Khamis, 26 Ogos 2010

Kak Ainum ke Jakarta!

Pusing-pusing Kota

Hari terakhir K.Ainum berbuka dengan kami di TNB, kami menggesa K. ainum untuk bersiar-siar di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. KL nampaknya tetap meriah walaupun di bulan Ramadhan.

Kami melintasi Dataran Merdeka, meninjau sekitar KLCC, Jalan Bukit Bintang malah merenung KL Tower..

Sisi gelap Kuala Lumpur juga kami tinjau, ramai lelaki tidak berumah tidur di tepi bangunan, Mak Nyah menunggu pelanggan, pelacur mengekori pelanggannya, penjual barangan seks di tepi jalan malah Zouk penuh dengan manusia di malam Ramadhan..

Sambil berpusing-pusing sekitar kota kami saling mengakui bahawa semua di antara kami tidak pernah menaiki jambatan di tengah KLCC, ada yang hanya pernah mengunjungi Muzium semasa di sekolah rendah sahaja dan malah ada yang mengatakan tidak pernah melawat Zoo Negara?

Mengapa? kerana kita tidak memandang ianya satu keperluan malah harga yang dikenakan terhadap pengunjung terlalu tinggi. Perbincang kami membawa konklusi sewajarnya kerajaan membuat kadar bayaran yang berbeza antara pelancong domestik dan luar negara. (wah.. sembang-sembang dalam kereta pun boleh buat cadangan? hehe)

Minum-minum di Menara Condong

Sambil-sambil minum kami selitkan pau Coklat Istimewa restoran Menara Condong. Sedapnya pau ni pasti termimpi-mimpi dek k. Ainum di Jakarta kan?

Biar apa pun malam itu nampaknya menjadi 'farewell party' buat K. Ainum. Kami mungkin sekadar berkenalan selama 4 tahun sahaja tetapi persahabatan ini seolah terikat lama malah tiada yang sebegitu manisnya. Semanis Pau Coklat Menara condong pastinya..

Tiada K. Ainum siapa yang akan menemani saya ke Program Gerak Budaya? Siapa yang akan teruja berbicara tentang sosialis? Siapa yang mahu ke forum, seminar dan sebagainya? Mungkin bersama Syud, mungkin bersama Nabiil.. Yang pastinya sosok tubuh K. Ainum pasti lebih terbiasa buat saya..

Usai minum kami kepenatan dan segera pulang ke PJ menuntut rehat dan tidur.. Dan..

Kini Ainum di Jakarta

Kini dia di Jakarta menyambung pengajian di peringkat sarjana.. Di lapangan terbang kami titipkan doa semoga beliau sentiasa dilindungi Allah. Buku pemikiran Hamka aku hadiahkan buat beliau, semoga impian beliau menjadi perintis Hamka terlaksana. Amin...

p/s: tunggu saya di sana akak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.