Jumaat, 23 Oktober 2009

Asiah ‘Ali dan Wanita


This article had been written by me last year (2008), it is about a Malay book entitled Muslimat Pencorak Masyarakat. I never seen the book after that..

Selepas bertungkus lumus tidak tidur semalaman kerana menyiapkan assignment ‘Plant Breeding’, malah terpaksa melepaskan meeting GAMIS yang sewajarnya dihadiri saya terpandang sebuah buku kusam yang tersusun kemas di atas rak buku di rumah sewa.


Kulit buku yang tak menarik memang menyukarkan pembacaan saya.


Memandangkan tajuknya adalah ‘Muslimat Pencorak Masyarakat’, mungkin isinya menarik dan wajar dibaca.


Selepas memulakan pembacaan, saya teringat sebuah pepatah Inggeris “Don’t judge a book by its cover”.

Buku ini ternyata dikupas dengan baik oleh penulisnya, Asiah ‘Ali dengan membawakan tema wanita berdasarkan dalil al-Quran dan hadis.


Kali ini biar kita bicarakan bab pertama buku ini.



Kedudukan Wanita Dalam Islam:


Bab ini dimulai dengan keadaan semasa wanita yang merupakan sebahagian besar dari jumlah penduduk dunia serta menyoroti sejarah kedudukan wanita di zaman jahilliah.


Di zaman jahiliah taraf wanita adalah amat rendah sekali dan ada pula yang menganggap wanita sebagai hamba sahaya. Malah ibu bapa terlalu takut untuk memelihara anak perempuan kerana dikhuatiri akan membawa keaiban kepada keluarga.


Beliau juga secara kasar memaparkan situasi wanita di pelbagai tempat:

  • India- terdapat adat memaksa isteri membakar diri bersama mayat suaminya. Sedangkan Islam membenarkan perkahwinan semula selepas menjadi balu atau janda selepas waktu edah.

  • China- wanita dianggap hamba sahaya dan tidk berhak memiliki harta sedangkan di dalam Islam wanita diperuntukan sejumlah bahagian di dalam pemilikan harta pusaka.


Orang lelaki mendapat bahagian harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya dan orang perempuan mendapat bahagian dari harta peninggalan ibu bapa dan kerabatnya. Ia sedikit dari bahagian lelaki atau terbanyak mengikut pembahagianyang telah ditetapkan. An-nisa4: ayat 7


Kemudian beliau menyatakan bahawa setelah kedatangan Islam kedudukan wanita di dalam masyarakat lebih mulia dan diberikan hak-haknya. Namun begitu beliau mendapati wanita kini semakin mendapat hak-hak yang wajar dimiliki tetapi telah meminta perkara yang tidak sepatutnya.


Permintaan supaya dibenarkan berpakaian seperti lelaki, melaksanakan seks bebas dan sebagainya. Saya percaya sekiranya tulisan ini relevan dibaca pada tahun beliau menerbitkan buku ini pada tahun 1993, kini apatah lagi.


Beliau turut menyatakan pendirian islam di dalam beberapa sub-topik iaitu


wanita dan undang-undang

Wanita dan Ekonomi

Wanita dan nilai Kemasyarakatan

Wanita dan Alam Perkahwinan

Peranan Isteri dan Ibu

Bekerja dan Memimpin

Tangggungjawab Atas Kesalahan

Menuntut Ilmu

Adab dan kesopanan Wanita


Wanita Dan Undang-undang:


Undang-undang adalah terlaksana terhadap setiap insan tidak kira lelaki atau perempuan.


Jika kita meninjau perundangan di Negara Eropah, sebenarnya banyak undang-undang yang menindas wanita.


Sebelum abad ke-20- wanita tidak dibenarkan bersekolah

Sebelum 1890- wanita berkahwin tidak dibenarkan memiliki harta persendirian

Sebelum 1918- wanita tidak dibenarkan mengundi


Ini adalah bertntangan dengan Islam di mana setiap undang-undang mestilah adil dan sesuai dan melindungi kebajikan wanita.


