Khamis, 19 Ogos 2010

Wira Bukit !!


Tulisan a. Samad said ini berumur lebih setahun daripada umur saya, namun relevennya tetap masih di sini. Sasterawan negara ini menulis penuh makna akan perlunya seorang yang bertanding di dalam pilihanraya atau pemimpin negara bersifat negarawan bukan politikus semata.

Penulisan drama ini mengambil suasana pilihanraya yang hampir dekat dan keadaan balai raya kampung.

Konsep beliau bagi seorang pemimpin negara perlulah, berjiwa rakyat, bersifat negarawan,MP yang berhujah dan sebagainya diungkapkan penuh emosi dalam bentuk karya drama yang kreatif.

Oleh sebab pengenalan buku ini memberitahu pelakon teater Wira Bukit ialah Eman Manan, M. Nasir, Ahmad Tamimi Siregar dan Rahim Razali sebagai watak utama membuatkan saya terbuai dengan dialog tersebut dan membayangkan pelakon-pelakon hebat ini membaca dialog ini penuh makna. Pasti hebat dan mengagumkan!

Salah satu dialog yang menarik:

" Aku sedar itu. Aku tahu negara memerlukan negarawan. Tapi itu kan tanggungjawab kita semua. apa ertinya demokrasi? Ciptaan kita bersama; kuasa kita bersama; suara kita semua. bukan tanggungjawab hanya seorang. Kalau.. kita pilih membuta tuli, seperti yang telah pun berlaku berulangkali, kita tersalah angkat- kita cipta politikus segera. salah kita, dosa kita."
Saya semakin terasak dengan dialog di bawah:

"Kita tidak mahu MP yang bercakap sekali dua- mengiakan atau menidakkan sesuatu mengikut lalang. Kita ingin wakil yang turut berhujah, turut mengemukakan analisa dan cadangan- membuktikan dia benar-benar berfikir.. dan.. dan.. merancang.."

Buah fikir 25 tahun ini ternyata masih perlu di ulang-ulang kembali buat semua pemimpin pilihan rakyat yang sedang bersidang di dewan.. Menarik! menarik..

p/s: Wajar buat semua pemimpin membaca!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.