Ahad, 25 Oktober 2009

Ingin Jadi Pujangga

A. Samad Ismail dalam kompilasi cerpennya “Ingin Jadi Pujangga” mencatat banyak cerita yang berkaitan dengan dunia kewartawanan malah jika dibaca secara keseluruhan kita akan nampak perkembangan sejarah Negara seiring dengan cerpen beliau yang pada hemat saya memang lahir dari sudut hati beliau.

Sungguhpun tulisan beliau dilihat sebagai karya sastera sahaja, jika dibuat kajian bentuk tulisan tersebut adalah antara peniup gelombang semangat kemerdekaan di kalangan rakyat di zaman tersebut.
Yang menariknya adalah A. Samad Ismail juga pernah meringkuk di dalam penjara semasa zaman British dan menyeludup keluar tulisan cerpen beliau dengan nama pena berbeza.

Banyak peristiwa Negara dicatat di dalam cerpen tersebut antaranya zaman komunis, Darurat, kaum tua, kaum muda, pemergian Tunku ke Indonesia, Zaman PAS masuk BN dan sebagainya.

Perkembangan pemikiran beliau juga seolah dicatat dengan sengaja, terdapat cerpen yang menyebut dengan jelas masa muda merupakan jiwa
yang ingin segalanya pantas dan penuh semangat, tetapi setelah meningkat usia, semangat itu berkurangan.

Bagi saya, tulisan beliau banyak membantu kita memahami situasi dan demografi zaman dahulu. Cubalah membaca tulisan beliau,pasti anda memahami maksud saya.

Sekali lagi, sekiranya A. Samad Ismail tidak menyeludup tulisannya, tidak berkarya, alangkah ruginya dunia penulisan Negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.