Jumaat, 1 Januari 2010

Agar Bidadari Cemburu Padamu




Penulis: Salim A. Fillah


Secara umumnya saya jatuh cinta terhadap buku ini malah sentiasa tersenyum semasa membacanya.


Buku penuh nasihat dan diselangseli jenaka yang semulajadi dan difahami oleh ahli gerakan memang menjadikan buku ini sangat sesuai dibaca oleh para muslimah yang dahagakan bahan bacaan berilmu tetapi mudah dibaca.


Boleh dikatakan buku ini memiliki satu keistimewaan tersendiri apabila mengupas isu-isu yang berkaitan Muslimah secara bersahaja.

Penulis Indonesia memang mempunyai versatil tersendiri dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat indah menjadikan saya terkagum sendiri dengan penulis buku ini.
Malahan membaca prakata dari penulis sudah membuat kita mahu mengetahui kesinambungan buku selanjutnya. Berikut merupakan tulisan prakata beliau yang benar-benar buat saya jatuh hati terhadap penulis buku ini:

“Selalu saya ingin katakan bahawa gaya menulis saya adalah gaya petani tak
bermodal yang menanam biji apa saja yang ditemuinya di lahan tanpa pembagian.
Bukan gaya petani kaya yang mengkhususkan tanah ini untuk tumbuhan ini dan tanah ini untuk tanaman itu. Ini berkait dengan keterbatasan ilmu saya, tentu.”

Kata-kata merendah diri yang sangat indah bahasa perumpamaannya di atas benar-benar mempamerkan teknik penulisan beliau yang halus seolah memperkenalkan kita terhadap siapa penulis yang sebenarnya.

Masuk kepada isi penulisan, beliau membawa kita meneliti kepada mekna tajuk dengan menyatakan bahawa bidadari memang mencemburui wanita muslimah yang beriman.
Berikut merupakan petikan buku tersebut yang menarik:

Soal judulnya, saya dengar ada beberapa rakan yang sudah tergeletik,

“apa iya bidadari bisa cemburu?”

Dari Mu’adz ibn Jabal, ia Radiallahu ‘anhu berkata,
“Rasulullah Shallallahu; Alaihi wa Sallam bersabda, “Tiada seorang isteri
menggodai suaminya, melainkan bidadari calon isteri di surga berkata; ‘Jangan
ganggu dia, semoga Allah membunuhmu.. Ia hanya sementara ada di sisimu dan
hampir meninggalkanmu untuk kembali kepada kami”. (HR At-Tirmidzi)

Penulis juga wajar dipuji dengan penulisan yang kreatif dan memberi teguran secara humor. Berikut merupakan antara teguran beliau kepada Muslimah secara bijaksana yang saya gemari:
m/s:35

Pakai Jilbab Gedhe, Yang kecil Buat Siapa?

Suatu ketika, di rubric konsultasi figh Radio Taruna al-Quran asuhan Ust Aris Munandar, ada seorang ukhti bertanya. Kira-kira begini pertanyaannya, “Ustadz, Alhamdulillah selama ini saya sudah berjilbab. Tapi masih jilbab yang kecil. Sebaiknya bagaimana? Dan nanti, kalau misalnya saya pakai jilbab yang besar, boleh tidak kalau jilbab saya yang kecil-kecil saya hadiahkan untuk teman yang lain?”

Apa jawaban Ustadz Aris? Mari kita dengar. “Ya memang sebaiknya jilbab itu yang besar. Kalau perlu yang sampai ke pinggang agar sewaktu naik motor bias diduduki sehingga kalau kena angin ‘auratnya tetap terjaga. Nah jilbab yang kecil-kecil itu boleh dihadiahkan. Tetapi kepada anak kecil. Sehingga nanti tetap jadi besar bagi
pemakainya...”
Ssst! Anda ingin tertawa kan? Ini jawaban syar’i lho!


Antara nasihat beliau kepada muslimah yang saya persetujui adalah dengan menjadi diri sendiri.
Walaupun kita adalah seorang muslimah yang berpakaian menutup aurat, namun ianya adalah tidak bermakna kita harus menjadi hipokrit terhadap minat sendiri dan bertukar sikap.
Teruskan dengan kepribadian kita yang semulajadi asalkan tidak melanggar syariat.
Ini lain pula dengan sesetengah muslimat yang terus mendiamkan diri, tidak bergaul dengan orang lain dan seolah-olah bertukar menjadi manusia yang bukan seperti dirinya sendiri. Beliau memberi contoh beberapa Muslimat pada zaman nabi yang masih mengekalkan personality masing-masing walaupun telah memeluk Islam.
Secara keseluruhannya, buku ini wajar menjadi pilihan ramai Muslimat atau “ a must read book” bagi kita. Buku ini boleh diselesaikan dalam masa yang sangat singkat dan benar-benar memberikan nikmat membaca yang menarik. Jadi apa tunggu lagi? Anda bukan sahaja boleh jatuh cinta sama buku malah mungkin jatuh cinta dengan penulisnya..

p/s: buku ini ditulis oleh ahli KAMMI dan seorang aktivis dakwah di Indonesia. Beliau juga banyak menggunakan istilah arab yang selalunya digunakan oleh ahli gerakan Islam. Namun begitu beliau tetap memberikan penterjemahan terhadap perkataan bahasa Arab yang digunakan.

3 ulasan:

Nurhaslin Zaharudin berkata...

kak, bestnyer buku ni... nak jugak! huhu...

yes...the words is so simple la...best2, kaedah berdakwah yg ringan, lucu dan boleh membuatkan si pembaca berfikir. Tak sabar rasanya nak "hunting" buku ni...thanks bagi maklumat pasal buku ni... :)

Ajip.. berkata...

Huhu nak ker?
Akak pun pinjam kawan punya..

Nanti kita beli buku banyak-banyak kat Indonesia nanti ek..

Now, saving for Indonesia sis!

Syahadah al-Hafeezah berkata...

dik fareez, credit must for me! haha~

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.