Isnin, 31 Mac 2008

Pemimpin Berkepimpinan Terpimpin

Sebenarnya ini artikel yang dah lama dikarang sekarang baru nak
masukkan..


Saya sengaja menulis tajuk artikel ini secara ritma selari dengan irama politik Malaysia. Jika ramai yang menggelar fenomena kejatuhan 5 kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) kepada barisan alternatif (BA) ini sebagai Tsunami politik Malaysia, saya lebih senang menggelarnya Kesan Rumah Hijau terhadap politik Malaysia. Sebab apa? Rumah Hijau dibina dengan kaca di mana kesemua haba yang masuk ke dalam tidak akan dapat keluar dan terperangkap di dalam lalu menjadikan suhu di dalam Rumah Hijau panas dan sesuai dengan tumbuhan yang ditanam. Tetapi, jika kesan ini terjadi kepada bumi kesan buruk seperti perubahan cuaca dan sebagainya akan berlaku (malah telah terjadi dan dirasai oleh kita). Kini bahana kesan rumah hijau terhadap situasi politik Malaysia menyebabkan undi rakyat berubah arah.

Kepungan pemikiran rakyat yang hanya diberi pendedahan oleh media terhadap sebelah pihak sahaja telah menyebabkan pantulan pemikiran itu terkumpul dan di saat pilihan raya berlangsung barulah rakyat menunjukkan perubahan. Saya berpendapat sudah tiba masanya kelompok pemikiran ini dipecahkan dan sewajarnya media Malaysia lebih telus dan adil didalam memberikan kenyataan terhadap mana-mana pihak.

Tidak mahu bersoal jawab lama mengenai sejarah menarik ini yang telah muak dibicarakan oleh ramai pihak, saya lebih suka membicarakan mengenai soal kepimpinan yang wajar diambil berat oleh setiap pihak.

Ahli falsafah Cina, Confucius, 2000 tahun dahulu pernah berkata :

” Jika anda mengawal rakyat dengan tindakan kerajaan dan memastikan mereka
mematuhi undang-undang serta peraturan, mereka akan menjauhkan diri daripada
melakukan kesalahan, tetapi mereka tidak mempunyai kesedaran tentang kehormatan atau kesalahan. Tetapi jika kamu memimpin mereka menerusi teladan dan memerintah mereka secara beradab, mereka akan mempunyai perasan malu dan akan mencapai kebajikan”

Kata-kata di atas saya letakkan sebagai penanda aras penulisan rencana ini. Mengimbau kembali sirah Rasulullah S.A.W. semasa menjadi pemerintah di Madinah, peribadi baginda yang berakhlak tinggi amat dihormati oleh ramai pihak malah diberi pujian sehingga baginda dinukilkan oleh Michael H. Hart manusia pertama di antara 100 manusia yang paling berpengaruh di dunia. Kejayaan baginda memerintah secara tauladan wajar menjadi ikutan pemimpin masa kini malah harus dijadikan panduan di dalam apa jua tindakan ingin dilaksanakan.

Namun begitu lebih suka untuk saya nyatakan ciri-ciri yang sewajarnya wujud dikalangan pemimpin. Sebagai permulaan pemimpin seharusnya mempunyai sikap adil terhadap organisasi yang dipimpinnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

”Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah akan menduduki
beberapa mimbar yang diperbuat daripada cahaya. Mereka ialah orang-orang yang
berlaku adil di dalam pemerintahan, ke atas keluarga dan apa-apa yang ditadbir
oleh mereka”. ( Hadith riwayat Muslim)


Seseorang pemimpin yang berlaku adil akan mendapat penghormatan tidak kira apa jua bangsa dan agamanya kerana inilah tuntutan utama yang perlu wujud di dalam sesebuah kepimpinan.Malah sikap inilah yang perlu wujud bagi seorang pemimpin di Malaysia.

Di dalam memastikan kepimpinan terpimpin, pemimpin kini wajarlah terdiri dari golongan yang berpengetahuan luas. Kini, di dalam realiti massa yang sentiasa bergerak pantas, seorang pemimpin wajar menguasai alam siber agar dapat sentiasa mengemaskini isu yang perlu diketahui. Ahli parlimen terutamanya perlu mendalami setiap aspek pemikiran dari segi ekonomi, sosial dan pembangunan agar dapat berbicara dengan lebih lantang di dalam membahaskan usul agar parlimen Malaysia dapat melangkah ke arah wajah baru Malaysia. Tanpa meminggirkan aspek peribadi, pemimpin seharusnya mempunyai skill komunikasi yang baik agar dapat mencerminkan peribadi yang unggul.

