Isnin, 12 Mei 2008

Hari 'Selasa' buat KJ atau Hari 'Selesa' buat KJ

Hmm.. Baca tak surat khabar hari ini (13 mei 2008)?



Menarik tajuknya.. Perbahasan sulung khairy diganggu..



Sila baca...



Perbahasan sulung Khairy diganggu



PERBAHASAN sulung Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat semalam
diganggu oleh wakil rakyat pembangkang sehingga kadang-kala menenggelamkan
suaranya berikutan keengganannya memberi laluan kepada pembangkang meminta
penjelasan.


Kesungguhannya untuk menghabiskan perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ternyata kurang disenangi pembangkang,
terutama apabila menyentuh mengenai Pakatan Rakyat.


Dewan mula gamat apabila Khairy menyentuh mengenai persediaan kerajaan menghadapi kekurangan bekalan dan kenaikan harga makanan memandangkan hanya daging ayam dan babi saja melepasi 100 peratus tahap sara diri negara.


Beliau mengkritik ketegasan kerajaan negeri Selangor meneruskan penternakan babi yang lantas dibantah Ahli Parlimen pembangkang.


Bagaimanapun, keengganan Khairy memberi laluan meningkatkan kemarahan wakil rakyat pembangkang yang terus mengherdik dan mencelah perbahasannya tanpa menghiraukan arahan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.


Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor), Khalid Abd Samad (Pas-Shah Alam), Mohd Nasir Zakaria (Pas-Padang Terap), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Zulkifli bin Noordin (PKR-Kulim/Bandar Baru) beberapa kali bangun untuk mencelah tetapi tidak diberikan laluan.


Zulkifli yang ternyata kecewa selepas beberapa kali bangun berkata: "Kalau macam ini bukan berbahas. Lagi baik pasang kaset saja. Tahu tanya soalan...tak berani dengar jawapan."


Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) pula menyifatkan perbahasan Khairy hanya layak didengar pelajar Tadika Kemas kerana tidak langsung memberi ruang untuk mendapatkan penjelasan.


Dalam kekalutan itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) merujuk Peraturan Mesyuarat 36(4) bagi menegur perbuatan menggunakan singkatan atau ungkapan berunsur menghina.



Wakil BN, termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong), Datuk Yusoff Mahal
(Labuan), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) dan Datuk Ismail Kasim (Arau) tidak ketinggalan menyokong Khairy, sekali gus meriuhkan dewan.


Sejurus selepas itu, Khairy menyindir Pakatan Rakyat atau PR sebagai pakatan public relations yang tiada persefahaman di kalangan Pas, DAP dan PKR tetapi berangan mahu menguasai kerajaan dengan mengumpan anggota BN untuk melompat parti.



Katanya, negara berlandaskan Pakatan Rakyat akan berpecah mengikut cita rasa
individu seperti zaman penjajah yang mentadbir secara pecah dan perintah.



"Negara Islam di Kedah dan Kelantan... Malaysian Malaysia di Pulau Pinang...
kerajaan boneka Perak serta projek babi di Selangor. Mereka ini tidur satu
katil, satu tilam, satu bantal tetapi mimpi lain-lain. Pakatan pembangkang
bagaikan gabungan yang cantik di mata rakyat, nampak menarik dan nampak kukuh
tetapi pada hakikatnya tiada persefahaman asas," katanya.


Berita Harian



Saya rasa terkesan membaca ulasan surat khabar berkenaan perbahasan Khairy yang saya nampak seolah-olah kurang matang.



Bukan berpihak pada mana-mana kumpulan tetapi sekadar renungan terhadap kebijaksanaan..



Kenapalah isu berkenaan 'babi' di Selangor dikaitkan dengan kerajaan negeri yang baru mentadbir? ( sedangkan isu tersebut ter'senyap' secara tiba-tiba mungkin ter'nampak' kaitan dengan kerajaan yang lama, entah)



Kenapalah isu barisan rakyat berkaitan negeri masing-masing ingin dicampur adukkan?



Takpelah itu hak KJ nak bersuara lantang, mungkin menagih sokongan sahabat se'BN' barangkali.



Cuma, saya pun berhak bersuara menasihati saudara KJ supaya mendengar penjelasan orang lain, jangan dihirau pandangan yang 'tua' dan yang BN, kita yang muda (saya lebih muda) mesti bersikap sederhana dan matang sejajar dengan kelulusan yang ada..



Jangan terlalu bersikap 'BN' sangat, kita harus menyokong yang betul dan menentang yang salah.. tak gitu?



Entahlah.. lain orang lain caranya.. mungkin anda betul dan tak mungkin saya salah..



Saudara.. memang mimpi lain-lain walaupun tidur sebantal... tak percaya? Tanya Nori..



Saudara mahu memimpin masa depan?



Boleh.. Matanglah.. ( saya pun kena matang.. {saya tersenyum})




Oh! lupa nak ulang.. Hari 'selasa' ke Hari 'selesa' saudara?

Rajin...komenlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.