Khamis, 12 Jun 2008

Ingin Jadi Pujangga..

Setiap perkataan adalah milik manusia yang berkata dan milik penulis yang diilhamkan oleh Allah, jika niat betul dan bermanfaat jadi pahala dan jika salah berbahaya..


Tiada salah membuat blog dengan mencatat bicara sendiri, tiada salah membuat blog dengan dogma politik, itu hak anda.


Machiavelli telah menulis sesuka hati dan meluahkan perasaannya di dalam buku penuh fakta yang di dalam bahasa inggeris tajuknya adalah The Prince.


Yang dulu jadi panduan reformis zaman penjajahan malah kini tetap menjadi rujukan ahli politik semasa.


Jika Machiavelli tak sanggup menulis “Penguasa:surat seorang negarawan kepada pemimpin republic” suatu masa dahulu, mungkin namanya pun tenggelam di dalam sejarah Eropah yang bersimpang siur itu.


Mengapa perlu menghukum tulisan orang lain dengan keras?

JIka salah di mana-mana tegurlah.. dan hargai serta hormati pandangan masing-masing..


Mengapa perlu menyatakan blog dakwah hanya boleh tu

lis pasal Islam sahaja?


Tulis perkara bermakna, yang tersirat, cerita berpengajaran pun tiada salahnya..

Lain orang lain caranya.. Hadapi perbezaan dengan lapang dada memang sukar, malah perit..


Sebab apa?


Kerana kita memang dilahirkan berpuak-puak kan?


Kita dilahirkan berbeza warna kan?


Itulah indahnya ciptaan Allah yang mahu hambanya berkenal-kenalan..

Antara lain lihat sahaja pada catatan sasterawan Negara kita.


A. Samad Ismail dalam kompilasi cerpennya “Ingin Jadi Pujangga” mencatat banyak cerita yang berkaitan dengan dunia kewartawanan malah jika dibaca secara keseluruhan kita akan nampak perkembangan sejarah Negara seiring dengan cerpen beliau yang pada hemat saya memang lahir dari sudut hati beliau.


Sungguhpun tulisan beliau dilihat sebagai karya sastera sahaja, jika dibuat kajian bentuk tulisan tersebut adalah antara peniup gelombang semangat kemerdekaan di kalangan rakyat di zaman tersebut.

Yang menariknya adalah A. Samad Ismail juga pernah meringkuk di dalam penjara semasa zaman British dan menyeludup keluar tulisan cerpen beliau dengan nama pena berbeza.


Banyak peristiwa Negara dicatat di dalam cerpen tersebut antaranya zaman komunis, Darurat, kaum tua, kaum muda, pemergian Tunku ke Indonesia

, Zaman PAS masuk BN dan sebagainya.


Perkembangan pemikiran beliau juga seolah dicatat dengan sengaja, terdapat cerpen yang menyebut dengan jelas masa muda merupakan jiwa

yang ingin segalanya pantas dan penuh semangat, tetapi setelah meningkat usia, semangat itu berkurangan.


Bagi saya, tulisan beliau banyak membantu kita memahami situasi dan demografi zaman dahulu. Cubalah membaca tulisan beliau,pasti anda memahami maksud saya.


Sekali lagi, sekiranya A. Samad Ismail tidak menyeludup tuli

sannya, tidak berkarya, alangkah ruginya dunia penulisan Negara kita.


Menyentuh pula catatan Zainab Al-Ghazali , “Hari-hari Dalam Hidupku” juga contoh yang wajar dijadikan pengajaran. Tulisannya lebih berbentuk penceritaan pengalaman malah memang seratus peratus pengalaman beliau. Bacaan seperti ini juga menjadi peniup semangat juang kepada wanita yang terlibat dalam pergerakan Islam.



Seolah-olah mengulang ayat di atas dengan sengaja; alangkah ruginya jika catatan seperti ini tidak dapat dibaca oleh kita pada masa kini kan?


Namun begitu haruslah kita sentiasa berlapang dada terhadap setiap teguran manusia(bloggers) lain..(terutamanya saya yang menulis ni)


Di dalam Islam Allah dah menetapkan cara yang betul di dalam setiap urusan, selagi tidak menimbulkan masalah dan tidak melanggar syarak.. teruskan usaha anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.