Riwayat dari Abu Hasan Al-mawardi ada menyatakan,

“Sesiapa yang inginkan kebahagian di dunia, maka hendaklah ia berilmu. Dan
sesiapa yang inginkan kebahagiaan di akhirat, hendaklah ia berilmu. Dan sesiapa
yang inginkan kedua-duanya sekali, hendaklah ia berilmu…”

Namun begitu, tidak semua pemimpin memerlukan pakej yang lengkap untuk melaksanakan tugas. Sebagai renungan, Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad bukanlah seorang yang begitu terkenal sebelum menjadi presiden Iran tetapi atas sikap beliau yang tegas terhadap pendirian beliu itu telah menawan hati ramai pihak termasuk rakyat di nagara lain.( boleh rujuk buku Ahmadenejad: Singa Baru Dunia Islam)

Sebagai konklusi saya akhiri penulisan artikel ini dengan sepotong ayat al-Quran yang menjadi siulan pengamal bacaan Al-mathurat iaitu


“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai
kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa
Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan dari
sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

surah al-Imran:26


Nur Fariza Zahrin

Selasa, 25 Mac 2008

Melawat orang sakit...


Bersama Wakil Mahasiswi PMIUM


Sebenarnya dah lama kami menjenguk Dr. Sharifudin di Hospital.. cuma sekarang baru dapat gambar.

Dr. Sharifudin merupakan pengetua kolej kediaman ketiga ( jiran kolej lama saya..kolej 7) telah mendapat serangan strok yang ringan dan sekarang sedang menjalani terapi..

Kita doakan agar beliau cepat sembuh.. Mari kita jernihkan hubungan sesama Islam...



Wakil mahasiswa PMIUM....


Korean Friends



Taeyeon, Chaeyeon and me and some friends ( k.wani, tutor, class monitor and Jabir at the back)
in lab after killing a mouse..
( Junghwa are taking the pictures )


Animal Biotechnology class is the most favorite class that I'm taking this semester, it is happy moment in the lab..


Hope can write more about the subject...




My last minute almost complete lab report...
( thanks to K. Sumayyah )


Selasa, 18 Mac 2008

Kabinet Baru Malaysia

Situasi kepimpinan Malaysia dah berubah...



Menteri 'Berpengalaman' telah diberikan pelepasan agar dapat bersama keluarga di usia 'emas'.





Satu perkara yang amat menarik bagi saya adalah percaturan muka-muka baru dalam kabinet dan rombakan portfolio bagi menteri yang sebelum ini juga pernah memegang jawatan menteri untuk penggal sebelumnya.



Beberapa nama yang menjadi perhatian saya adalah Seri Hishammuddin Hussein masih memegang jawatan menteri pelajaran dan perubahan Datuk Mustapha Ali ke jawatan Menteri Pertanian dan diganti oleh Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.



Tanpa terlalu mempersoalkan pemilihan menteri kabinet, perkara yang ingin saya tekankan adalah sikap ADIL yang perlu wujud di kalangan pemimpin.



Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala (Al Umm juz VII ms 04) bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:


"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka
berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang
berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan" (Surah Shaad ayat 26)


Firman Allah kepada nabi s a.w. mengenai ahli al-kitab


"Jika mereka orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan) maka
putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah daripada mereka"
sampai kepada "Dan jika kamu memutuskan perkara mereka maka putuskanlah (perkara
itu) di antara mereka dengan adil, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
adil." (Surah Al-Maidah ayat 49)

Firman Allah lagi

"dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan
Allah dan janganlah kamu menurut hawa nafsu mereka. Dan berhatihatilah kamu
terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan . kamu dari sebahagian apa yang
diturunkan Allah kepadamu"



Firman Allah Taala selanjutnya:
"Dan (menguruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil",



Berkata Imam Al-Shafiee Rahmatallah:


Sesungguhnya Allah telah memberitahu nabiNya s.a.w. untuk mewajibkan kepadanya, kepada orang-orang sebelumnya dan seluruh manusia bilamana memutuskan hukuman hendaklah dengan adil.



