Jumaat, 9 Mei 2008

MuRtad BUKAN Perkara BIASA!

    Buat semua pelayar laman ini yang mungkin naik
‘bosan’dengan tiadanya perubahan terhadap laman ini,
semoga anda dapat memahami situasi asakan minda yang
dialami oleh saya. Saya tidak seperti sahabat yang lain
masih tegar menulis ketika ‘peperangan minda’ itu
berlaku tetapi suka untuk saya nyatakan rindu terhadap
kegemaran menulis ini seolah-olah menyerang bertubi-
tubi juga.

Selepas bergelumang dengan PCR( polymerase Chain
reaction)kemudian berjaya hampir mengkhatamkan buku
‘metabolisma Tubuh Manusia’dan seusai penghafalan
teknik penternakan ikan Intensif dan Ekstensif,
kehidupan ini berjaya menggigit masa saya sehingga
gagal menjengah dunia siber dan kini saya kembali.
kembali dari suasana senyap 'bangunan terbakar'
puaka ke suasana hingar alam maya blogger.

Semalam lagi saya telah dihubungi oleh sahabat
karib saya meminta pandangan mengenai kes Kelulusan
Mahkamah terhadap permohonan Siti Fatimah Abdullah
untuk mengisytiharkan bahawa beliau bukan Islam telah
berjaya membuatkan hati saya sedikit bengkak.

Bukan bengkak kerana permohonan itu telah berjaya,
tetapi lemahnya kita untuk mengawal gajala yang
dahsyat ini dari berlaku. Sistem perundangan negara
kita nampaknya gagal meletakkan murtad sebagai satu
isu yang mesti diperjuangkan umat Islam. Nampaknya
sikap sambil lewa kita yang menganggap tidak ada
salahnyaseorang 'muallaf, menukar agamanya kepada
yang asal sesuka hati kerana tidak pernah mengamalkan
agama Islam merupakan sendaan terhadap Islam itu sendiri.
Murtad tetap murtad yakni biarpun yang murtad itu
orang melayu Islam yang asalnya memang beragama Islam
mahupun muallaf ianya tetap satu
gejala yang wajar ditangani dengan betul.

Bukan sahaja sikap sambil lewa perundangan
kita ini yang menyusahkan kita malah sikap Jabatan
Agama Negeri yang sambil lewa menguruskan hubungan
dengan golongan ynag baru mengucapkan shahadah
benar-benar menjadi tuba. Bagaimana kita harus mejaga
setiap orang yang ingin memeluk Islam sebaik-baiknya
begitu juga layanan yang baik juga harus diberikan
terhadap mereka.Pernah diceritakan oleh sahabat saya
akan peristiwa bagaimana seorang non-muslim ingin
memeluk agama Islam disebuah pejabat agama telah
diperli memeluk Islam kerana inginkan peruntukkan
kewangan yang diberikan selain itu ada juga yang
diperli dengan soalan " awak nak kahwin dengan siapa
ni? ". Ini merupakan antara sebab yang menjarakkan
hubungan kita dengan mereka.

Kembali kepada topik asal, tegas dari saya
bahawa MURTAD adalah isu sejagat yang Serius. Murtad
tetap murtad dan satu PERHATIAN yang KHUSUS harus
diberikan terhadap isu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.