Jumaat, 7 Mei 2010

50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh



Buku ini sudah lama bertenggek di atas rak buku yang sekian lama memanggil saya untuk membacanya.. Hmm.. Rupa-rupanya sehari sahaja diperlukan untuk membaca buku ini!

Secara keseluruhan buku ini adalah sebuah penulisan yang sangat menarik kerana menceritakan kata-kata yang menarik dan diceritakan kisah disebalik kata-kata tersebut.

Namun begitu, saya secara peribadi menganggap penulis sewajarnya menulis dengan lebih teliti agar pembaca dapat memahami lebih mendalam situasi kata-kata tersebut.

Walaubagaimanapun, usaha penulis wajar dipuji kerana 50 kata-kata yang ditampilkan memang merupakan kata-kata yang jarang kita dengari dan kita ambil peduli.

Nah, sikap ambil peduli penulis inilah yang menjadikan penulisan ini wajar dibaca oleh kita semua.

Apa yang menarik adalah buku ini mempunyai banyak bait-bait syair yang mencengkam jiwa dan menaikkan semangat perwira.. wow!

Antara yang menarik dan terkesan di hati saya..

1. Kata-kata ke-5: Pergilah menenun kain (ms:12)

"Pergilah kamu menenun kain. Berikan Pedangmu kepadaku"
Ummu Aiman R. 'Anha.

- Kata yang dituturkan Ummu Aiman ini rupanya merujuk kepada segolongan tentera Islam yang melarikan diri ke belakang dalam Perang Uhud. Suasana di dalam medan perang ketika itu tidak terkawal, ditambah lagi dengan perkhabaran terkorbannya Rasulullah SAW. Ummu Aiman terbunuh oleh panah Hibban al-'Ariqah dan melihat kematian beliau Rasulullah sangat bersedih lantas meminta Sa'ad Abi Waqqa memanah musuh Allah itu. Rasulullah SAW ketawa sehingga menampakkan gigi geraham baginda kerana kematian Ummu Aiman R. 'Anha akhirnya berbalas.

Saya: Adakah aku akan bertindak sedemikian? Tenun kain pun tak reti..

2. Kata-kata ke-11: Lemparan Panah ke Leher.

" Bukan kerana itu (harta ghanimah) aku mengikutimu kerana aku ingin agar satu saat nanti aku terkena lemparan panah di sini (sambil menunjukkan ke arah lehernya) sehingga aku terbunuh dan masuk syurga kerananya"
Arab Badwi
Selepas perang Khaibar rasulullah memberikan seorang Arab Badwi harta ghanimah dan beliau menjawab seperti di atas, ternyata beliau syahid dipanah di bahagian leher!

3. Pengajaran kata-kata ke-16

- Tatkala Amirul Mukminin RA terlalu mengongkong Pedang Allah (Khalid RA) ini, beliau (Khalid RA) menjawab, " Aku lebih berhak dalam medan perang berbanding kamu".

Saya: Kata-kata ini mengingatkan saya peristiwa perang Khandak di mana Rasulullah SAW telah menerima pendapat daripada Salman Al-Farisi supaya digali parit yang besar sebagai pertahanan Madinah. Malah Rasulullah SAW juga pernah menyatakan bahawa perang itu adalah tipudaya.

4. Kata-kata ke- 20: Takut dengan air

"Rupa-rupanya tuan-tuan takut menghadapi air ini"
Asim bin 'Amru RA

- Ini adalah kata-kata yang paling saya kagumi. Sangat takjub apabila membacanya. Anda perlu membacanya sendiri. Tidak dapat saya nukilkan disini pengalaman membacanya!

Buku ini disarankan kepada kepimpinan masa kini kerana ianya juga sarat dengan nasihat bagaimana seseorang pemimpin itu perlu bertindak.

Teknik pemasakan semangat di kalangan tentera yang banyak ditampilkan didalam buku ini sewajarnya diteliti oleh barisan tentera kita, mungkin boleh dijadikan rujukan oleh para panglima tentera kita..


2 ulasan:

Isma berkata...

Salam,
saya nak beli buku ni....apa-apa e-mail pada saya no.akaun dan kos semuannya termasuk pos...ok.

Ajip.. berkata...

maaf semua.. Saya berada di luar jangkauan akses internet 2-3 hari ni.. ok Isma nanti PM alamat Isma pada saya di goodreads..

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.