Apa yang ingin saya tekankan adalah silalah berlaku adil kepada setiap negeri.



Sama ratakan pembahagian Projek Mega, sama ratakan jumlah kekayaan yang diberikan kepada kerajaan negeri.



Jangan berlaku ZALIM kerana RAKYAT boleh BERFIKIR...



Akhiri dengan kata-kata di bawah...



Start with what they know. Build with what they have. The best of leaders
when the job is done, when the task is accomplished, the people will say we have
done it ourselves.


Lao Tzu

Optimis..


Hari ni saya bertemu dengan seorang senior yang saya kagumi kecekalan hatinya.


Kenapa cekal?


Di dalam berseorangan membawa satu matlamat dia masih mahu berusaha ke arah kejayaan mencapai matlamat tersebut walaupun difitnah dan terdapat pelbagai salah faham...


Ceritanya menarik, hidup dan segar..


Sikap telus pada setiap manusia dan prinsip asas Islam menjadi pegangan beliau.


Pesanan beliau amat menyentuh hati saya..




Dalam diri kebanyakan pemimpin tersimpan sikap ego. Bila terasa diri hebat,
hilanglah rasa hormat terhadap manusia lain. Bila terasa diri hebat, idea
yang datang mungkin hasil bisikan syaitan...




Kata-kata ini pada pandangan saya adalah satu kebenaran yang jelas tertonjol dikebanyakan pucuk pimpinan sama ada di peringkat nasional mahupun persatuan kecil.


Kata-kata ini juga mengingatkan saya kepada peristiwa iblis yang enggan tuduk kepada Adam dan dilaknat oleh Allah..


Sia-sia ketaatan iblis bertahun-tahun sebelumnya malah dimurkai oleh Allah S.W.T.


Firman Allah:-






Terjemahannya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,
sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali iblis, ia enggan dan
takabur dan ia termasuk golongan orang-orang kafir".


(Surah Al-Baqarah : 34 )



Tidak kira seseorang itu pernah memimpin ataupun sedang memimpin sikap ego dan sombong diri seolah-olah menjadi pakaian mereka. Sedar ataupun tidak keadaan ini sewajarnya ditangani dan diinsafi segera, hati sewajarnya rasa takut dan benci dengan keadaan ini.


Hendakkah kita berdiri sebaris dengan iblis menuju ke neraka.


Hati saya terasa gerun bila memikirkannya, terasa kaki ini dekat

benar dengan api neraka.


Ya Allah! Insaflah wahai Diriku..


Insaflah wahai pemimpin..


Insaflah wahai manusia..


Dalam diam kita harus optimis, doa keampunan harus dipinta segera dari Allah S.W.T.


Ya Allah, Sekiranya apa yang aku lakukan baik pada pandanganMu biarkanlah
ianya terlaksana, dan sekiranya apa yang aku rancangkan tidak baik pada
pandanganMu, Aku redha dengan ketentuanMu.


Terima kasih buat senior. (^_^)


Ahad, 16 Mac 2008

Poster Presentation

It is nice to write again!


Last Saturday (15th March 17, 2008) our group from ISB had been presented our poster at a very beautiful place at Rimba Ilmu.


It is an activity to evaluate our ‘Kemahiran Insaniah’ marks so that we can pass one of the graduation rules (never done before).


Our poster actually shows how bad pollution is and we also shown some of the technology that has been known can help to reduce or control and prevent the pollution.


Pollution is not only important for the environmentalist; it is also an issue that must be tackling by the Muslim’s world. Islam is the way of life, and the prophet had shown us how we have to take care of cleanliness of the body as we want to pray and the wudu’ is one of its expressions.


On the ISB open day, we also had been introduced by the lecturer about the goodness of using the paper begs. All of our foods are packed in brown paper bag that it is a new experience to all of the students.


In order to evaluate our presentation, there are two lecturers had been sent to our group. They are Dr. Amru (my favorite lecturer) and Dr. Habibah. Both of them give different comments but the more encouraging one was come from Dr. Amru lips.


