telapak tangan dan meletakkan sebentuk cincin nilam. "Maafkan aku, tak banyak aku dapat berikan untuk kau bawa hatiku pulang ke negerimu."

Saya senyum pilu. Kami berdakapan. Oh erat dan hangat sekali persaudaraan ini, meski di sekeliling cuaca amat dingin sekali.

Kemudian Nafiz bersuara lagi. "Aku pernah terbaca hadis diriwayatkan oleh Abi Dawud yang berbunyi lebih kurang begini: " Andai seseorang dari kamu mencintai sahabatnya kerana Allah, maka hendaklah kamu memberitahunya."

Nafiz memandang saya sungguh-sungguh. " Demi Allah aku mencintaimu sahabatku."


Inilah petikan dari cerpen yang bertajuk 'Datang dari Sukma, Masuk meyelinap Sukma'. Cerpen yang paling berjaya menyentuh hati saya di dalam kumpulan cerpen ini. Selepas membaca cerpen ini saya lantas teringat sahabat baik saya yang sangat dekat dengan saya. Teringin saya memberitahu mereka saya mencintai mereka kerana Allah..

Antara cerpen lain yang menarik bagi saya adalah Nenek Negro di kota Mekah, Ratu Kosmetik dan Kekasih Sam Po Bo.

Menyentuh pelbagai tema, kekasih Sam Po Bo nyata karya unik yang menjadi jambatan kepada memahami pemikiran seorang Faisal Tehrani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.