Sabtu, 14 Ogos 2010

Graduasi?



Apakah erti graduasi bagi setiap graduan?

Bagi segelintir graduan, graduasi merupakan titik akhir proses belajar dan permulaan kerjaya..

Terdapat juga yang merasakan graduasi ijazah pertama merupakan satu tangga pertama yang membawa kepada tangga kedua iaitu ijazah sarjana dan berikutnya.

Graduasi juga lambang kejayaan ibu bapa bagi sesetengah graduan..

Bagi aku? Graduasi adalah titik penyambung kepada perjalanan hidup yang masih panjang dan mungkin entah pendek.. Mungkin juga titik permulaan hidup aku lebih berdikari dengan dunia..

Selepas penerimaan skroll yang entah berapa saat dari Toh Puan Aishah dan setelah group C habis menerima skroll.. lagu Gemuruh nyanyian Faisal Tahir memenuhi suasana ketika itu. Aku entah apa sebab sebak dengan butir-butir lirik lagu tersebut.

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Sebak? Sebak mungkin kerana di Universiti tertua ini aku menjadi lebih matang, aku bukan sahaja belajar dunia akademik tetapi belajar erti hidup di sini. Dunia aku mungkin berbeza jika aku tidak menjejakkan kaki di bumi Malaya ini. hehe puitis pula rasanya..

Sejujurnya, pengalaman di universiti ini akan sentiasa tersemat sebagai memori indah dalam hidup aku.

Buat adik-adik yang masih berada di awal pengajian di universiti, terokailah dunia disekeliling anda, timba pengalaman sementara masih mampu dan pastikan setiap fakulti dan kemudahan UM di singgahi kerana anda akan menyesal kerana tidak berbuat demikian sementara masih di bumi UM ini. hehe..

p/s: selamat berpuasa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.