Ahad, 10 Februari 2008

Kembali ke Sekolah...

Minggu lepas ( 3 Jan) saya dan dua orang rakan sempat berjalan-jalan menimba pengalaman di kota Kelang. Pengalaman selepas 2 jam sesat membawa kami melalui sekolah lama sahabat baik saya, KISAS. Disebabkan kawan saya terlalu 'exited' menemui kembali sekolah lama beliau, kami dipaksa rela untuk berhenti seketika demi memberi laluan kepada beliau mengimbau kembali kenangan manis di sekolah yang terkenal ini. Tetapi agak malang kami datang pada waktu malam dan sahabat saya juga tidak membawa kamera digital beliau bersama-sama maka kami membatalkan hasrat untuk berhenti. kemudian kami meneruskan perjalanan untuk menemui bapa saudara sahabat saya ( abah ) dan kami berjanji untuk kembali ke sekolah berkenaan di kemudian hari.

Keesokan harinya hasrat sahabat baik saya dapat ditunaikan dan kami melakukan lawatan secara 'haram' di sana. Sahabat saya berjaya mengambil beberapa keping gambar dan menemui guru-guru yang pernah mengajar beliau. Pertemuan semula dengan guru membuat kami terfikir akan di mana silapnya didikan di sekolah.

Cikgu : Eh kenapa kamu sorang je yang datang mana kawan-kawan kamu yang satu kelas dengan kamu?

Sahabat penulis : 'Senyum'

Cikgu : Kamu xde ' Boyfriend' ke?

Sahabat penulis : Eh, Mana ada cikgu. Saya tak main la benda-benda macam ni.

Cikgu : Ye ke? Kawan-kawan awak ada, takkan awak takde kot?

Sahabat Penulis : BETUL cikgu!

Cikgu : Bagusla macam tu, saya tengok remaja zaman sekarang ni walaupun dah mempunyai didikan agama yang sempurna perangai bila keluar sekolah macam tak pernah belajar. Ada yang dari menutup aurat jadi bukak. Bebas bergaul antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.. ( mungkin x sama sebijik cam cikgu tu cakap tapi mesej nya macam tu la lebih kurang...)

Sahabat Penulis : Entahla cikgu...

Sebenarnya fenomena begini memang banyak berlaku di pelbagai sekolah agama, tetapi sejauh mana kita memandang gejala ini adalah satu perkara yang serius. Adakah corak pembelajaran yang terlalu berperaturan di sekolah membuat jiwa remaja lepasan sekolah agama memberontak dan mengikut hati dan perasaan mereka? Persoalan beginilah yang menimpa pemikiran kami bertiga tengahari tersebut..

Perjalanan ke Klang memang banyak memberi pengalaman, kami sesat dan temui jalan, berhenti makan gula-gula kapas dan kemanisan ukhwah semasa bermusafir bersama-sama. ( pergi Klang je dikira musafir ke? )

P/S- Gambar akan diletakkan selepas ini...

Selasa, 5 Februari 2008

Pengharaman pemakaian tudung di Turki ditarik balik

Utusan

29/01/2008 5:22pm

ISTANBUL 29 Jan. – Pengharaman pemakaian tudung ditarik balik sepenuhnya apabila parti yang memerintah Turki berjaya mendapatkan persetujuan bersama dengan parti pembangkang mengenai isu itu hari ini.

Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan dan Parti Tindakan Kebangsaan (NAP) bersetuju untuk melakukan perubahan pada Perlembagaan Negara dan Undang-Undang Pendidikan Tinggi bagi membolehkan pelajar wanita di universiti memakai tudung. - AP

  • Artikel ni dah lama, tapi kesan artikel ni amat mendalam buat saya. Dah lama Turki tidak membenarkan pemakaian tudung di Universiti yang menyekat pendidikan buat segolongan wanita yang cintakan agamanya. Pelik tapi benar, sekarang golongan sekular pulak menentang keras penarikan pengharaman pemakaian tudung ni sedangkan ianya telah melanggar hak asasi manusia. Alhamdulillah.. Malaysia 'cuma' tak benarkan pemakaian 'serban' di sekolah. Tapi, tiba-tiba penulis merasakan konsep yang sama pulak, hak asasi manusia...

