Sabtu, 6 September 2008

Warkah di bulan Barakah, RAMADHAN.

Bismillahirrahmanirrahim

Bersyukur ke hadrat Allah swt Tuhan sekalian alam
selawat dan salam saya
rafa’kan keatas Junjungan mulia Muhammad saw, kaum kerabat Baginda, para sahabat dan tabi’ tabi’in yang meneruskan perjuangan baginda sehingga kini dan selamanya.


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan rahmat dan takdirNya kita masih berpeluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan . Serasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa buat semua warga kampus Universiti Malaya. Apa yang pasti, kita mengharapkan suatu kelainan yang baik ke atas diri kita dan orang sekeliling kita pada Ramadhan tahun ini. Ramadhan merupakan medan terbiah bagi umat Islam. Apabila tibanya Ramadhan maka, itulah permulaan bagi bulan yang wajib ke atas semua umat Islam untuk berpuasa. Pada bulan inilah kita dapat melihat bagaimana situasi umat Islam yang sibuk berlumba-lumba mengimarahkan masjid, berqiyamullail, dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kenapa? Kerana pada bulan ini, Allah menjanjikan balasan berlipat kali ganda kepada hambaNya yang berbuat kebajikan.Tetapi, tidak kurang golongan yang bermalas-malasan untuk beramal kepada Allah, jauh pula untuk berpuasa. Seandainya kita mengetahui hikmah dan barakah di bulan Ramadhan ini, pasti tiada masa untuk kita terleka. Masha Allah! Alangkah indahnya ketentuan Allah swt dengan satu sunat rawatib itu boleh menyerupai pahala solat fardhu, solat fardhu dan solat berjemaah pula apatah lagi.



Sabda Rasulullah dalam riwayat Ahmad ada menyebut ;

Dari Abu Hurairah ra, bahwa Rasulullah saw bersabda: "Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, iaitu: bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kesturi, para malaikat memohonkan ampunan bagi mereka sampai mereka berbuka, Allah Azza Wa Jalla setiap hari menghiasi Syurga-Nya lalu berfirman (kepada Syurga),'Hampir tiba saatnya para hamba-Ku yang soleh dibebaskan dari bebanan serta menuju kepadamu, pada bulan ini para jin yang jahat diikat sehingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan-bulan yang lain, dan diberikan kepada umatku ampunan pada akhir malam. "Beliau ditanya, 'Wahai Rasulullah apakah malam itu Lailatul Qadar? Jawab beliau, 'Tidak. Namun orang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya.”


Jelas disebut oleh Rasulullah saw berkaitan kemuliaan bagi umat Muhammad saw di bulan Ramadhan. Puasa bukan suatu alasan untuk kita berdalih dari ibadah dan gerak kerja Islam. Seharusnya, bulan Ramadhan ini menjadi motivasi bagi kita khususnya mahasiswa Universiti Malaya untuk lebih giat belajar dan beribadah, membuat kebajikan, maaf-memaafi antara satu sama lain dan berbaik sangka dengan orang sekelilingnya dan tidak ketinggalan untuk mengambil perhatian terhadap isu umat Islam sejagat. Ramadhan menjadi satu bulan yang menghubungkan kesepaduan umat Islam kerana dibulan ini, muslim bersama-sama berlumba untuk membuat kebaikan, membuat program berbuka puasa, bersedekah dan sebagainya (buang sebab seperti berulang). Para Sahabat ra dahulunya seringkali menantikan bulan Ramadhan serta mendoakan kemuliaan di bulan Ramadhan seawalnya lagi. Bagaimana pula kita sebagai individu muslim melaksanakan hak-hak yang dituntut oleh Allah swt? Firman Allah swt :

“ Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.” az-Zaariyat


Seorang muslim, tidak kiralah sama ada ia petani, pekerja bawah kerajaan atau swasta, pengurus, pensyarah mahupun mahasiswa dan semuanya yang beragama Islam tetapkan dipanggil muslim. Justeru, seorang muslim seharusnya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai muslim. Sebagai seorang mahasiswa, kita tidak seharusnya sekadar duduk belajar sahaja, tetapi semestinya kita sudah bijak untuk mengambil perhatian terhadap isu-isu dunia Islam yang timbul, bijak dalam menggerakkan dakwah, bersifat idealistik dan bersemangat untuk menyuarakan pendapat mereka. Semoga kitalah generasi yang penggerak perubahan Islam di Malaysia. Oleh itu Ramadhan kali ini PMIUM akan menganjurkan pelbagai program santapan rohani yang bakal meningkatkan keintelektualan mahasiswa. Dengan julukan nama AKRAM’08, kami mengharapkan partisipasi dari kalangan mahasiswa terutamanya di upacara kemuncak pada 16 sept 2008 kami telah menjemput Imam Masjid al-Aqsa, Syeikh ahmad Siyam untuk berucap.



Sekadar ini bingkisan dari saya, selamat berpuasa untuk semua warga kampus Universiti Malaya sendiri, sahabat-sahabat seperjuangan, wakil-wakil mahasiswa di seluruh peringkat platform dan sebagainya. Semoga Ramadhan hari ini memberi seribu satu barakah buat kita bersama.


Salam Ramadhan dari saya dan PMIUM.~ pmi

2 ulasan:

faisol berkata...

terima kasih sharing info/ilmunya...
saya membuat tulisan tentang "Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?"
silakan berkunjung ke:

http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

cahaya berkata...

cik nydp...nape x update blog...

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.