Khamis, 10 Disember 2009

Saya Pun Melayu ( I am Malay)


I am searching this book (Saya Pun Melayu) at the bookfair (PWTC) last year, but failed then I forgot about it.. Especially when I loaded my bookshelf with other books.

Alhamdulillah after about a year.. I was able to read it! Praise to Allah and thanks to Syud!

I am really exited of reading the book eventhough it is a bit outdated with another book from Zaid Ibrahim had been published. However this is a piece of item that I as young generation reads. It does contain a point of view that we should know and understand further.

I am reading the Malay version since this the genuine language being used to write the book. Yes it has it own value when he write Saya Pun Melayu in Bahasa originally.

With Tengku Razaleigh Hamzah foreword (kata pengantar), the book started with Razaleigh describing the political crisis that happen in the country should be handled not by UMNO alone but all of the rakyat should also involve.

Razaleigh also believe that the younger generation especially those who live at the villages and those who are underprivileged should read it. Besides, Razaleigh want the youth know how the poor people also can survive and challenge for a better future.

Allow me to write in Malay, indeed I am A Malay too.

Pandangan Sisi tentang Buku ini yang menarik:

Saya akan memulakan pandangan sisi ini dengan memberikan isi kandungan buku ini agar difahami oleh anda..

Isi Kandungan:

1. Pendahuluan

2. Bab 1: Letak Jawatan Sebagai Menteri

3. Bab 2: Ketuanan Melayu

4. Bab 3: Siapa Melayu?

5. Bab 4: Raja, Perlembagaan dan Maruah Melayu

6. Bab 5: Apa yang Penting untuk Orang Melayu

7. Bab 6: Mengenal Erti Hidup

8. Bab 7: Melangkah ke Dunia Baru

9. Bab 8: Memburu Cita-cita

10. Bab 9: Menjadi Peguam

11. Bab 10: Mengenali Politik

12. Bab 11: Resipi Untuk Berjaya dalam UMNO

13. Bab 12: Kerja Kebajikan dan seni

14. Bab 13: Penderitaan Salleh Abas

15. Bab 14: Mahathirisme

16. Bab 15: Politik Melayu dan Pakatan Rakyat

17. Bab 16: Fasisme, Komunisme, dan Kebebasan

18. Bab 17: Masa Depan Melayu

19. Bab 18: Sumbangan kaum Bukan Melayu

20. Bab 19: Politik dan Moral

21. Bab 20: Pemimpin yang Saya Hormati

22. Penutup

Pendahuluan buku ini dimulai oleh Zaid dengan memberitahu pembaca bahawa beliau bukan seorang penulis semulajadi (natural) dan ini memang satu permulaan merendahkan diri beliau yang saya anggap agak menarik. Pendahuluan merupakan cara beliau memberitahu pembaca tujuan utama beliau menulis buku ini. 4 tujuan utama beliau menulis buku ini ialah:

1. Meningkatkan minat mebaca di kalangan Melayu.

2. Mengharapkan Melayu mengekalkan semangat toleransi dan sederhana.

3. Demokrasi negara kita adalah demokrasi 'kangkung'

4. Mahu Anak Muda memahami bahawa tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan.

Perkara paling menarik pada pandangan saya ialah apabila beliau meberitahu pembaca bahawa isteri beliau memberitahunya bahawa tidak pernah isterinya melihat beliau (Zaid) dalam keadaan sangat muram dan tidak gembira sebelum menjadi menteri.

Pembaca juga didedahkan dengan sejarah politik negara yang diberikan oleh pandangan sisi beliau. Zaid lebih banyak mencampur aduk cerita yang terkadang mungkin menyebabkan pembaca kurang jelas dengan tajuk yang beliau sampaikan. Namun, mungkin itulah teknik penulisan beliau yang mungkin sedikit menonjolkan siapa dirinya yang sebenar.

Bagi saya, memahami penulisan beliau merupakan satu langkah yang baik untuk memahami situasi politik semasa ketika beliau meletakkan jawatan dan pandangan politik seorang yang bernama Zaid Ibrahim.

Pemerhati politik yang lain mungkin sudah lama menghadam buku ini namun mungkin lebih ramai pembaca yang kurang meminati politik belum membaca tulisan beliau, nasihat saya adalah anda perlu mencuba untuk membacanya kerana tidak rugi malah sangat berbaloi.

Antara lain beliau turut meletakkan beberapa gambar beliau yang dijadikan sebagai selitan buat buku ini.

Secara keseluruhan, Zaid Ibrahim merupakan seorang yang mempunyai pendirian dan saya sangat menyukai karakter sisi beliau ini dimana dalam keadaan politik kini di mana manusia mudah mengabaikan pendirian mereka hanya demi kepentingan politik adalah amat ramai. Berani saya nyatakan pelajar politik media sewajarnya sudah membaca buku beliau ini.

p/s: The cover does have it's own attraction! Do you agree with me?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.