Sabtu, 31 Mei 2008

Muda hanya sekali...

Kata ibu hidup ni sekejap je,

Kata orang… muda hanya sekali,

Kata abang… hidup kena hargai,

Kata kakak pula… remaja itu sekali je...


Pelbagai istilah dalam masyarakat apabila disebut perihal kehidupan remaja, alam remaja dipenuhi dengan cabaran dan dugaan yang besar. Seorang artis pernah bangga dengan pencapaiannya dalam dunia hiburan, seorang ilmuan berkobar-kobar mencari kejayaan dalam bidang yang diceburi dan seorang nelayan yang berpuas hati dengan tangkapannya yang banyak, seorang ibu bangga dengan keluarganya yang bahagia, seorang guru bangga dengan muridnya yang bijak dan banyak lagi situasi yang dapat kita kaitkan dalam kehidupan kita. Setiap dari kita berbangga dengan kehidupan kita seandainya sesuatu itu dilakukan dengan penuh kesungguhan dan penghayatan… itulah satu kepuasan buat kita. Saya tertarik dengan kata Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj,

“Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan,

tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita”


Dunia remaja adalah satu penentu arah tuju kita yang sebenar. Mereka mencuba dan mencuba sesuatu yang baru sehinggakan sesuatu yang negatif pun sanggup dilakukannya. Begitulah seperti yang berlaku dikalangan anak remaja hari ini… Ada segolongan mereka berpendapat, kesalahan di zaman remaja mengajar kita dengan kata lain

“belajar melalui kesilapan…”


Tiada salahnya istilah ini, tapi konsep dan gambaran yang dipegang oleh remaja sendiri perlulah berpatutan pada tempatnya. Remaja perlu menilai sesuatu baik dan buruknya… Maka, tidak mustahillah dikalangan mereka yang sering memikirkan pandangan orang lain terhadap mereka.

Erikson menyatakan bahawa remaja mengalami konflik sosial diantara pengertian identiti diri dengan kekeliruan peranan yang ada padanya.Remaja akan bertanyakan ‘siapakah saya’, ‘apakah tujuan hidup ini’ dan ‘kemanakah arah sendiri’.



Belum tentu seorang remaja yang berjaya, akhir hidupnya pun begitu. Belum tentu seorang yang jahil, pengakhiran hidupnya penuh dengan kejahilan, dan belum tentu seorang hamba yang soleh, akhir hidupnya penuh dengan kebaikan. Hakikatnya adalah pergantungan diri sendiri kepada Allah. Seorang sahabat saya, amat bersikap rendah diri. Tutur katanya, budi bahasanya, dan segala personalitinya menggambarkan sikapnya yang jujur dan rendah diri. Namun, apakah yang menjadikannya begitu hanyalah dengan bersikap positif dan dekat dengan Pencipta.


Ibu bapa hari ini takut akan pengaruh anak-anak remaja mereka dengan dunia barat tetapi seharusnya mereka mematangkan mereka dengan cahaya iman. Rabiatul Adawiyah, sewaktu masih kecil didatangi makanan oleh ayahnya. Seraya itu dia berkata “Ayah, bukankah makanan yang haram tetap tidakkan menjadi halal sekalipun dikau kasihankan kami yang dalam kelaparan?” Tanpa jawapan dari ayahnya maka, Rabiah tetap tidak mengambil makanan tersebut walau dirinya dalam kelaparan. Menakjubkan seorang budak kecil yang sudah mengenal dosa dan pahala. Begitulah juga pentingnya sesuatu institusi kekeluargaan dalam melahirkan generasi yang beriman dan beramal soleh. Moga-moga kita sama-sama mengambil ikhtibar hidup kita. Wallahua’lam

Isnin, 12 Mei 2008

Hari 'Selasa' buat KJ atau Hari 'Selesa' buat KJ

Hmm.. Baca tak surat khabar hari ini (13 mei 2008)?



Menarik tajuknya.. Perbahasan sulung khairy diganggu..



