Sabtu, 9 Mei 2009

Surat Terbuka buat Kepimpinan Tertinggi..

Saudara/i yang tertinggi dalam organisasiku,

Ini merupakan surat terbuka buat saudara/i dimana saya teringin membuka bicara tetapi seakan tersekat dihadapan anda.

Saya seolah terpanggil berbicara soal kemaafan.

Kemaafan buat kepimpinan tertinggi atas kegagalan saya untuk membayar secara tunai tanggungjawab yang perlu dipikul. Tanggungjawab yang seolah tidak terbayar malah mungkin saya akan terus berhutang dengan saudara/i. Entah mungkin hutang itu dituntut di 'sana'.

Kemaafan juga atas kelompangan semasa dan ketiadaan saya diwaktu diperlukan. Ketidakhadiran ke pertemuan -pertemuan yang diaturkan. ketidakhadiran ke perbincangan yang diaturkan.

Kini, saya memohon keizinan untuk menghilangkan diri ke daerah terpencil tanpa laman sesawang yang dapat dicapai.

Mohon izin saudara-saudaraku sekalian...

Mohon izin...

dan keizinan dipohon..

( p/s- to those I believe that understand the message..especially GAMIS members. Ha ha this is maybe the last posting before I arrive GM.)

3 ulasan:

syuhadah dzarawi berkata...

moga seLamat di sana~~!

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kak atas segalanya....
tapi kak nak ke mana?
???
insyallah
bertemu tak jemu,
berpisah tak gelisah...
=)

demartyr berkata...

GM..
gua musang kak ea?
jaga diri bebaik =)

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.