Rasulullah juga pernah bersabda


“orang-oang dahulu binasa kerana apabila bangsawan mencuri dibiarkan dan apabila orang bawahan mencuri dijalankan hukuman. Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri (anak baginda sendiri) pasti kupotong tangannya”

Wanita dan Ekonomi


Di dalam ekonomi Islam mengambil beberapa cara:


  1. Menetapkan pembahagian harta pusaka yang menjamin pembahagian kekayaan antara manusia dengan adil.
  2. Menyekat harta kekayaan daripada terlonggok pada tangan seseorang sahaja.
  3. Islam juga menegah mewasiatkan harta kepada orang yang bukan waris lebih daripada satu pertiga dari harta yang diwasiatkannya.

Beliau juga menerangkan bahawa bahagian lelaki adalah lebih banyak daripada perempuan kerana tangggungjawab yang dimiliki oleh lelaki adalah lebih banyak berbanding dengan wanita. Lelaki yang diwajibkan memberikan nafkah.

Disinilah letaknya keadilan islam, ,meletakkan sesuatu perkara sesuai dengan tempatnya.


Wanita dan nilai kemasyarakatan.


Islam menghapuskan perbezaan antara manusia, iaitu seperti peraturan kasta, berpuak-puak, golongan bangsawan dan bawahan serta lain-lain perbezaan.

Sebagaiman firman Allah:


Maksudnya:

“ Wahai manusia. Sesungguhnya kami ciptakan kamu daripada jenis lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan berbagai puak supaya kamu dapat mengenali di antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.

Al-Hujirat 49:ayat 13


Sejak dari itu wanita Islam mula terbela..


Wanita dan Alam Perkahwinan:


Beliau menerangkan bagaimana talaq boleh dilakukan sebanyak 3kali untuk memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertentangan selepas berjauhan untuk beberapa ketika. Kuasa talaq sekalipun di tangan lelaki tetapi boleh dipindahkan ke tangan wanita.


Peranan Sebagai Isteri dan Ibu.


Asiah ‘Ali menyatkan dengan bersungguh bahawa inilah peranan paling penting dan tugas murni seorang wanita.

Beliau turut menjadikan hadis rasulullah sebagai panduan:


Sabda Rasulullah S.A.W

“syurga itu di bawah telapak kaki ibu”


Bekerja dan Memimpin:


Asiah juga menyatakan bahawa wanita juga dipertanggungjawabkan sebagai seorang pemimpin.


Hal ini tertera di dalam al-Quran.


Maksudnya:


“Dan orang-orang lelaki briman dan perempuan yang breiman, sebahagian mereka menjadi pemimpin kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan rasulnya”

Al-Taubah 9:ayat71


Tanggungjawab Atas kesalahan.


Undang-undang Islam berkaitan jenayah adalah saksama antara wanita dan lelaki.

Cth Al-MAidah : ayat 28 dan n-nur: ayat 2


Menuntut Ilmu:


Di dalam Islam perempuan dan lelaki memang diwajibkan menuntut ilmu. Ilmu ini merangkumi pelbagai aspek.


Adab dan Kesopanan Wanita:


Bagi menjaga kesucian diri, maruah serta menjamin kesejahteraan masyarakat dari sebarang fitnah dan noda, maka Islam mengenakan beberapa adab dan kesopanan.


KESIMPULAN:


Sacara keseluruhan Islam merupakan agama yang menyelamatkan golongan wanita, walaupun terdapat salah faham yang meliputi golongan bukan islam bahawa wanita Islam ditindas, sebenarnya banyak lagi yang mereka tidak ketahui akan hikmahnya seperti isu Poligami.


2 ulasan:

syudnuc berkata...

SIS dan jaringan Islam liberal. HEWI, mungkin boleh take part dlm isu ni.

Fariza berkata...

thanks for cadangan, hu hu dah lama tak contact

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.