Sila baca...



Perbahasan sulung Khairy diganggu



PERBAHASAN sulung Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat semalam
diganggu oleh wakil rakyat pembangkang sehingga kadang-kala menenggelamkan
suaranya berikutan keengganannya memberi laluan kepada pembangkang meminta
penjelasan.


Kesungguhannya untuk menghabiskan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ternyata kurang disenangi pembangkang,
terutama apabila menyentuh mengenai Pakatan Rakyat.


Dewan mula gamat apabila Khairy menyentuh mengenai persediaan kerajaan menghadapi kekurangan bekalan dan kenaikan harga makanan memandangkan hanya daging ayam dan babi saja melepasi 100 peratus tahap sara diri negara.


Beliau mengkritik ketegasan kerajaan negeri Selangor meneruskan penternakan babi yang lantas dibantah Ahli Parlimen pembangkang.


Bagaimanapun, keengganan Khairy memberi laluan meningkatkan kemarahan wakil rakyat pembangkang yang terus mengherdik dan mencelah perbahasannya tanpa menghiraukan arahan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.


Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor), Khalid Abd Samad (Pas-Shah Alam), Mohd Nasir Zakaria (Pas-Padang Terap), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Zulkifli bin Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baru) beberapa kali bangun untuk mencelah tetapi tidak diberikan laluan.


Zulkifli yang ternyata kecewa selepas beberapa kali bangun berkata: "Kalau macam ini bukan berbahas. Lagi baik pasang kaset saja. Tahu tanya soalan...tak berani dengar jawapan."


Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pula menyifatkan perbahasan Khairy hanya layak didengar pelajar Tadika Kemas kerana tidak langsung memberi ruang untuk mendapatkan penjelasan.


Dalam kekalutan itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) merujuk Peraturan Mesyuarat 36(4) bagi menegur perbuatan menggunakan singkatan atau ungkapan berunsur menghina.



Wakil BN, termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Datuk Yusoff Mahal
(Labuan), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Datuk Ismail Kasim (Arau) tidak ketinggalan menyokong Khairy, sekali gus meriuhkan dewan.


Sejurus selepas itu, Khairy menyindir Pakatan Rakyat atau PR sebagai pakatan public relations yang tiada persefahaman di kalangan Pas, DAP dan PKR tetapi berangan mahu menguasai kerajaan dengan mengumpan anggota BN untuk melompat parti.



Katanya, negara berlandaskan Pakatan Rakyat akan berpecah mengikut cita rasa
individu seperti zaman penjajah yang mentadbir secara pecah dan perintah.



"Negara Islam di Kedah dan Kelantan... Malaysian Malaysia di Pulau Pinang...
kerajaan boneka Perak serta projek babi di Selangor. Mereka ini tidur satu
katil, satu tilam, satu bantal tetapi mimpi lain-lain. Pakatan pembangkang
bagaikan gabungan yang cantik di mata rakyat, nampak menarik dan nampak kukuh
tetapi pada hakikatnya tiada persefahaman asas," katanya.


Berita Harian



Saya rasa terkesan membaca ulasan surat khabar berkenaan perbahasan Khairy yang saya nampak seolah-olah kurang matang.



Bukan berpihak pada mana-mana kumpulan tetapi sekadar renungan terhadap kebijaksanaan..



Kenapalah isu berkenaan 'babi' di Selangor dikaitkan dengan kerajaan negeri yang baru mentadbir? ( sedangkan isu tersebut ter'senyap' secara tiba-tiba mungkin ter'nampak' kaitan dengan kerajaan yang lama, entah)



Kenapalah isu barisan rakyat berkaitan negeri masing-masing ingin dicampur adukkan?



Takpelah itu hak KJ nak bersuara lantang, mungkin menagih sokongan sahabat se'BN' barangkali.



Cuma, saya pun berhak bersuara menasihati saudara KJ supaya mendengar penjelasan orang lain, jangan dihirau pandangan yang 'tua' dan yang BN, kita yang muda (saya lebih muda) mesti bersikap sederhana dan matang sejajar dengan kelulusan yang ada..