It was a great day, thanks to Allah of His Mighty help to all of us. Even though it is a great experience, some of the activities actually not shown part of our lecturer’s intelligent. I was thought that this is an intellectual program that we can build a future minded person but it is being polluted by the singing session outside the building.


Some of the students (herbs part) also did not give a good cooperation to the peoples who come to hear their explanations but I think it is because they did not have any experience to conduct any activity before.


A credit should be given to the lecturers that clean all the places. They had done their role successfully and collect all the plastic bottles that being thrown.


Wong, Firdaus and Khairul are making the pollution part.

My group members and me are doing the technology part.
(arif the cameraman not in pictures)



Kenapa i-Gadis ?

Beberapa hari yang lepas, sahabat-sahabat yang mengenali saya pelik dengan tajuk blog saya. Mungkin perkataan gadis bagi mereka tidak signifikan dengan saya.

Buat pengetahuan sahabat-sahabat yang berminat nak tahu, perkataan gadis merupakan jolokan kepada perempuan muda yang memperlihatkan kerememajaan. Jadi tidak ada salahnya saya menggunakan perkataan yang menarik ini sebagai nama blog saya..

Apabila timbul persoalan mengenai ini saya teringat akan satu peristiwa berkisar dengan perjuangan mahasiswa.

Kita (mahasiswa) sering melaung-laungkan slogan kebebasan bersuara, ketelusan maklumat dan sebagainya. Namun begitu sejauh mana aplikasi yang ditonjolkan di dalam diri kita sendiri.

Sekiranya seseorang yang berada di dalam sesebuah kepimpinan itu bersuara menyatakan pendapat mereka, dan mereka seolah-olah mengecam sesetengah pihak kita seolah-olah masih terpukul dengan kenyataan tersebut.

Keadaan ini seolah-olah menunjukkan sikap yang sebaliknya buat seorang yang memperjuangkan kebebasan bersuara.

Apalah gunanya sesebuah perjuangan jika ianya sekadar retorik semata-mata.

Salah seorang sahabat saya yang belajar di fakulti pendidikan pernah menimbulkan persoalan kepada saya bagaimana dia merasa pelik akan sikap segelintir sahabat yang hanya tahu menyatakan kesalahan orang lain tetapi mereka sendiri melakukan kesalahan tersebut.

Malah mungkin lebih teruk lagi apabila dia menegur mengikut nafsu amarahnya.

Adakah kenyataan saya ini boleh menjadi isu? Entahlah... Yang pasti saya masih mentah dalam asam garam kehidupan sebegini dan di masa hadapan mungkin saya juga seperti mereka (harapnya tidak).

Rabu, 12 Mac 2008

Malaysia... Malaysia....






Hmm... rasa tak sesuai pulak kalau saya tak bersama-sama membicarakan arus politik Malaysia sekarang.

Negeri Perak, negeri kelahiran saya yang tidak pernah diterajui oleh Barisan alternatif telah terlepas dari genggaman Barisan Nasional.

Terkejut tak? Bagi saya, memang mengejutkan..lebih memberi kejutan adalah apabila Selangor, Kedah dan pulau Pinang pun membuntuti negeri tertumpahnya darah JWW Birch ini.

Kejatuhan BN seolah-olah mengenang kembali peristiwa Kepahlawanan Maharajalela membunuh JWW Birch pulak. (apa kaitan sejarah ni pulak? pikir sendiri ek)

Tapi, satu perasaan pelik pulak terjadi apabila mengenangkan sekeliling universiti saya pulak dipimpin oleh BA ( YB Izzah- menang di Pantai Dalam).

Buat yang menang, pesan orang biasa macam saya ni, buatlah yang terbaik buat masa depan negara. Bagi yang kalah, teruskan usaha berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Generasi baru yang tak boleh mengundi pulak.. KITA lah pencorak kepimpinan negara akan datang. Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

Persiapkan diri dengan pengalaman dan ilmu.

Bagi yang berminat nak jadi menteri dan YB, dari sekarang saya harap moral anda dah terjaga... Jangan bila dah umur 30 ke 40 baru berubah jadi baik sebab nak bertanding.. Ianya tidak banyak membantu.

Buat orang Kelantan, itu pilihan anda jadi sokonglah kerajaan pilihan anda sebaiknya...

