Jumaat, 12 November 2010

Anugerah Buku Negara 2010



Kecoh.. Kecoh di Goodreads mengenai Anugerah Buku Negara 2010. Ramai yang menganggap pencalonan tersebut nampak pelik dan tidak sesuai.

Pelik tapi benar, berikut merupakan senarai pendek calon penerima anugerah Tokoh Buku Negara:

1. Tan Sri Sanusi Junid
2. Ramlee Awang Murshid
3. S.H. Alattas
4. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
5. SN Shahnon Ahmad

Kenapa pelik?

1. Kategori penulis yang bercampur-campur.. penulis politik, penulis 'thriller', penulis novel sastera..dan entah apa..

2. Pencalonan tidak nampak di mana kayu ukur pemilihan..

3. Entah.. Pelik kan??

Siapa yang menjadi Tokoh Buku? Saya pun tak peduli.. Tapi sekurang-kurangnya saya rasa tokoh tersebut kalau sebut nama dia saya teringat pada buku.. Janganlah pula bila sebut nama dia saya jadi tercengang-cengang pelik.. Memerah otak mencari perkaitan buku dengan ketokohan orang tersebut.. Betul tak??

Mahu tak mahu Yayasan Pembangunan Buku Negara perlu juga memberikan anugerah ini pada seseorang.. Maka nasihat saya:

1. Fikirlah sedalam-dalamnya sementara ada masa lagi untuk memilih orang yang sesuai..

2. Sekiranya sudah dilakukan pemilihan dan cuma menunggu masa pengumuman sahaja, maka berdoalah supaya ianya diterima.

3. Bersedialah untuk membuat satu kenyataan akhbar yang mantap sebelum majlis anugerah sekiranya takut akan pertikai dari rakyat jelata.. Terutamanya dari rakyat jelata Goodreads.. hehe

4. Ops lupa pula.. solat Istikharah la dulu sebelum buat pemilihan.. ni sepatutnya yang pertama..

5. Positifkan minda anda dengan menerima komen negatif..

Tidak mahu menulis panjang, saya ucapkan selamat maju jaya buat ahli urusetia pemilihan Anugerah Buku Negara.

Sebelum ni ramai juga kawan-kawan Goodreads yang bagi komen di blog masing-masing antaranya Nazmi dan Khairul.. Check them out!


p/s: Poster tu pun macam nampak PELIK! Kan? Kan? hehehehe..

pp/s: Program ini adalah dihadiri berdasarkan jemputan dan tidak terbuka untuk semua..Harap maklum. Kalau nak hadir sila berurusan dengan urusetia..

1 ulasan:

ALI DINA berkata...

Salam sejahtera, sepatutnya tidak terjadi kekecohan, tiada apa yang pelik kepada tokoh-tokoh yang disenaraikan, semuanya memberi sumbangan besar kepada dunia buku negara...

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.