Jangan terlalu bersikap 'BN' sangat, kita harus menyokong yang betul dan menentang yang salah.. tak gitu?



Entahlah.. lain orang lain caranya.. mungkin anda betul dan tak mungkin saya salah..



Saudara.. memang mimpi lain-lain walaupun tidur sebantal... tak percaya? Tanya Nori..



Saudara mahu memimpin masa depan?



Boleh.. Matanglah.. ( saya pun kena matang.. {saya tersenyum})




Oh! lupa nak ulang.. Hari 'selasa' ke Hari 'selesa' saudara?

Rajin...komenlah..

Jumaat, 9 Mei 2008

MuRtad BUKAN Perkara BIASA!

    Buat semua pelayar laman ini yang mungkin naik
‘bosan’dengan tiadanya perubahan terhadap laman ini,
semoga anda dapat memahami situasi asakan minda yang
dialami oleh saya. Saya tidak seperti sahabat yang lain
masih tegar menulis ketika ‘peperangan minda’ itu
berlaku tetapi suka untuk saya nyatakan rindu terhadap
kegemaran menulis ini seolah-olah menyerang bertubi-
tubi juga.

Selepas bergelumang dengan PCR( polymerase Chain
reaction)kemudian berjaya hampir mengkhatamkan buku
‘metabolisma Tubuh Manusia’dan seusai penghafalan
teknik penternakan ikan Intensif dan Ekstensif,
kehidupan ini berjaya menggigit masa saya sehingga
gagal menjengah dunia siber dan kini saya kembali.
kembali dari suasana senyap 'bangunan terbakar'
puaka ke suasana hingar alam maya blogger.

Semalam lagi saya telah dihubungi oleh sahabat
karib saya meminta pandangan mengenai kes Kelulusan
Mahkamah terhadap permohonan Siti Fatimah Abdullah
untuk mengisytiharkan bahawa beliau bukan Islam telah
berjaya membuatkan hati saya sedikit bengkak.

Bukan bengkak kerana permohonan itu telah berjaya,
tetapi lemahnya kita untuk mengawal gajala yang
dahsyat ini dari berlaku. Sistem perundangan negara
kita nampaknya gagal meletakkan murtad sebagai satu
isu yang mesti diperjuangkan umat Islam. Nampaknya
sikap sambil lewa kita yang menganggap tidak ada
salahnyaseorang 'muallaf, menukar agamanya kepada
yang asal sesuka hati kerana tidak pernah mengamalkan
agama Islam merupakan sendaan terhadap Islam itu sendiri.
Murtad tetap murtad yakni biarpun yang murtad itu
orang melayu Islam yang asalnya memang beragama Islam
mahupun muallaf ianya tetap satu
gejala yang wajar ditangani dengan betul.

Bukan sahaja sikap sambil lewa perundangan
kita ini yang menyusahkan kita malah sikap Jabatan
Agama Negeri yang sambil lewa menguruskan hubungan
dengan golongan ynag baru mengucapkan shahadah
benar-benar menjadi tuba. Bagaimana kita harus mejaga
setiap orang yang ingin memeluk Islam sebaik-baiknya
begitu juga layanan yang baik juga harus diberikan
terhadap mereka.Pernah diceritakan oleh sahabat saya
akan peristiwa bagaimana seorang non-muslim ingin
memeluk agama Islam disebuah pejabat agama telah
diperli memeluk Islam kerana inginkan peruntukkan
kewangan yang diberikan selain itu ada juga yang
diperli dengan soalan " awak nak kahwin dengan siapa
ni? ". Ini merupakan antara sebab yang menjarakkan
hubungan kita dengan mereka.

Kembali kepada topik asal, tegas dari saya
bahawa MURTAD adalah isu sejagat yang Serius. Murtad
tetap murtad dan satu PERHATIAN yang KHUSUS harus
diberikan terhadap isu ini.