Harapan saya buat yang memimpin, pilihlah menteri dikalangan yang terbaik dari segala segi sesuai dengan jawatan yang disandang. Barisan menteri inilah yang akan menentukan arah undian rakyat akan datang. ( 4 tahun lagi, saya pun dah boleh mengundi)

Arus perubahan politik Malaysia dah berlaku, nampaknya satu nafas baru juga perlu dilakukan di peringkat mahasiswa. Apa yang akan dibawa? belum pasti

Rabu, 5 Mac 2008

Drama untuk Semua...

Pelik kan?

Tajuk kat atas ni saya terfikir selepas menghadiri bengkel penulisan drama yang menemukan saya dengan seorang penulis yang saya kagumi iaitu Cikgu Abu.

Sape tak kenal Abu Hasan morad?

Ish... rugi tak kenal cikgu.

Penulis novel Julia (komsas tingkatan lima kat perak) dan penulis skrip Cinta Madinah yang disiarkan kat TV1 di sepanjang bulan Ramadhan.

Pengalaman bertemu beliau membuatkan saya terfikir akan masa depan hiburan Islam yang sebenarnya. Kenapa?

Semasa bengkel... Cikgu Abu bercerita

" Untuk pengetahuan kamu semua selepas sahaja balik dari penggambaran Julia di Perth Australia, saya menangis kerana dapat juga selesaikan penggambaran. Begitu banyak cabaran dan dugaan yang perlu saya tempuhi di sana. Sebab apa? Sebab wujudnya di kalangan krew yang tidak solat malah terdapat perselisihan faham di kalangan pelakon.. Tapi berbeza pula pengalaman saya menerbitkan Cinta Madinah. Penggambaran Cinta Madinah berjalan sangat lancar, mungkin sebab kita buat di Madinah jadi semua berebut-rebut nak solat di masjid tak payah diajak malah lebih kuat ibadah dari kita. Tetapi apa yang penting saya nak beritahu kamu pentingnya semua yang terlibat dengan drama Islamik ini agar menjaga Ibadah dan bukan sekadar berkarya" (lebih kuranglah, yang penting mesejnya)

Cikgu sambung lagi..

Sebab tu saya nak kamu pulak yang tulis lepas ni, malam ni bukan saya nak mengajar tapi saya nak tengok kamu mula menulis. ( suasana bilik seminar mula bising, yela orang datang baru nak belajar tapi tiba-tiba kena tulis pulak!)

Akhirnya, malam tu masing-masing mula menulis sinopsis drama sendiri, dan menurut cikgu beliau akan memilih 3 yang terbaik untuk dijadikan pilihan oleh TV3.. ( saya pun tulis jugak tapi tak pasti terpilih ataupun tak)

Tapi yang penting mesejnya adalah betapa pentingnya golongan yang faham Islam dan mendalami ilmu agama untuk menceburi bidang ini. Kita dah banyak ketingggalan dari Indonesia yang sentiasa segar dengan beberapa filem Islamik seperti Kiamat Sudah Dekat dan drama seperti Mutiara Hati.

Janganlah kita asyik sarat dengan cerita-cerita pelik yang banyak menonjolkan unsur negatif seperti gambaran pergi ke kelab malam, aksi-aksi lucah dan sebagainya.

" Dari Abu Hurairah R.A katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W; "Daripada keelokan Islam seorang ialah meninggalkan barang(perkara) yang tidak berguna kepadanya." Hadith ini hasan diriwayatkan oleh Tarmizi dan orang lainnya beginilah.

Sumber : Hadith 40, Mustapha 'Abdul Rahman ( hadith ke-12)


Pesan cikgu Abu, jika menulis drama Islam jangan saratkan dengan perkara negatif disepanjang jalan cerita kemudian akhirnya tunjuk orang tu bertaubat atas tikar sejadah di hujung cerita. Sepatutnya cerita Islam perlu sarat dengan ciri kehidupan seorang Muslim dan lebih kepada teknik imbas kembali bagi perkara negatif jadi kita dapat kurangkan gambaran yang tak elok...

Bagi yang hadir ke bengkel tu, kita nampaknya dah terbeban dengan satu lagi tanggungjawab.. Buatlah drama untuk semua yang sarat dengan ilmu Islam..