Boleh pakai tudung di universiti - Parlimen


ANKARA 9 Feb. - Parlimen Turki hari ini telah mengundi menarik balik pengharaman pemakaian tudung di universiti dalam keputusan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, ketika terdapat bantahan besar-besaran daripada golongan berfahaman sekular.
Pindaan perlembagaan itu telah diluluskan dengan undian 411 menyokong berbanding 103 menentang oleh Parlimen yang dikuasai secara majoriti oleh Parti AK.
''Cadangan pindaan telah diluluskan. Saya berharap ia dilakukan demi kepentingan Turki dan dilaksanakan atas semangat toleransi dan tanda perdamaian,'' kata speaker Parlimen, Koksal Toptan kepada ahli-ahli Parlimen selepas pengundian dijalankan.
Sementara itu, berpuluh ribu rakyat Turki mengibarkan bendera mereka dan melaungkan slogan sekular sebagai protes terhadap perubahan berkenaan hanya beberapa kilometer dari Parlimen di tengah Ankara.
Perdana Menteri Tayyip Erdogan dari Parti AK, berkata, pengharaman pemakaian tudung merupakan satu penafian yang tidak adil terhadap hak asasi individu dan kebebasan beragama di Turki yang mana dua pertiga wanitanya menutup kepala mereka.
- Agensi

Isnin, 4 Februari 2008

Dilema wanita

Kenyataan Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim di Jakarta berhubung trend lelaki Malaysia yang semakin ramai memilih wanita Indonesia sebagai isteri telah mencetuskan satu tamparan di kalangan rakyat Malaysia khususnya kaum wanita. Apatah lagi apabila isu ini dilihat melibatkan permasalahan jodoh yang sering menjadi punca utama keraguan semua pihak sama ada lelaki mahupun wanita.

Apa yang menarik perhatian saya adalah berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Pensyarah Politik dan Polisi Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain yang menyebut antara sebab lelaki tempatan tidak memilih wanita Malaysia kerana status mereka (wanita Malaysia) yang semakin kukuh dan berpelajaran tinggi. Faktor ini dikatakan telah mewujudkan jurang antara wanita Malaysia dengan lelaki tempatan menyebabkan lelaki tempatan lebih cenderung memilih wanita Indonesia.

Saya berpandangan bahawa wanita Malaysia pada hari ini lebih cenderung untuk memajukan diri mereka dalam setiap aspek kehidupan kerana mereka tidak mahu lagi dikenali sebagai golongan yang kurang berpelajaran, golongan yang lemah dan sebagainya. Yang mana persoalan dan permasalahan begini timbul bila mana kaum adam dilihat lebih mendominasi dan adakalanya meletakkan kepercayaan yang minimum terhadap mereka (wanita) dalam segenap aspek. Bukan sekadar bercakap kosong tetapi saya yakin perkara ini telah dimaklumi sejak dahulu lagi. Dan diatas kesedaran untuk memajukan diri itu, wanita Malaysia sekali lagi ditimpa kegusaran apabila lelaki tempatan kini dikatakan segan untuk menghampiri wanita dari negara sendiri.

Permasalahan sebenar yang ingin saya kongsi bersama adalah berkenaan kebersamaan antara kaum lelaki dan kaum wanita dalam usaha memajukan diri, keluarga dan seterusnya negara. ALLAH S.W.T. ada berfirman di dalam surah At-Taubah ayat 71 yang maksudnya, "Dan orang-orang yang beriman sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain mereka menyuruh membuat yang makruf dan mencegah dari yang mungkar melaksanakan solat menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasulnya mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana" Di dalam surah ini jelas menyatakan walau sebagaimana hebatpun seorang wanita ataupun lelaki hakikatnya mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Sehubungan itu saya menyokong cadangan Ahmad Atory terhadap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar memberi tumpuan kepada isu jodoh di kalangan rakyat negara ini bagi mengelakkan timbul gejala penduduk lewat berkahwin. Namun begitu saya kurang bersetuju tindakan mengenakan kawalan terhadap lelaki Malaysia dalam memilih jodoh kerana ianya bukan sahaja melibatkan isu perbezaan taraf kewarganegaraan tetapi melibatkan perasaan dua insan yang berbeza.Saya memandang sekiranya kawalan jodoh dilaksanakan akan wujud permasalahan yang lebih besar berlaku seperti kahwin lari, bersekedudukan dan pelbagai masalah sosial yang lain. Saya mencadangkan agar pihak Kementerian melaksanakan alternatif lain seperti mengadakan kempen kesedaran dan mewujudkan program jangka panjang di dalam usaha meningkatkan status lelaki tempatan agar dapat mengimbangi status wanita Malaysia.