Khamis, 11 Mac 2010

Apa makna Biasiswa?

Setiap kali keputusan SPM dan STPM kita akan teruja dengan betapa ramainya pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan mencapai keseluruhan subjek mendapat A. Malah terdapat juga di kalangan pelajar-pelajar ini dijulang kerana mendapat tempat di antara 10 pelajar berkeputusan terbaik seluruh negara. Pelajar-pelajar ini kemudiannya ditawarkan dengan pelbagai jenis biasiswa daripada pelbagai individu malah pihak kerajaan sendiri.

Namun begitu sedarkah ataupun tidak terkadang kita terabai melihat nilai sebenar sebuah biasiswa yang diberikan. Saya berpendapat sistem pemberian biasiswa yang berlaku sekarang telah mengabaikan pelbagai perkara yang sepatutnya menjadi kriteria pemilihan seseorang sebagai penerimanya. seseorang yang cemerlang didalam pelajaran dan mendapat tempat terbaik seluruh negara memang sewajarnya mendapat perhatian tetapi adakah dia memang tidak mampu untuk menampung biaya pendidikannya? Sekiranya anak kepada seorang yang paling kaya di Malaysia mendapat keputusan SPM terbaik, adakah wajar dia diberikan biasiswa?

Biasiswa merupakan salah satu cara terbaik untuk membantu golongna yang tidak berkemampuan dan mempunyai rekod pembelajaran yang cemerlang untuk meneruskan pendidikan. walaubagaimanapun sistem JPA yang menggunakan borang secara online tidak menjadikan sistem itu mesra kepada rakyat di luar bandar yang tidak mudah untuk mendapat akses internet.

Untuk dibandingkan antara pelajar yang mendapat 8A 3B di luar bandar dengan pelajar bandar yang mendapt keseluruhan subjek A adalah tidak wajar. Pelajar luar bandar menghadapi suasana yang tidak sekondusif seperti pelajar di bandar. Malah kebanyakan pelajar luar bandar hanya menggunakan buku teks sahaja sebagai panduan belajar berbanding pelajar bandar yang mudah mendapat akses internet dan sebagainya. Oleh itu sewajarnya teknik pemberian biasiswa dikalangan pelajar yang bakal memasuki universiti dikaji semula agar yang benar-benar layak sahaja yang mendapat biasiswa tersebut.

Sebagai seorang mahasiswa saya sendiri berpengalaman mengenali golongan yang mendapat biasiswa JPA. Untuk pengetahuan anda terdapat juga dikalangan mereka merupakan anak tunggal, memiliki kereta sendiri sejak berada di tahun pertama, mempunyai laptop sejak berada di matrik dan merupakan golongan yang 'loaded'. Sebagai mahasiswa, kita akan terfikir bagaimakah sistem pemilihan penerima biasiswa dijalankan sehingga golonggan yang benar-benar kaya ini boleh terpilih sebagai penerima wang kerajaan sebanyak RM 5000 semester.

Alangkah sedih lagi apabila mengetahui sahabat saya sendiri yang tidak berkemampuan tidak mendapat biasiswa kerana tidak mempunyai akses internet di rumah. Jika kerajaan amat memikirkan rakyat dan mementingkan mereka saya berharap sistem pemberian biasiswa yang lebih telus dapat dijalankan dengan mengambil kira tahap kewangan penerima dengan serius.

1 ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.